in , , ,

Biar Betul Avengers Bakal Turun & Berkumpul di KLIA & klia2?

Temui pasukan Avengers yang akan turun dan lepak-lepak di The Super Heroes Have Landed in KLIA. Ketahui informasi lanjut yang akan disiarkan nanti. Sebelum tu, baca artikel pengenalan ini dulu ya.

Perkhabaran yang Budiey baru terima, pasukan Avengers akan turun dan berkumpul di Malaysia iaitu di KLIA dan klia2 tak berapa lama lagi. Wow! Buat apa mereka kat sana ya? Haa, sudah tentulah mereka nak bersua muka dan beramah mesra dengan peminat tegar mereka di Malaysia! Takkan nak datang bertempur pulak kan?

Avengers

Kempen Bertemakan Avengers di KLIA dan klia2

Ya, buat peminat setia nan tegar filem AVENGERS, sempena dengan tayangan filem AVENGERS: ENDGAME yang akan ditayangkan di Malaysia penghujung bulan April ini, Malaysia Airports dengan kerjasama Maybank akan mengadakan Kempen Bertemakan Avengers di KLIA dan klia2 bermula 12 April sehingga 16 Jun 2019. Wah! Budiey turut sama teruja sebab memang tak pernah ketinggalan menonton filem ni.

Acara ini sangat menarik sebab ada kelaianannya tersendiri. Nak tahu menariknya macamana, kenalah follow. Jadi, Budiey pun tak sabar untuk buat liputan di acara ini pada hari Jumaat ini. Kepada anda semua, boleh menonton video LIVE Budiey di saluran Youtube Budiey Channel pada jam 11 tengahari hingga 12.30 tengahari.

The Super Heroes Have Landed in KLIA

Majlis pelancaran ‘The Super Heroes Have Landed in KLIA’ akan diadakan tanggal 12 April 2019 di Balai Berlepas, Bangunan Terminal Utama, KLIA pada jam 11 pagi hingga 12.30 tengahari.

Jika korang berada berhampiran lokasi kejadian bolehlah datang usha-usha dan berjabat tangan dengan pasukan Avengers ni. Bukan itu sahaja, beberapa orang selebriti terkenal juga akan berada kat sana. Antaranya, Aif Satar, Daphne Iking dan Yiu Lin turut berada di sana.

Kepada peminat Avengers, bolehlah bertandang ke KLIA dan klia2 untuk melihat replika watak-watak superhero dari filem Avengers. Antara yang mendarat di sana ialah Avenger’s Quinjet, the Avengers Freeze Frame Station, the Iron Man Shooting Range dan Thor’s Hammer Game. Inilah masanya nak bergambar dan berselfie dengan mereka, kan?

Watak superhero ini juga akan buat penampilan khas di sesi Meet & Greet serta pengunjung dapat menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Jumpa anda di sana!

Follow Instagram: @indulgemalaysiaairports

Avengers
Avengers
Avengers

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem POKEMON DETECTIVE PIKACHU

Hairul Azreen Dikecam Netizen Gara-Gara Tindakan Tidak Manis