in , , ,

Peraduan Jom Menonton Filem JUMANJI: THE NEXT LEVEL

Salam semua pembaca Budiey.com, penghujung tahun 2019 menyaksikan begitu banyak sekali filem yang menarik akan berada di pawagam. Maklumlah musim cuti sekolah. Inilah peluang ibu bapa bawa anak-anak mereka bercuti dan makan angin menghilangkan tekanan.

Filem ini menampilkan pelakon hebat iaitu Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Alex Wolff, Morgan Turner, Ser’Darius Blain, dan Madison Iseman sebagai teraju utama. Mereka mengulang peran dari film sebelumnya, bersama pendatang baru Awkwafina, Danny Glover, dan Danny DeVito.

JUMANJI: THE NEXT LEVEL merupakan filem bergenre aksi pengembaraan garapan dari pengarah tersohor, Jake Kasdan. Filem ini adalah adaptasi dari filem yang pernah dihasilkan pada tahun 1990 dengan judul yang sama yang diadaptasi daripada karya dari seorang penulis bernama Chris Van Allsburg. Dulunya, filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Robin Williams. Haa, masih ingat?

Jumanji: The Next Level

Jika anda masih ingat, filem ini mengisahkan tentang sebuah papan permainan kuno yang dapat membawa pemain ke dunia yang lain. Filem ini dihasilkan untuk memberi penghormatan kepada pelakon asal filem JUMANJI iaitu Robin Williams yang meninggal pada 11 Ogos 2014. Berbeza dengan filem asal, filem kali ini disuntik dengan elemen humor yang boleh membuatkan kita terhibur menontonnya.

Kisah kali ini, Bethany, Fridge dan Martha kembali ke dunia “Jumanji” untuk menyelamatkan Spencer yang disedut ke dalam permainan video itu. Apabila rakannya, Milo, dan datuk Spencer, Eddie, mengetahui perkara itu, mereka tidak sengaja turut disedut masuk ke dalamnya. Kumpulan itu menyedari bahawa permainan video tersebut telah berubah, termasuk avatar mereka yang sudah bertukar. Situasi itu tidak seperti yang mereka jangkakan dan kini mereka perlu mengembara menerusi gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi meloloskan diri dari permainan video berbahaya itu,

Sudah tentu korang akan teruja nak menantikan premiere kali ni kan? Jadi stay tuned okay. Banyak filem yang menanti untuk ditonton sepanjang penghujung tahun 2019 ini.

Budiey kira ramai peminat filem ini mahu menonton kisah menarik kali ini. Dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem JUMANJI: THE NEXT LEVEL yang akan diadakan di GSC 1 Utama pada 4 Disember 2019.

Kepada yang nak tonton filem arahan Jake Kasdan yang paling dinantikan ini, anda juga boleh menonton filem ini yang akan berada di pawagam mulai 5 Disember 2019.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi yang mendebarkan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Jumanji: The Next Level

Sinopsis Filem JUMANJI: THE NEXT LEVEL

Selain hadiah tiket menonton, Budiey juga ingin memberikan barangan merchandise filem ini kepada anda yang bertuah:

Jumanji: The Next Level
5x Limited Edition ‘Jumanji: The Next Level’ Temporary Tattoo
Jumanji: The Next Level
5x Limited Edition ‘Jumanji: The Next Level’ Round Neck T-Shirt
Jumanji: The Next Level
3x Limited Edition ‘Jumanji: The Next Level’ Fabric Sticker Patches
Jumanji: The Next Level
3x Limited Edition ‘Jumanji: The Next Level’ Keychain Bottle Opener
Jumanji: The Next Level
1x Limited Edition ‘Jumanji: The Next Level’ Water Bottle

Peraduan Premiere With Budiey – Filem JUMANJI: THE NEXT LEVEL

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 20 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

4 Disember 2017 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC 1Utama

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere JUMANJI: THE NEXT LEVEL – Budiey.com di GSC 1Utama.

Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan? Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #jumanjiMY

Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon utama filem JUMANJI: THE NEXT LEVEL

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem JUMANJI: THE NEXT LEVEL kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Filem JUMANJI: THE NEXT LEVEL

Tarikh tutup peraduan:

17 Disember 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mendebarkan ini mulai 5 Disember 2019.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Jumanji: The Next Level

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kejutan di Gegar Vaganza, Astro Umum GV6 Dilanjutkan Selama 3 Minggu Lagi

Adira Tak Jadi Bercerai Demi Masa Depan Anak