in , ,

Kejutan di Gegar Vaganza, Astro Umum GV6 Dilanjutkan Selama 3 Minggu Lagi

Kejutan! Konsert Gegar Vaganza 2019 dilanjutkan lagi 3 minggu! Aduyai, kita dah tempah tiket terbang ke Korea dah nak bercuti. So how?

Sepatutnya minggu depan dah final dah. Berita mengejutkan telah mendapat reaksi macam-macam dari peminat GV2019. Bagi pihak Astro khabarnya GV2019 dilanjutkan kepada 11 minggu sebagai tanda terima kasih untuk semua pelanggan dan peminat GV khususnya.

Konsert separuh akhir Gegar Vaganza 2019 (GV2019) semakin panas apabila sembilan peserta memberikan persembahan terbaik. Tapi dengan markah yang cukup memberikan satu impak untuk keseluruhan persembahan peserta kali ini.

Dengan tema Caras, bintang GV2019 diberi cabaran untuk menyampaikan lagu-lagu hits penyanyi popular dengan gaya dan kreativiti tersendiri.

Bertemakan ‘Caras’, Hady Mirza yang membawakan lagu Jatuh Bangun dendangan asal Haqiem Rusli mengukir senyuman gembira apabila diumumkan sebagai peserta pertama yang layak ke minggu seterusnya dengan mengutip mata 84 markah dan diikuti rapat oleh pesaingnya, Naqiu dengan mendapat 83% markah.

Lebih memberikan kejutan apabila tiada penyingkiran diumumkan dan semua 9 bintang mara ke minggu hadapan.

Jatt Ali, Roy dan Nurfatima berkongsi markah yang sama sebanyak 63 peratus dan mendapat komen yang memberangsangkan daripada juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Aznil Haji Nawawi.

Manakala Sham Visa dan Wann berada di kedudukan paling bawah dengan markah 61 peratus.

Noorshila Amin juga dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power pada minggu ini.

Dia membawa pulang hadiah istimewa wang tunai RM3,000 dan bekalan produk Adabi selama dua bulan bernilai RM500.

Manakala Roy meraih anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak yang membawa pulang periuk nasi bertekanan tinggi bernilai RM3,000.

Penyanyi veteran Hail Amir diundang sebagai penerima sumbangan Astro dan Farm Fresh Kongsi Rezeki bernilai RM10,000.

Minggu hadapan kesemua sembilan peserta akan kembali merentap bagi mengekalkan kedudukan terbaik mereka untuk ke minggu seterusnya.

Manakala One Nation Emcees dan Noorshila Amin membuat kejutan apabila turut layak ke ‘final’ masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat. Manakala Jatt dan Roy bernasib baik apabila pertaruhan pada minggu ini dilihat seperti kurang menyengat namun masih terselamat untuk minggu seterusnya.

Tiga Peserta Tersingkir 

Memandangkan format GV masih mengekalkan hanya 6 peserta yang layak ke peringat akhir kelak, tiga peserta yang tinggal iaitu NurFatima, Sham VISA dan Wann sekaligus tersingkir daripada minggu ini.

Namun begitu, belum sempat pengacara GV6, Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengucapkan selamat tinggal pada mereka, secara tiba-tiba skrin digital pentas itu menunjukkan sebuah klip video pengumuman rasmi daripada pihak Astro.

Menerusi video tersebut pihak Astro telah mengumumkan bahawa GV6 akan dilanjutkan tempoh siarannya selama 3 minggu yang mana peringkat akhir dijadualkan akan berlangsung pada 15 Disember 2019.

Malah dalam pengumuman itu juga, Astro turut memberi satu berita baik pada semua peserta bahawa pada minggu ini juga tiada penyingkiran akan dibuat.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

1. Hady Mirza – Jatuh Bangun (84%)

Hetty Koes Endang: Setiap minggu ini yang bonda suka, seperti kamu. Penampilan kamu berganti suasana, kena dgn lagu. Itu yang ingin bonda harapkan pada semua peserta. Saingan kamu berat, Naqiu. Dari awal sampai akhir sudah bagus cuma ada sedikit flat. Overall mantap. Tembakannya tepat! Bahagian rap, kamu mantap.

Datuk Ramli MS: Bagus! Dia sendiri tahu saingan dia Naqiu.

Datuk Aznil Haji Nawawi: Hady adalah antara orang yang dah 40, tenaga awak kalah BBNU. Menari, tak dengar semput, awak rap dan saya nampak awak enjoy persembahan. Kalau hari ini final, kamulah juara!

2. Naqiu Boboy – Rampas (83%)

Datuk Ramli MS: Saya tak tahu kamu tahu main gitar. Dengar kamu gitar solo memang ada jiwa. You’re gifted. Pemuzik ni hierarki nombor tiga dalam dunia muzik. Nombor dua adalah artis dan pertama adalah komposer. Kamu balik tulis lirik sendiri, compose lagu sendiri, nyanyi sendiri, buat semua. You’ll be the king, jangan bazir bakat.

Hetty Koes Endang: Kalau bonda lihat sampai separuh akhir, malam ini kamu spectacular.

Datuk Aznil Haji Nawawi: Terus terang saya dulu bukan peminat Boboy. Dan sekarang, saya sangat terperanjat. Kamu beri persembahan, gerak badan, mimik muka, ikhlas. Memang sampai!

3. One Nation Emcees – Bila Rindu (70%)

Datuk Aznil Haji Nawawi: Saya sebenarnya ternanti-nanti persembahan ONE. Setiap minggu ada kejutan, dan kali ni opening ada mukadimah. Kita tak nampak rap biasa yang selalu dibuat malah dua penyanyi rap dah nyanyi sekali. Usaha dah nampak dan mereka boleh menyanyi! Saya suka Sabhi goreng baik!

Datuk Ramli MS: Sabhi, dah 7 minggu, ini minggu paling baik kamu nyanyi. Lagu ni susah nak nyanyi, sebab dia macam meliar. Saya suka.

4. Noorshila Amin – Vroom Vroom (69%)

Datuk Aznil Haji Nawawi: Sebenarnya lagi ni mood dia gedik tapi saya nampak Shila nyanyi ikut cara sendiri. Itu yang Shila bagi, kita dengar sebiji. Tapi Shila tak salah sekali sekala bagi sisi lain dalam suara. Bukan saya suruh tiru Nabila Razali tapi nak dengar sisi lain suara. Kalau Shila explore lagi, saya bagi standing ovation. Jadi nampak awak tak syok sendiri, awak lunaskan dengan baik.

5. Jatt Ali – Sumpah (63%)

Datuk Aznil Haji Nawawi : Tepukan untuk abang Jatt. Kalau penonton dirumah tak tahu, ada banyak beza nyanyian org lama dengan BBNU. Orang lama pakai suara tinggi, suara padu. Saya nak beritahu pada BBNU, this is how the legends sing. Saya berharap abang beri lakonan, hujung tu pusing bisik ‘Sumpah’.

Hetty Koes Endang: Dari segi intonasi sudah dapat. Interpretasi dapat cuma hanya perlu hati-hati pada bahagian ‘harap kau mengerti apa yang ku bisikkan selama ini’, tempo jaga.

6. Roy – Hajat (63%)

Hetty Koes Endang: Kalau bonda lihat, interpretasi dan intonasi kamu sudah okay. Cuma di depan kurang relaks, nada rendah kamu hati-hati kerana banyak yang flat. Ada falsetto itu bagus sekali, ending juga bagus. Awalnya sahaja hati-hati.

Datuk Aznil Haji Nawawi: Abang Roy bersuara patriotik, saya sangat hargai prestasi abang buat falsetto untuk memenuhi selera anak muda sekarang.

7. Nurfatima – Patah Seribu (63%)

Datuk Ramli MS: Saya mungkin minta too much, for you guys. Kadang benda okay tapi saya nak lagi. Saya suka yang belakang je, yang lain kurang jiwa. Balik awak dengar. Saya nak standard yang lebih tinggi.

Datuk Aznil Haji Nawawi: Saya menanti persembahan Nurfatima. Saya masih nampak bayangan penyanyi asal. Kalau awak guna kuasa, arrangement boleh ubah lari sikit dari penyanyi asal ya. Untuk mother in law, father in law, she sings very well.

Hetty Koes Endang: Lagu ini memang tingkat kesulitan, semakin sulit. Kalau kamu seperta yang tak kuat, habis. Jadi mungkin apa yang Tokram komen, di chorus bisa improve. Di awal guna yang original tapi di belakang improve supaya tidak boring.

8. Sham Visa – Pergi (61%)

Hetty Koes Endang: Kondisi yang memang kurang fit, tapi kami cerdik kerana memilih lagu yang sesuai dengan keadaan kamu. Kamu berani mengambil teriakan tadi, satu risiko. Itu yang bonda salut. Mudah-mudahan kamu lanjut ke minggu yang seterusnya dan kamu jaga suara. Memang rezeki kamu dapat lagu ini.

Datuk Aznil Haji Nawawi: Saya kurang faham sama ada lagu ni dipilih oleh Sham atau diberi oleh pihak Astro. Jadi bukan Sham yang pilih. Kesakitan itu saya dengar dalam lagu ini. Sememangnya saya terasa sebab baru sahaja kehilangan dua abang.

9. Wann – Terlalu Memuja (61%)

Datuk Ramli MS: Awak punya ekspresi terlalu ekstrem. Boleh potong sikit, dia akan keluar ayat-ayat yang tak perlu ada ekspresi. Feel kamu bagus tapi ekspresi terlalu ekstrem. Anyway, cara kamu nyanyi lagu ni saya suka.

Datuk Aznil Haji Nawawi: Awak punya angin tu tak ada pada penyanyi lain.

Hetty Koes Endang: Sebetulnya peribadi Wann, kamu itu tenang. Tapi bila intro kamu seperti bonda, ada sesuatu kelebihan. Konfiden kamu kurang, jarak mic jaga. Harus turunkan mic sedikit. Awalnya kamu bicara dulu, baru di tengah kamu ajar! Dari awal sampai akhir kamu berikan desahan, ini pertandingan. Artikulasi tidak jelas. Ini sudah separuh akhir, apa yang bonda sampaikan kerana bonda sayang.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shindong Super Junior Kongsi Gambar Turun Berat Badan 17 Kilogram

Peraduan Jom Menonton Filem JUMANJI: THE NEXT LEVEL