in , , ,

Peraduan Jom Menonton Filem BIRDS OF PREY

Nah! Ini adalah hadiah Budiey istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini!

Sebuah filem aksi superhero berjudul BIRDS OF PREY bakal menemui peminat pada 6 Februari 2020. Untuk info pembaca, filem ini diarahkan oleh Cathy Yan dan dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Margot Robbie, Mary Elizabeth Winstead, Jurnee Smollett-Bell, Rosie Perez, Chris Messina, Ella Jay Basco, Ewan McGregor dan ramai lagi.

Filem yang berdurasi 1 jam 46 minit ini mengisahkan selepas kehilangan Batman, Bandar Gotham dibiarkan tanpa pengawasan. Kini Harley Quinn, yang telah berpisah dengan Joker, perlu melindungi Cassandra Cain selepas gadis itu terjebak dalam masalah apabila dia menjumpai berlian milik ketua penjenayah Black Mask. Black Canary, Huntress dan Renee Montoya bekerjasama dengan Harley bagi melindungi Cassandra.

Birds of Prey
Poster FIlem BIRDS OF PREY
© 2020 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved TM & © DC Comics

Tonton Trailer Filem BIRDS OF PREY

Filem ini merupakan filem ke-8 DV Extended Universe. Ia akan berada dalam dunia DCEU, kerana filem ini memfokuskan Harley Quinn (dari filem Suicide Squad) dan pasukan adiwira wanita Birds of Prey yang terdiri daripada Huntress, Black Canary dan Cassandra Cain.

Video teaser filem ini yang memperlihatkan semua watak utama telah hadir ke Internet. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini, apa kata tonton trailer di bawah ini: https://youtu.be/HNpnXZzbyBQ

Selepas menonton trailer di atas ini, Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem BIRDS OF PREY yang cukup menarik ini.

Watak pertama semestinya, Harley Quinn – kerana ini adalah filem khas beliau. Judul filem yang panjang adalah – Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of one Harley Quinn). Harley Quinn adalah musuh dalam filem ini dan ia dilakonkan oleh Margot Robbie. Watak antagonis seterusnya adalah Black Mask. Black Mask adalah seorang usahawan dan ketua mafia yang bencikan Bruce Wayne (bukan Batman), beliau juga adalah antara ketua mafia yang paling ditakuti ramai. Black Mask dilakonkan oleh Ewan McGregor yang terkenal sebagai Obi Wan Kenobi dalam Star Wars.

Seterusnya adalah Victor Zsasz, iaitu seorang pembunuh dengan minda yang boleh dikatakan ‘gila’. Dalam siri TV Gotham, Zsasz sudah pun muncul – tetapi cara beliau seperti tidak sama dengan komik dan dalam filem ini mungkin akan memperlihatkan Victor Zsasz yang lebih menarik. Zsasz dilakonkan oleh Chris Messina.

Untuk pasukan adiwira Birds of Prey, Black Canary dilakonkan oleh Jurnee Smollett-Bell. Black Canary adalah nama adiwira Laurel Lance, yang mana bapa beliau adalah polis dalam Star City. Beliau juga adalah bekas kekasih kepada Arrow. Black Canary sudah pun muncul dalam dunia DC, tetapi hanya dalam siri TV Arrow dan semua sudah tahu siri TV dan filem langsung tidak berkait.

Seterusnya adalah Cassandra Cainyang dilakonkan oleh Ella Jay Basco, beliau adalah Batgirl dalam dunia DC. Huntress pula dilakonkan oleh Mary Elizabeth dan wtak ini juga sudah ada dalam siri TV Arrow, tetapi dalam siri tersebut beliau adalah musuh. Akhir sekali adalah Renee Montaya lakonan Rosie Perez. Renee adalah polis daripada bandar Gotham.

Birds of Prey
Poster FIlem BIRDS OF PREY
© 2020 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved TM & © DC Comics

Peraduan Filem BIRDS OF PREY

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 10 pasang tiket BIRDS OF PREY untuk pembaca yang berminat dan juga hadiah istimewa iaitu 2 x Pocket Keychain: Harley Quinn Lock and Load, 2 x Pocket Keychain: Harley Quinn with Caution, 2 x POP Figurine: Harley Quinn Roller Derby dan 2 x POP Figurine: Harley Quinn with Caution Tape.

FUNKO_Harley_Quinn_CautionTape_KC_master-rev-1
Pocket Keychain: Harley Quinn with Caution
FUNKO_Harley_Quinn_Boobytrap_Battle_KC_master-rev-1
Pocket Keychain: Harley Quinn Lock and Load
FUNKO_Harley_Quinn_(Caution)_master-rev-1
POP Figurine: Harley Quinn with Caution Tape
FUNKO_Harley_Quinn_(Roller)_master-rev-1
POP Figurine: Harley Quinn Roller Derby

Ingat hashtag ini: #BirdsOfPreyMY

Anda perlu mencipta slogan kreatif dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan dua pelakon utama yang memegang watak utama dalam filem ini?
  2. Nyatakan apa yang berlaku di minit 1:00 dalam trailer filem BIRDS OF PREY
  3. Emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem #BirdsOfPreyMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem BIRDS OF PREY – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

25 Februari 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Birds of Prey
Poster FIlem BIRDS OF PREY
© 2020 Warner Bros. Ent. All Rights Reserved TM & © DC Comics

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 6 Februari 2020 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Statement by MyCEB on Coronavirus

Tentang Filem RATU KALA JENGKING: PUTERI KERANDA