in , , ,

Peraduan Buffet Ramadan KEMBARA TUJUH SAJIAN Bersama Noryn Aziz di One World Hotel

Budiey ingin memilih seramai 5 orang peminat Noryn Aziz dipilih untuk makan-makan sampai kenyang bersama Noryn Aziz secara eksklusif Setiap pemenang dapat bawa seorang teman. Amacam?

Selepas bergelar juara Gegar Vaganza dan berjaya menghiburkan peminat di Konsert Soul Sisters, nama Noryn Aziz semakin meniti di bibir peminat. Untuk itu, sekali lagi, Budiey menjemput Noryn Aziz untuk makan bersama peminatnya menjelang bulan Ramadan ini di sesi Makan Lepak menjamah juadah Buffet Ramadan KEMBARA TUJUH SAJIAN di One World Hotel, Bandar Utama. Nah! Tunggu apa lagi, sertai peraduan mudah ini! Untuk pengetahuan, KEMBARA TUJUH SAJIAN menyajikan hidangan lazat dan menyelerakan dari tujuh buah negeri iaitu Selangor, Penang, Johor, Kedah, Melaka, Perak & Negeri Sembilan.

Jadi, kepada korang yang menjadi peminat atau pengikut setia NORYN AZIZ, jangan lupa sertai peraduan ini ya.

Ramadhan 2019 NO ELITE

Pengenalan: One World Hotel

Bak namanya yang jelas bermaksud ‘satu dunia’, hotel bertaraf lima bintang ini menawarkan gaya hidup eksklusif buat setiap para pengunjungnya. Ia tersergam indah di tengah-tengah kawasan pusat Bandar Utama iaitu bersebelahan bangunan-bangunan syarikat penting seperti Sri Pentas milik Media Prima dan bangunan IBM. Ia juga benar-benar bersebelahan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Tidak lupa juga ia sangat berdekatan dengan jalan ke kawasan komersial Mutiara Damansara di mana terletaknya The Curve dan IKEA.

Hotel Exterior1

Satu Dunia Tersendiri di One World Hotel, Bandar Utama

Dengan lokasi strategiknya yang bercantum dengan pusat membeli-belah terbesar di Malaysia (dan ini diakui oleh CNN!), ini memudahkan perjalanan ke pusat membeli-belah tersebut. Kedudukan hotel ini turut menepati citarasa ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Hotel yang menyediakan 438 buah bilik ini menampilkan suasana yang indah serta selesa buat para pengunjung. Ini termasuklah suite-suite mewah untuk mereka yang mahukan keistimewaan. Dilengkapi dengan, pusat kesihatan serta spa, dan sudah tentunya sebuah kolam renang yang hebat, hotel ini dikatakan memenuhi setiap kehendak penghuninya.

Ditambah pula dengan kemudahan lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, hotel ini mampu menampung acara-acara tertentu. Tidak lupa juga, terdapat bilik-bilik khas bagi mereka yang menginap di bilik-bilik Executive dan Premier.

Buat yang bermalam di bilik-bilik ini, mereka diberi keutamaan untuk mendaftar masuk di Peridot Club Lounge tanpa perlu mendaftar di meja penyambut tetamu yang biasa. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh bersarapan, makan tengah hari serta menikmati makan malam di Lounger tersebut yang lebih eksklusif dan peribadi. Selain itu juga mereka diberi peluang untuk menikmati minum petang di situ.

CNM-MAY-KEMBARATUJUHSAJIAN

Hotel ini turut menyajikan hidangan terbaik di restoran-restoran terkemuka mereka yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Ini termasuklah Cinnamon Coffee House, restoran Jepun Kura, Restoran Cina Zuan Yuan, dan beberapa tempat makan lagi. Tidak kira sajian Asia atau barat, semuanya ada di One World.

Buat yang suka berhibur dan bersantai pula, One World menampilkan Long Bar, antara lokasi paling happening dan in di PJ masa kini. Tempat ini sering mewarnai malam pengunjungnya dengan kehadiran DJ-DJ, serta kumpulan-kumpulan kugiran terkemuka. Ia juga menampilkan menu sajian enak dari barat yang bersesuaian dengan konsep seni reka dalamannya.

Jadi buat anda yang tidak pernah terfikir untuk mencuba bermalam di PJ, ini mungkin masanya. Dengan kemudahan pusat membeli-belah di setiap penjuru sebaik sahaja anda melangkah keluar, One World PJ pasti pilihan yang bijaksana.

Cinnamon Coffee House1

Profil Noryn Aziz

Nama Noryn Aziz kian disebut-sebut oleh peminat dan pemerhati industri seni setelah Noryn menyertai Gegar Vaganza. Antara mereka, ramai memuji vokal gemersik dengan gaya jazzy yang ditampilkan Noryn di pentas Gegar Vaganza. Setiap persembahan mendapat tempat di hati juri. Dalam pada itu, tak kurang ada penonton yang masih belum mengenali penyanyi yang akan buat persembahan di Konsert Soul Sisters ini.

noryn aziz

Nama Noryn Aziz sudah begitu sinonim dengan muzik genre jazz, R&B dan soul – jadi amat tepatlah beliau dipilih memantapkan Konsert Soul Sisters bersama Misha Omar dan Siti Sarah Raissuddin.

Bukan saja memiliki bakat, Noryn, 41, juga seorang penghibur yang mempunyai pendidikan formal dalam bidang muzik dan persembahan. Beliau adalah graduan seni lulusan UITM dan kemudian memperoleh Bachelor of Music dari International College of Music (ICOM). Berkemampuan dalam nyanyian pop klasikal, Noryn turut layak menjadi seorang guru vokal.

Dari sudut nyanyian, Noryn banyak dipengaruhi dan membesar dengan lagu-lagu nyanyian Erykah Badu, Ella Fitzgerald, Quincy Jones and Jill Scott. Vokal emasnya itu sering berkumandang dalam showcase dan kelab malam di Malaysia dan meletakkan beliau sebagai antara penghibur yang mampu menyanyi live dengan baik.

https://youtu.be/4-BKTF2GL5U

Noryn mula menyanyi pada usia 18 tahun dengan merakamkan album duo Sister Sister. Dua tahun kemudian, beliau muncul sebagai artis rakaman solo dengan album Fantasi O Realiti dan dan pada tahun 2000, memasuki ICOM dengan memberi fokus kepada genre jazz. Beliau juga merakamkan album Alam Maya (2007) dan I’m Alright (2010).

Dari sisi pengalaman, Noryn pernah beraksi dengan nama-nama besar dalam dunia muzik jazz memerusi International Java Jazz Fest 2006. Dalam acara hebat itu, Noryn berkongsi pentas dengan Patti Austin, Tania Maria, Bob James Quintet, Tower of Power, Incognito dan Brand New Heavies. Di samping itu Noryn juga kerapkali diundang membuat persembahan untuk menjadi bintang undangan khas bagi Konsert 3 Diva dan Sunrise Jazz Festival.

Lebih membanggakan, Noryn pernah meraih kejayaan cemerlang dalam World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los, Angeles. Dalam acara itu, Noryn meraih Anugerah Emas bagi Kategori R & B, Kategori Pop dan Broadway.

Kejayaan Noryn yang lain termasuklah dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Planet Muzik (APM). Beliau juga pernah beraksi di Kota London ketika majlis pelancaran AirAsia X ke Britain. Tidak ketinggalan Noryn turut diundang menjayakan festival jazz di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC.

Ketika ini Noryn masih bertanding dalam pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 5 terbitan Astro dan berada pada kedudukan selesa.

ANTARA PENCAPAIAN:

ANUGERAH PLANET MUZIK 2007
Awarded as a ‘Best New Female Artiste’ and Nomination for ‘Best Female Artiste’

WORLD CHAMPIONSHIP OF PERFORMING ARTS 2008 (WHOPA)- Gold for R&B, Pop, Broadway

DUTA PRODUK

The voice of ‘Silky Girl’ cosmetic theme song and currently touring for promotion around South East Asia.

NIVEA body lotion and deodorant celebrity personality

MARIE FRANCE ambassador

CONCERTS & SHOWCASES

Hanoi Art and Music Festival (2002)
Sunrise Jazz Festival Malaysia (2002 – 2006)
International Kuching Jazz Festival (2003)
Music and Art festival in Johor Bahru (2004)
Live Noryn Aziz Showcase at Nine the Ascott (2004)
Oris Jazz Mini Concert (2005)
Noryn Aziz Live At Java Jazz Festival (Indonesia) (2006)
Nine Muses Club Jakarta Show (2007)
Sunrise KL Jazz Festival (2007)
‘DIGI Concert Tour’ (2007)
Suria FM Triple7 Concert (2007)
Live and Loud Concert (2007)
‘Journey Through Time’ Concert at Starhill KL (2007)
‘One Night Only with Noryn Aziz’ at Planet Hollywood (2008)
Valentine’s Day Showcase at Alexis KL (2009)
Malam Nada Biru (2009)
Noryn Aziz at Dewan Filharmonik Petronas (2010)

PERFORMANCES & APPEARANCES

Performance at Ferrari Malaysia Club Event 2003 till 2006
Performance at Kuala Lumpur Fashion Week at Shangri La 2003 & 2004
Performance at Porsche Malaysia Club Event 2004 till 2006
Performance at Product Launching Ralph Lauren, MotoRazr V3, Cartier, Club 21, Coach Volvo, Brabus, Audi.
Performing at Dunhill and Mild Seven events.
Performance at The Hour Glass Event at Kuala Lumpur & Singapore
Performance at KLM dinner function Jakarta 2006
Performance at UBS dinner function 2006
Performance at OCBC Private Dinner
Performance at UEM Group Private Function
Performance at Petronas F1 celebration 2007
Special guest for MAS Temptation, Award Nite 2007
Special Guest for 3 Diva concert with Ruth Sahanaya in 2007
Opening Act for Ziryab Art and Music festival 2007
Hearts of Lebanon Charity Concert 2007

Represent Malaysia for ‘Malaysia cultural performance’ in new york on February 2009
Performing at Air Asia launching in London
Product launching performances for Porsche design, Mercedes Benz, L’oreal, Nokia, Perodua, Rafflesia, Burberry, Techno Marine Watch, Oris, Ulysse Nardin, Coach, BCBG, M.A.C, Rolex, Triumph, Asprey.
Performance for Ministry of Cultural in New York, USA
Performance for AirAsia X , the launching of their first route Malaysia-London in Marriot, London.
Performance for the launching of Jomstar at Jakarta, Indonesia
Performance for Federal Day for DBKL at Tasik Titiwangsa
Charity show for Doa Buat Palestin at Istana Budaya
Performance for International Bank Gala Dinner hosted by Bank Negara
Performance for the launching of Farmasi Cosmetic
Performance for STYLO fashion week
Performance at Glam 5th anniversary at Aseana KLCC
Performance for Pesta Air in Langkawi Island
Performance for Johor Jazz Concert, Johor Bahru
Special performance for Giuseppi Zanotti
Performing at Estee Lauder ‘Breast Cancer’ charity gala dinner
Performing at COACH, Valiram Group gathering function in Singapore
Launching of a duet song with Christian Bautista and Kayla from Philippines
Performing at Mstar launching at Concorde Kuala Lumpur
Represent Malaysia at ASEAN Best Performing Arts in Jakarta
Performing at Audi R8 launching
Performing at F1 Pit Pulse Petronas
Performing at HER WORLD
Secretaries Week at The Federal Hotel Kuala Lumpur
Performing at KWSP Portfolio Managers Annual Dinner 2010

Noryn Aziz

Peraduan Buffet Ramadan KEMBARA TUJUH SAJIAN Bersama Noryn Aziz di One World Hotel

Anda menjadi peminat setia dengan Noryn Aziz? Tak pernah jumpa dan makan-makan bersama beliau? Haa, ini adalah peluangnya. Budiey ingin mencari 5 orang peminat tegar penyanyi berbakat besar, Noryn Aziz untuk Makan Malam Buffet Ramadan KEMBARA TUJUH SAJIAN di One World Hotel pada 30 April 2019.

Semasa makan malam tu, pemenang bertuah berpeluang untuk borak-borak santai sambil makan kenyang-kenyang juadah buffet Ramadan KEMBARA TUJUH SAJIAN yang disediakan, inilah masanya untuk anda ambik gambar sepuas hati dalam suasana relax yang lebih intimate bersama Noryn Aziz.

Cinnamon Coffee House

Korang ingin hadir di acara santai ini sambil menikmati hidangan lazat yang bertemakan KEMBARA TUJUH SAJIAN yang disediakan oleh One World Hotel? Jom sertai peraduan ini. Tak susah pun sebenarnya.

Senang sahaja. Anda hanya perlu hanya jawab soalan di bawah sahaja.

Jangan lupa tag @oneworldhotelpj @budiey @norynaziz pada posting di Instagram tersebut. Posting dengan caption PALING kreatif akan mendapat peluang untuk menang pass ke acara ini dan anda akan dapat menang 2 pass, haaa bolehlah bawa kawan seorang untuk menemani anda.

Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!

Ingat hashtag ini: #BuffetRamadanNorynAziz #budiey #budieyators #oneworldhotelpj

Apa yang korang perlu buat ialah:

2. Jawab soalah ini:

Dimanakah terletaknya One World Hotel?

Anda juga perlu buat satu posting samada gambar & video di Instagram anda berkenaan acara santai ini. Jangan lupa tag @budiey @norynaziz @tr serta hashtag: #BuffetRamadanNorynAziz #budiey #budieyators pada posting tersebut. Oh jangan lupa caption tu, korang kena cipta slogan juga. Posting yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang 2 pass!

2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui E-MEL bersama jawapan pada soalan di bawah.

Slogan: Saya mahu makan dan lepak bersama Noryn Aziz di One World Hotel kerana.... (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Buffet Ramadan Bersama Noryn Aziz di One World Hotel

Tarikh tutup peraduan:

27 April 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email atau panggilan telefon.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada One World Hotel dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan restoran dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ajak Shiro Lancar Single Terbaharu YANG MANO Tampil Menari Bersama Anak

Mövenpick Resort & Spa Jimbaran Bali Receives Green Globe Certification