in , ,

Ajak Shiro Lancar Single Terbaharu YANG MANO Tampil Menari Bersama Anak

Baru sahaja menamatkan tugas sebagai penyampai radio awal tahun lalu, pelawak dan pengacara terkenal Ajak Shiro terus mengatur langkah baru dalam arena muzik. Selepas tampil dengan single pertama  ‘Ging Gang Guli’ kira-kira setahun yang lalu, kini Juara Maharajalawak Mega 2019 ini tampil dengan single kedua yang berjudul ‘Yang Mano’.

YANG MANO dicipta oleh gabungan komposer dan rapper terkenal Altimet bersama komposer berbakat besar Ezra Kong. Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup dimana bapanya berpesan supaya memilih calon seperti ibunya dan rentaknya yang berunsur catchy.

Ajak - Yang Mano

Single ‘Yang Mano’ merupakan terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 12 April 2019 yang lepas.

Pautan untuk single ‘Yang Mano’: https://wmm.lnk.to/ajakYM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Untuk Dapatkan Kopi Espresso Cream Latte bertemakan GAME OF THRONES Percuma

Noryn Aziz | 20

Peraduan Buffet Ramadan KEMBARA TUJUH SAJIAN Bersama Noryn Aziz di One World Hotel