in

Penyanyi Nas Adila Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7

Malam tadi telah berlangsung konsert minggu ke-2 Akademi Fantasia musim ke-7 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan menyaksikan Adila atau nama sebenarnya, Nas Adila Mohd Dan, menjadi pelajar pertama yang tersingkir akibat dari jumlah undian SMS yang paling rendah dari peminat. Sebaik sahaja mendapat tahu, penyanyi rakaman yang sudah dikenali itu menangis dan menekup muka dengan tangan, namun dipujuk oleh semua rakan-rakan.

Nas Adila membawakan lagu medley Merawat Luka Terpendam dipopularkan Liza Hanim dan melodi dangdut, Asyik, nyanyian asal Amelina. Pengkritik berpendapat, Adila harus membawa dengan lebih lembut untuk lagu Asyik.

Ramai yang menjangkakan Rini dan Yazid yang mulanya dipanggil oleh AC Mizal akan terkeluar. Dijangkakan juga 2 orang pelajar yang tersingkir namun, pihak AF hanya membuang seorang sahaja. Ini bermakna 13 orang lagi pelajar berbaki untuk meneruskan perjuangan mereka untuk bergelar juara AF7. 

Bertemakan rangkaian lagu-lagu medley, konsert malam tadi terus member suntikan yang berbeza kepada pelajar. Dirasakan semua pelajar memiliki bakat yang setara dan ada yang sedikit menonjol seperti Hafiz dan Claudia yang telah menerima pujian melambung dari pengkritik dan tepukan gemuruh dari penonton.

Persembahan nyanyian dan tarian menerusi lagu tema Menuju Puncak oleh para pelajar dibuat diawal persembahan.

Pelajar terbaik minggu lalu, Hafiz, meneruskan kecemerlangannya apabila mendapat pujian daripada 3 pengkritik. Pengkritik tetap yang bertugas minggu ini adalah Adlin Aman Ramlie dan Edrie Hashim manakala Dato’ Khadijah Ibrahim alih  tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lain dan tugasan itu diambil oleh Dato’ Yusni Hamid.

Persembahan pelajar lain adalah Yazid  menerusi (Lelaki Ini/ Anuar Zain, Fikirlah/ Aizat), Aril (Benar-Benar, Robot/ Adam), Qhaud (Bila Naik Saksi/ Spider, Lagu Untukmu/ Meet Uncle Hussein), Sidi (Selamat Ulang Tahun Sayang/ Imran Ajmain, Kukoo/ Ferhad), Obri (Akan Tiba/ Aliff, Ada Untukmu/ Nubhan), Hafiz (Cinta Ini Membunuhku/ D-Masiv, Toyol/ Aznil) dan Akim (Satu/ Dewa19, Buronan Cinta/ The Lima).  

Turut membuat persembahan adalah Rubisa (Dingin/ Ziana Zain, Gagap/ Stacy), Claudia (Ku Mahu, Wanita/ Siti Nurhaliza), Aishah (Coba/ Faizal Tahir, Gila/ Mila), Zizi (Sembilu/ Ella, Wonder Woman/ Mulan Jameela), Rini (Aku Sindarela /Amylea, Kiblatku/ Hazami) dan Isma (Jat Da Da Da/ Dia Fadilla, Hello/ Farah Asyikin).

Kepada Adila, teruskan perjuangan dalam bidang seni. Jangan putus asa. Rezeki ada di mana-mana. Kalau boleh, cari lagi X factor dan juga bina aura yang lebih kuat untuk terus menonjol. Moga sukses milikmu, Adila.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Esther Kembali Merebut Imuniti Dalam OIAM

Montage Drama Merah Putih Lagu KAU AKU Nyayian Aizat