in

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Kepuasan yang diberikan oleh radio SINAR fm kepada pendengar mereka kali ini sungguh menarik! Peraduan ini di buka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 18 tahun keatas. Apa yang menarik, peraduan ini memberikan hadiah- hadiah yang sangat berharga!

Dengan mencuba nasib menyertai peraduan “Kunci Muzik Retro Di Sinar fm” ini, yang bermula pada 2 September lalu, pendengar berpeluang membawa pulang tiga buah kereta Proton Preve yang di kuasakan esktra oleh P1. Pemberian kenderaan Proton Preve ini juga di berikan kepada pendengar yang menelefon studio SINAR fm dan memberikan jawapan yang tepat.

Pemenang Pertama Proton Preve Milik Insan Istimewa

[dropcap]A[/dropcap]had lalu, 29 September 2013 merupakan hari yang bertuah untuk tiga orang pemenang Kunci Muzik Retro Sinar FM bersama P1 di AEON Bukit Raja. Hanya satu peluang dan satu kunci, 98 orang peserta mempunyai peluang yang sama. Namun tuah, hanya menyebelahi dua orang peserta lelaki dan seorang peserta wanita yang berjaya membawa pulang sebuah Proton Preve setiap seorang.

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Encik Abdullah bin Din, berusia 47 tahun berasal dari Raub, Pahang yang cacat penglihatan merupakan (Pemenang Pertama), Norasikin Basiran (Pemenang ke 3), Mohamad Amir bin Ajeebullah (Pemenang ke 2)

Pendaftaran yang dibuka seawal jam 1 petang telah menyaksikan 98 dari 99 orang peserta telah mendaftar untuk acara akhir Kunci Muzik Retro Sinar yang dibawakan khas oleh P1. Apa yang istimewanya, Encik Abdullah bin Din, berusia 47 tahun berasal dari Raub, Pahang yang cacat penglihatan merupakan pemenang pertama bagi peraduan ini. Encik Abdullah, merupakan peserta kelapan yang telah berjaya membuka kotak yang berisi salah satu dari tiga buah kunci yang ada. Warga istimewa itu memilih untuk membawa pulang kereta Proton Preve Edisi KE (Raja Azura) bersama merah.

Manakala pemenang kedua pula, Mohamad Amir bin Ajeebullah berusia 21 tahun berasal dari Klang memilih untuk membawa pulang Proton Preve Edisi Krill. Setelah menanti lebih kurang 23 nama peserta lain disebut, barulah Nama Amir disebut untuk naik ke pentas dan memilih kunci. Nampaknya giliran ke 31 membawa tuah kepada Amir.

Peserta terakhir yang berjaya memenangi kereta Proton Preve Edisi SY pula adalah seorang wanita yang juga berasal Dari klang, Berusia 34 tahun. Norasikin Basiran , mendapat tuahnya dengan gilirannya yang ke 51 secara tidak langsung menjadi nombor bertuah untuk seorang kerani yang memilih kereta berwarna biru

Ketiga-tiga peserta akhir KUNCI MUZIK RETRO Sinar fm bersama P1 ini telah pun bersama dengan Trio Sinar Pagi ini (Isnin 30hb Sept, 7am) untuk menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman mereka.

Orang ramai yang berkumpul pada hari tersebut di jangka mencecah 1500 orang dan para penyampai SINAR fm juga tidak ketinggalan beramah mesra bersama penonton yang hadir. Turut memeriahkan majlis, penyampai – penyampai SINAR seperti Salih Yaacob (SY), Raja Azura (KE) , Krill , Jamal Jamaluddin, Feeya, Abby Fana, Najman dan juga Zaidi.

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Zon Ceria Suria FM Sungai Petani

The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7