in , ,

Pencalonan Top 5 AME 2019 Bakal Diumum 19 Mac Ini

Undi pun sudah undi! Sekarang tiba masa anda semua khususnya pengundi akan mengetahui senarai penuh pencalonan Top 5 AME 2019! Korang rasa siapakah yang akan menang besar kali ini?

Senarai penuh pencalonan akhir ‘Top 5’ bagi 16 buah kategori yang dipertandingkan di Anugerah MeleTOP Era atau ‘AME 2019’ sudahpun dikenal pasti setelah talian undian fasa pertama yang dibuka pada 12 Februari 2019 ditutup secara rasmi pada 8 Mac lalu.

Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) bakal kembali dengan 16 buah kategori menjadi rebutan selebriti. Memberi kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk megundi, AME 2019 menjanjikan satu kelainan!

Senarai Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2019

Bertemakan ‘Glam’ dengan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’, ‘AME 2019’ bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Majlis Sidang Media Pengumuman Barisan Hos, Persembahan dan Senarai Akhir ‘Top 5’ AME 2019 pada 19 Mac 2019, 3.00 petang di satu lokasi di ibu kota.

Selain dari senarai pencalonan, ramai pemerhati ingin mengetahui siapakah pengacara AME kali ini. Khabarnya ada rombakan besar-besaran dan juga ada kelainan dari segi pengacaraan acara. Hentikan spekulasi kerana tak lama lagi dah kita akan ketahui bagaimana corak dan format AME 2019.

Majlis ini juga turut bakal dimeriahkan dengan kehadiran artis2 popular tanah air. Antaranya termasuklah Hael Husaini, Alif Satar, Jihan Muse, Nabil Ahmad, Neelofa, Eyra Hazali, Floor 88, Syafiq Farhain, Siti Nordiana, Fikry Ibrahim, Luqman Faiz, Eira Syazira, Azad Jazmin, Khai Bahar, Andi Bernadee dan ramai lagi.

Nantikan kemaskini dan updates selanjutnya di semua platform sosial media Budiey.com ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO ASIA ANNOUNCES NEW LINEUP OF ASIAN ORIGINAL PRODUCTIONS

AIFFA

ASEAN International Film Festival & Awards 2019 (AIFFA 2019)