in , ,

ASEAN International Film Festival & Awards 2019 (AIFFA 2019)

Dua tahun sekali, Budiey.com tidak ketinggalan untuk dijemput ke sebuah acara ‘a world-class international film festival’ yang cukup gemilang. Apakah pembaharuan dan apakah yang menarik di AIFFA 2019! jom Budiey bawakan informasi penting tentang acara dwi-tahunan ini buat anda!

Pada tahun ini, sekali lagi Budiey dilantik menjadi blogger rasmi di Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2019  (AIFFA 2013). Semenjak mulai dianjurkan pada tahun 2013, ini adalah kali ke-4, Budiey.com dilantik untuk menjadi blogger rasmi dan Budiey berjanji untuk memberikan yang terbaik bagi menyalurkan informasi tentang acara ini kepada seluruh pembaca dan pengikut Budiey di sosial media.

AIFFA 2019
Logo AIFFA 2019

Terima kasih buat penganjur yang sudi bekerjasama dengan Budiey.com dan memberikan kepercayaan ini. Untuk info pembaca, AIFFA 2019 adalah acara berprestij berlangsung selama tiga hari di Kuching, Sarawak iaitu pada 25 April hingga 27 April 2019.

AIFFA 2019

Kali ini, sebanyak 16 kategori dipertandingkan dengan penglibatan 10 buah negara. Festival ini melibatkan kehadiran penggiat filem dari negara ASEAN, Bollywood dan Hollywood berkumpul untuk berkongsi kemahiran mereka di dalam industri perfileman.

Pelbagai aktiviti menarik disusun untuk anda semua sepanjang tiga hari itu. Antaranya, persembahan dan tayangan filem, pameran dan jualan serta AIFFA BIZ WORLD.

Aiffa 2019

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2019

Festival ini bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan serta mewujudkan ruang untuk semua penggiat filem ASEAN serta rakan-rakan Hollywood dan Bollywood untuk bertemu dan mengeratkan rangkaian dengan satu sama lain.

Acara itu akan mengetengahkan Sarawak dan Malaysia sebagai destinasi unik untuk penggiat filem bagi lokasi penggambaran filem mereka.

Aiffa 2019

Selain itu, AIFFA 2019 menyediakan platform yang kukuh bagi menjana ekonomi dan ini boleh dilihat dari usaha kesedaran dan promosi agresif di kalangan penggiat filem tempatan dan antarabangsa untuk memilih Sarawak sebagai lokasi penggambaran filem mereka.

Pada 25 Januari 2019 lalu, majlis pelancaran ambang AIFFA 2019 telah diadakan di sebuah hotel terkemuka dengan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Acara kemuncak adalah pada 27 April iaitu GALA DINNER di mana sebanyak 16 kategori filem ASEAN dipertandingkan,”

AIFFA 2019

Di majlis sama, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah turut menjelaskan AIFFA 2019 juga merupakan salah satu pengisian program sempena Tahun Melawat Sarawak tahun ini.   

“Filem dan Pelancongan mempunyai satu peranan dan kaitan di mana melalui filem, kita dapat memperkenalkan Sarawak kepada seluruh dunia seperti mana yang berlaku di lokasi filem The Hobbit di New Zealand di mana kadar kedatangan pelancong adalah 400 orang sehari,”

– Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah

Antara pengisian festival tersebut adalah “Movies Under the Stars” yang akan diadakan di Kuching Waterfront Extension bagi menyambut kira-kira 400 delegasi ASEAN termasuk media antarabangsa.

Aiffa 2019

Selain itu, terdapat persembahan dan tayangan filem, pameran dan jualan serta AIFFA BIZ WORLD bakal diadakan di The Old Court House yang terbuka kepada orang ramai. 

Jumpa anda di Kuching!

Kali ini, sebanyak 16 kategori dipertandingkan dengan penglibatan 10 buah negara.

THE 3-DAY PROGRAMME

Thursday, 25th April 2019

AIFFA MOVIE MARATHON 

  • Screenings of nominated films at selected cinemas for public and delegates.

CAFÉ CRAWL

  • Film chats and digital talks at selected cafes in Kuching.

PARTY UNDER THE STARS

  • A unique Borneo-style film carnival. Performance by ASEAN artistes. Announcement of nominated films. Film screening of Premier Opening Film.

Friday, 26th April 2019

AIFFA BIZ WORLD LAUNCH

  • Launch of Exhibition and Film Talks

CAFÉ CRAWL 

  • Film chats and digital talks at selected cafes in Kuching

AIFFA MOVIE MARATHON

  • Screenings of nominated films at selected cinemas for public and delegates

Saturday, 27th April 2019

CAFÉ CRAWL 

  • Film chats and digital talks at selected cafes in Kuching

AIFFA MOVIE MARATHON

  • Screenings of nominated films at selected cinemas for public and delegates

AIFFA BIZ WORLD

  • Exhibition and Sales

AIFFA 2019 GALA NIGHT 

  • STAR STUDDED RED CARPET AND AWARDS DINNER CEREMONY
    Who will walk away with the trophies? Who will be the international stars? Enjoy a Gala Night like no other with a great show and dazzling performances.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pencalonan Top 5 AME 2019 Bakal Diumum 19 Mac Ini

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Sarah Hildebrand di Restoran Tony Roma’s