in

Pelakon Zizan Nin di Karnival Membaca Peringkat Negeri Pulau Pinang

Pelakon Zizan Nin turut serta dalam Karnival Membaca Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Pelancaran Idola Membaca berlangsung di auditorium. Perasmian pada hari pertama (16 Jun 2008) berlangsung meriah. Diikuti forum diskusi soal jawab Zizan, Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaphar Shukor dan Pengerusi Perpustakaan Kanak-kanak Pulau Pinang, Yang Berbahagia Datin Seri Dato’ Zainab Binti Dato’ Abdul Kader mengenai pentingnya menggalakkan semangat membaca dari peringkat awal sehingga dewasa kerana pentingnya ilmu pengetahuan.

2716467103 Bf7572A09D | 4

2717279560 Dd648A573A | 5

Dia sangat berbesar hati kerana dapat bersama-sama Angkasan Negara dan Pengerusi Perpustakaan Kanak-kanak Pulau Pinang berkempen untuk kesedaran membaca. Penglibatan Zizan kali ini memberi kesan mendalam pada dirinya. “Memang kesedaran pentingnya membaca di kalangan masyarakat kita masih kurang. Seronok dapat turun padang, melibatkan diri dengan aktiviti sebegini. Terutama sekali aktiviti melibatkan ilmu, kemasyarakatan dan pendidikan,” ujar Zizan.

Berapakah jumlah buku dibaca dalam setahun anda? Menurut Zizan, kita sering melihat pelancong daripada barat rajin membawa buku dan membacanya ketika menantikan penerbangan untuk memenuhi masa terluang. Mereka bukan sekadar duduk-duduk melepak tidak menentu. Budaya itu lah yang mahu diterapkan dalam setiap individu di Malaysia tidak mengira usia. Sebaik-baiknya biarlah dipupuk ketika masih kecil.

Sesi penyampaian hadiah bagi pemenang aktiviti di karnival itu disampaikan oleh Zizan, Dr. Sheikh dan Datin Seri Dato’ Zainab. Aktiviti lain diteruskan termasuk sesi beramah mesra dan bergambar dengan anak-anak tadika dan ibu bapa mereka. Zizan senang sekali melayan kerenah kanak-kanak yang mendekatinya. Hari kedua (17 Jun 2008) pula diadakan majlis makan malam amal bagi kutipan Tabung Yayasan Kanak-kanak Istimewa Seberang Perai dan Perpustakaan Kanak-kanak Pulau Pinang.

“Artis juga berperanan besar dalam mendidik dan mencurahkan ilmu pengetahuan. Saya mahu berkongsi pengalaman ketika belajar di sekolah, kolej dan menuntut di Universiti di luar Negara. Selain membakar semangat adik-adik untuk belajar lebih gigih,” ujarnya lagi.

Ditanya tidak menyesalkah meninggalkan bidang yang dipelajari sebelum ini? Zizan memiliki ijazan bisnes di De Montfort Univ, England. Baginya seni hiburan juga pekerjaan dan dia menganggapnya sama seperti bisnes. “Bidang seni bukan hanya permainan. Terpulang kepada artis menentukan hala tuju mereka. Artis berperanan sebagai ikon dan contoh kepada masyarakat.”

Menyumbang kepada masyarakat dalam kempen membaca dan projek amal menjadi tumpuannya kini. Itu lah caranya Zizan meluangkan waktu jika tiada aktiviti seni seperti penggambaran atau ke majlis-majlis lain.

2717280380 498B354Acc | 6

Karnival Membaca Peringkat Negeri Pulau Pinang & Pelancaran Idola Membaca.
Perpustakaan Negara Malaysia memperkenalkan karnival ini untuk menggalakkan remaja suka membaca. Karnival Membaca ini juga dianjurkan ke peringkat negeri bagi mewujudkan masyarakat berilmu dan berbudaya membaca. Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang menyahutnya dengan mengadakan Karnival Membaca Peringkat Negeri Pulau Pinang selama dua hari (16 Jun – 12 Jun 2008).

Selain itu diselitkan juga dengan majlis pelancaran Idola Membaca 2008 dan majlis makan malam amal bersama tetamu undangan Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaphar Shukor dan Pelakon Zizan Nin bagi kutipan tabung Yayasan Kanak-kanak Istimewa Seberang Perai dan Perpustakaan Kanak-kanak Pulau Pinang.

Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti Pertandingan Gubahan Hantaran Gula-gula/Coklat, Pertandingan Mewarna Sayangku dan Pertandingan Semarak Jawi. Kehadiran Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaphar Shukor dan Pelakon Zizan Nin diharap mampu menggalakkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan di kalangan generasi muda masa kini. Semoga penganjuran ini mendekatkan lagi generasi muda dengan perpustakaan.

Objektif karnival ini adalah untuk memupuk minat membaca dan cintakan ilmu pengetahuan di peringkat awal kanak-kanak serta menggalakkan peningkatan keahlian dan penggunaan perkhidmatan perpustakaan. Memperkenalkan serta mendedahkan bayi dan kanak-kanak kepada dunia maklumat. Membantu ibu bapa memahami perkembangan asas pengetahuan kanak-kanak serta tahap kenolehan mereka dalam pembelajaran.

2717281478 Fa00028Df5 | 7

2717282444 9Dedc6116A | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Laman Website Muslim Voice www.muslimvoice.my

FILEM-FILEM SERAM POPULAR MENGISI SLOT CINEMA ON 2