in ,

Drama Opah Musim Baru Lakonan Zizan Nin

[dropcap]D[/dropcap]ulu-dulu masa di zaman kanak-kanak, Budiey memang selalu tonton drama bersiri Opah di tv RTM. Maklumlah, masa tu, TV kita tak banyak siaran. Tak macam sekarang. Zaman moden sekarang ni, banyak sangat stesen TV dan saluran TV. Kadang-kadang konfius dan keliru tak tahu mana satu yang nak ditonton. Budiey suka drama bersiri Opah ni sebab drama ni mengajar kita erti hubungan kekeluargaan yang erat dan betapa pentingnya peranan seorang ibu dalam mendidik kanak-kanak.

[pullquote align=”right”]Budiey kira, drama Opah ini perlu diteruskan kerana sekurang-kurangnya, masyarakat kita kena tahu betapa pentingnya menjaga seorang ibu. Ye lah, kata orang, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.[/pullquote]

Budiey mendapat tahu, drama bersiri Opah musim baru akan mulai dilancarkan pada minggu hadapan. Kali ini dengan kisah yang lebih dramatik dan penuh emosi seorang ibu bernama Jenab. Drama arahan Mohd Zaman Ibrahim ini dibintangi oleh Fadhilah Mansor, Shaharudin Tambi, Norlia Ghani, Zizan Nin, Anne Ngasri, Hairie Othman, Aida Khalida, Sharifah Nadia dan ramai lagi.

Opah merupakan sebuah drama melayu bersiri popular terbitan Unit Drama RTM dan kini meneruskan kesinambungan generasi kedua keluarga Opah yang lebih moden. Mengisahkan Jenab, 66 tahun anak sulung Opah yang tidak berpelajaran tinggi, namun berusaha keras dalam bidang perubatan tradisional serta pertanian herba dengan cara moden.

Pada 20 Ogos ini, Budiey dijemput untuk menghadiri Sesi Pra Tonton dan Pelancaran Drama Opah yang akan diadakan di Wisma TV, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Bagi anda yang menjadi penonton setia drama ini, jangan lupa tonton, okay!

Apa pendapat anda tentang drama ini?

Opah

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aeril Zafrel

Drama Cinta Jannah Lakonan Aeril Zafrel & Nelydia Senrose

Peraduan Menang Tiket Konsert Linkin Park Di Malaysia – Budiey.com