in

Laman Website Muslim Voice www.muslimvoice.my

“Syukur akhirnya demi menghargai peminat kami semua sebuah laman web khas untuk peminat kami telah pun siap dengan menggunakan alamat www.muslimvoice.my dan pelancaran laman web tersebut dibuat selepas berakhirnya konsert-6 bersama-sama peminat yang hadir pada konsert tersebut. Kami harap dengan adanya laman web ini anda, kami boleh mendekatkan diri kami dengan anda semua dan kami juga mengharap anda dapat membantu kami dalam memperjuangkan nasyid di Malaysia ini. Sekiranya anda tidak dapat mengikuti sinaran langsung Akademi Nasyid di tv9 setiap hari sabtu pukul 8.30 malam, anda boleh menonton persembahan Muslim Voice di laman web ini di dalam ruangan Imbasan Episod. Terima Kasih kepada anda semua yang tidak jemu datang ke Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral dan menghantar undian  kepada Muslim Voice, kami akan buat yang terbaik demi peminat kami semua. Sebelum terlupa anda diberi peluang untuk memberi sebarang cadangan dan komen tentang Muslim Voice demi kebaikan dan kejayaan kami, alamat email dibawah. Peace” – Muslim Voice

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quotes of The Day

Pelakon Zizan Nin di Karnival Membaca Peringkat Negeri Pulau Pinang