in ,

FILEM-FILEM SERAM POPULAR MENGISI SLOT CINEMA ON 2

FILEM-FILEM SERAM POPULAR MENGISI SLOT CINEMA ON 2 SEPANJANG BULAN OGOS 2008 DI RTM2

Seram dan mengujakan. Pastinya setiap Rabu, jam 10.00 malam sepanjang bulan Ogos 2008 ini, RTM2 menerusi slot tontonan ramainya Cinema On 2 yang setiap minggu tidak pernah terlepas menyiarkan filem-filem Inggeris menarik menghadiahkan seleksi empat filem seram terbaik kepada penonton setianya.

Membuka tirai slot dengan I Know What You Did Last Summer (06 Ogos 2008), I Still Know What You Did Last Summer (13 Ogos 2008), The Exorcism Of Emily Rose (20 Ogos 2008) dan diakhiri Vampire The Turning (27 Julai 2008).

Empat buah filem yang sememangnya memiliki penggemar setianya ini selain popular turut diserikan kehadiran pelakon-pelakon dikenali ramai ini pastinya mencetuskan kepuasan kepada penonton kerana dihidangkan genre seram saban minggu sepanjang bulan ini.

I Know What You Did Last Summer, kisah seram popular tahun 1997 ini mengisahkan empat orang teman baik bernama Julie, Ray, Helen dan Barry. Mereka merancang sambutan yang indah dan gemilang setelah menamatkan pengajian peringkat universiti. Malangnya mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah kereta di pandu mereka melanggar pejalan kaki di selekoh jalan. Demi mengelakkan diri daripada dijatuhi hukuman, mereka memutuskan merahsiakan perkara itu. Lalu mayat lelaki itu dicampakkan berhampiran laut.

Setahun kemudian, Julie pulang ke rumahnya ketika percutian musim panas. Konflik bermula setelah dia menerima pesanan ”I Know What You Did Last Summer”. Ketakutan membawanya mengumpulkan semua tiga rakan baiknya yang mengetahui perkara itu.

I Know What You Did Last Summer dilakonkan Jennifer Love Hewitt, Sarah Michelle Gellar, Ryan Philippe, Freddie Prinze Jr., Bridgette Wilson, Anne Heche, Johnny Galecki dan Muse Watson.

Kemudiannya menyusul I Still Know What You Did Last Summer yang juga kesinambungan kepada filem I Know What You Did Last Summer. Dengan membariskan sebahagian besar nama-nama pelakon terdahulu, filem diterima ramai tahun 1998 ini mengajak penonton menemui jawapan apakah rahsia di sebalik nota misteri itu.

I Still Know What You Did Last Summer membawakan plot cerita dua tahun kemudiannya di mana Julie sentiasa dihantui insiden yang berlaku terhadap mereka itu. Dia lalu berkongsi cerita itu dengan teman barunya, Will. Muncul Karla, teman baik keduanya bersungguh mengusulkan mereka bercuti ke Bahamas. Rancangan percutian itu berlangsung juga sementara Ray pula bertembung dengan lelaki nelayan yang pelik itu sekali lagi. Akhirnya Ray memutuskan menjejak Julie hingga ke Bahamas kerana bimbangkan keselamatan teman baiknya itu. Kebetulan, Julie berdepan situasi cemas bila bot mereka hampir karam di pulau.

Berjayakah misi Ray membongkar misteri lelaki nelayan itu? Apakah kaitan antara nelayan itu dengan lelaki yang pernah dilanggar mati oleh mereka?

Tema seram diteruskan lagi dengan menyiarkan The Exorcism Of Emily Rose yang mengisahkan keputusan tertinggi yang perlu diambil segera oleh pegawai Catholic Church terhadap syaitan yang dimiliki mahasiswa Kolej Minnesota, Emily Rose yang berusia 19 tahun. Upacara ’mengusir’ itu dibentuk dan direkodkan untuk merakamkan kejadian sebenar yang berlaku.

Cuba diimbas kembali, kronologi The Exorcism of Emily Roses yang berhantu cuba diuji disebabkan oleh alasan kelalaian dan kecuaian oleh salah seorang paderi di situ yang menyebabkan berlakunya kematian seorang budak perempuan.

Diadaptasikan daripada kisah benar, watak peguam yang kerap ditindas dilakonkan Laura Linney cuba mempertaruhkan kerjayanya membela paderi bernama Father Moore.

Filem ini selain dibintangi Laura Linney turut mengetengahkan Tom Wilkinson, Shohreh Aghdashloo, Jennifer Carpenter dan Campbell Scott.

Vampire The Turning yang menutup tirai slot ini mengajak penonton menyelusuri kisah pasangan kekasih, Amanda (Meredith Monroe) dan Connor (Colin Egglesfield) yang bercuti ke Thailand. Segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada malam mereka mengambil peluang menyaksikan perlawanan Muay Thai di gelanggang.

Timbul pertengakaran antara Connor dan Amanda yang berkesudahan teman wanitanya itu meninggalkan Connor sendirian untuk memberi ruang masing-masing menenangkan fikiran.

Dalam perjalanannya pulang, Amanda telah menemui seseorang yang tidak dikenali. Dia kemudiannya menunjukkan arah rumah penginapannya kepada kenalan barunya itu. Malangnya kejujuran Amanda tidak kena pada tempatnya. Rupanya-rupanya dia telah berkenalan dengan pontianak bernama Niran lakonan Don Hetrakul yang sememangnya berniat mahu memerangkapnya jatuh ke tangan kumpulan mereka.

Kehilangan Amanda secara misteri telah menimbulkan keresahan di hati Connor. Connor lalu nekad untuk menjejak Amanda hingga ke temu. Namun berjayakah Connor melaksanakan misinya itu? Atau adakah dia sendiri yang terkorban demi menyelamatkan wanita kesayangannya? Filem ini turut dibintangi Roger Yuan, Patrick Bauchau dan Dom Hetrakul.

Jika inginkan kepuasan tontonan filem-filem seram Inggeris yang popular, usah ketinggalan menyaksikan I Know What You Did Last Summer (06 Ogos 2008), I Still Know What You Did Last Summer (13 Ogos 2008), The Exorcism Of Emily Rose (20 Ogos 2008) dan diakhiri Vampire The Turning (27 Julai 2008), setiap Rabu, jam 10.00 malam yang mengisi slot Cinema On 2 sepanjang Ogos di di RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Zizan Nin di Karnival Membaca Peringkat Negeri Pulau Pinang

SLOT SINEMA JUMAAT SEPANJANG BULAN OGOS 2008 DI RTM2