in , ,

Filem Sulung Zizan Nin, SAZALI MEOR COCO Pertaruh Pelakon Baharu

Hampir 25 tahun menapak dalam industri seni tanah air, pelakon, pengacara dan pengarah Zizan Nin akhirnya diberi kepercayaan untuk mengarah filem sulungnya iaitu Sazali Meor Coco. Tahniah Zizan Nin!

Filem sulung arahan pelakon, Zizan Nin berjudul Sazali, Meor, Coco: Tetiber U-Tuber dianggap filem santai dan ringan namun sarat mesej tertentu yang harus difikirkan penonton. Filem ini berkisahkan tiga sahabat datang ke kota demi mengejar impian menjadi popular. Mereka akhirnya berjaya mencapai apa yang diidamkan setelah melalui pelbagai peristiwa suka dan duka.

Antara pelakon yang menjayakan filem yang dijadual 11 November ini adalah Syazani Zikry (Sazali), Iman Zulkarnanin (Coco) dan Shahradhy (Meor).

Filem Sulung Zizan Nin, SAZALI MEOR COCO Pertaruh Pelakon Baharu

Mengulas filem berkenaan, Zizan berkata, dia berdepan dugaan merombak skrip asal hingga beberapa kali kerana berasakan masih ada ruang untuk mesej asal yang mengetengahkan isu-isu masyarakat dimasukkan. Zizan berharap apa yang cuba dikentengahkan boleh membuka mata penonton.

“Selain berdepan cabaran masa sebab jalani penggambaran sewaktu perintah kawalan pergerakan, saya juga perlu memastikan mesej dapat difahami dengan baik.

“Apa saja komen saya terima, tapi saya tak perlu layan kalau ia terlalu provokatif.

“Bagi saya, kalau pihak itu berasa bagus dia sajalah yang buat filem,”

– Zizan Nin

Zizan Nin atau nama sebenarnya Azizan Nin menganggap kerjayanya sebagai anak seni sudah lengkap selepas berjaya mengarah filem.

Saya dah jadi pelakon, pengacara, teater, dah dapat anugerah dan sekarang dah terbit, mengarah filem.

Zizan Nin

Sementara itu, Zizan berkata dia mula terlibat di belakang tabir dan memegang jawatan pengarah sekitar enam atau tujuh tahun yang lalu.

Sebenarnya orang kenal saya sebagai pelakon, orang tak tahu pun saya sebagai pengarah. Saya banyak mengarah drama, doukumentara, travelog dan filem Sazali Meor Coco ini yang pertama. Tawaran untuk saya mengarahkan tu tak pernah ada. Saya cuma mengarahkan projek-projek yang kami terbitkan sendiri.

Filem Sulung Zizan Nin, SAZALI MEOR COCO Pertaruh Pelakon Baharu

Apabila ditanya mengenai pemilihan pelakon untuk membintangi filem Sazali Meor Coco, Zizan berkata dia tidak memandangkan seseorang pelakon itu atas populariti tetapi apa yang penting adalah komitmen mereka untuk menjayakan watak yang diberi.

Pertama mereka perlu datang uji bakat. Saya tak kira sama ada pelakon itu ada nama atau tidak, tetapi mereka perlu melalui proses uji bakat dan itu adalah satu proses yang kami telah tetapkan. Yang kedua, mereka perlu beri komitmen 100% dan ini adalah projek yang besar dan serius. Seminggu mereka perlu melalui sesi rehearsal dengan saya.

Zizan akui filem Sazali Meor Coco ini memberi kepuasan kepada dirinya sebagai pengarah untuk berkarya di samping dapat mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi sebagai barisan pelakon di masa hadapan.

Filem Sulung Zizan Nin, SAZALI MEOR COCO Pertaruh Pelakon Baharu

Pemilihan pelakon untuk membintangi filem Sazali Meor Coco, Zizan berkata dia tidak memandangkan seseorang pelakon itu atas populariti tetapi apa yang penting adalah komitmen mereka untuk menjayakan watak yang diberi.

Sementara itu, penerbit dan pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd iaitu Syarizan Md Isa percaya bahawa Zizan Nin mampu menggilap bakat barisan pelakon utama untuk menghayati watak mereka dalam Sazali Meor Coco.

Sebagai penerbit pada peringkat awal jujurnya, saya ragu-ragu mengambil wajah baharu. Tetapi selepas berbincang dengan pengarah dan penulis, kami percaya jika dilihat jalan cerita ini, ianya memang memerlukan wajah baharu untuk menyampaikan mesej dalam kisah ini.

Filem Sazali Meor Coco merupakan karya terbitan Aquila Emas Sdn Bhd dan arahan Zizan Nin akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 November 2023. Filem ini juga menampilkan barisan pelakon baharu yang berbakat besar iaitu Syazani Zikry (Sazali), Iman Zulkarnanin (Coco) dan Shahradhy (Meor).

Sekadar info, filem ini juga telah ditayangkan secara rasmi di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan Korea pada 7 hingga 10 Oktover 2023 yang lalu bersempena dengan Busan International Film Festival.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farisha Iris Bakal Nikah Tamatkan Zaman Bujang Hujung Tahun Depan

AZAN SCAN GEGAR VAGANZA 2021

“Di Mana Mereka Letak Nilai Kami Sebagai Artis Lama?” – Azzan Scan