in

Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia

Tony Kassim telah meninggal dunia awal pagi semalam pada usia 72 tahun. Pelakon Toni Kasim atau nama sebenar Wan Abdul Rahman Wan Tajuddin, pelakon yang terkenal di tahun 60an dan 70an telah meninggal dunia awal pagi semalam di rumahnya di Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang. Seorang lagi bintang pelakon veteren kita meninggal dunia. Khabarnya Tony Kassim yang pernah berlakon dalam 20 buah filem termasuk filem Rumah Itu Duniaku dan Wan Perkasa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika menunaikan solat tahajjud. Allahyarham yang mengalami sakit angin pasang dan ketumbuhan ini dijangka akan menjalani pembedahan pada 20 Ogos ini. Selepas bersara dari dunia lakonan, allahyarham banyak menyertai kegiatan sukarela dan kebajikan. Meninggalkan 4 orang isteri, 7 orang anak dan 4 orang cucu. Allahyarham pernah berlakon bersama Latifah Omar, Roseyatimah, Mahmud Jun, Roomai Noor dan Nordin Ahmad. Ramai kawan-kawan dan teman seperjuangan beliau yang turut menziarahinya. Lahir di Kampung Raja Uda dan gelaran Tony Kassim digunakan ketika bekerja di Cathay Keris Filem dan pernah membintangi filem Keranda Berdarah, Jalan Sekampung, Anak Dara dan banyak lagi. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pendamar. Salam takziah kepada keluarga Tony Kassim.

[tags]tony kassim meninggal dunia, toni kassim meninggal dunia, tony kassim pelakon, gambar tony kassim, filem tony kassim, solat tahajjud, artis meninggal, mati,  meninggal dunia, angin pasang, Cathay Keris Filem, ketumbuhan, bersara, kampung pendamar, pelabuhan klang, Latiffah Omar, toni kasim, Roseyatimah, Mahmud Jun, Roomai Noor, Nordin Ahmad, kampung raja uda, tony kassim meninggal dunia, toni kassim meninggal dunia, tony kassim pelakon, gambar tony kassim, Wan Abdul Rahman Wan Tajuddin,filem tony kassim, solat tahajjud, artis meninggal, mati, foto toni kassim, gambar tony kassim, filem p ramlee, meninggal dunia, angin pasang, ketumbuhan, cari kerja bersara[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Arwah baik org nya, tegas dan sgt berdisiplin tentang suruhan agama pd anak2 murid beliau.org nya sgt humble dan peramah.pernah mengajar saya pelajaran “General ship knowlege and seamanship practical” di Akedemi laut malaysia ,Melaka thn 1983.beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di sana.semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan bersama para solihin..Aamin.

  2. Sally…ya ..anak arwah bernama Elji pernah menjadi penyanyi awal 90an dahulu.pernah sekali sekala semasa Elji masih kecil ,arwah bawa Elji ke tempat mengajar.

  3. Asalamualaikum…
    Saya Elji anak Arwah Seniman Tony Kassim.
    Pembetulan atas artikel di atas…
    Arwah meninggalkan 3 isteri saja (2 ex wife) bukan 4…
    Ibu saya isteri pertama…
    Arwah meninggal ketika sedang sujud Solah Tahajjud…
    Al fatihah…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert Ungu & Pelancaran Album Untukmu Selamanya di Ruums KL

Gambar Readers ToGether Gather – Filem Kayangan