in

Konsert Ungu & Pelancaran Album Untukmu Selamanya di Ruums KL

Konsert Ungu pada 9 Ogos 2007, hari Khamis yang lalu memang gempak dan memukau habis. Hampir penuh ruang Ruums Life Centre Kuala Lumpur pada malam itu dengan peminat-peminat dan pengemar band tersohor di Indonesia ini. Saya rasa bilangan penonton lebih kurang 1 ribu orang? Betul ke? Haha, main tebak jek. Satu jumlah yang jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan showcase Nidji, Peterpan dan Letto. Mungkin ini adalah konsert pertama Ungu di Malaysia selepas penampilan mereka di Konsert Pesta Malam Indonesia dan showcase sempena pelancaran album ketiga mereka, Melayang, maka peminat pun rasa teruja dan sanggup datang walaupun pada hari bekerja. Budiey juga sempat berjumpa dengan 3 orang pembaca Sensasi Selebriti iaitu Erin, Liza dan Zianazone di sana. Dibawakan khas oleh Suria Records Sdn Bhd dengan kerjasama Hot FM, Radio Lebih Hangat Dari Biasa menjadikan konsert band yang terdiri dari Mimik (bass), Pansha (vokal), Oncy (gitar), Enda (gitar) dan Rowman (dram) ini lebih tersusun dan berjalan dalam suasana aman.

media blogger

Jam 8.30 malam, Faizal Ismail mengambil pentas sebagai hos dan nampaknya Faizal berjaya memanaskan peminat dengan gurau seloroh, usikan dan jenakanya. Tidak kurang ada peminat yang tidak segan silu naik ke pentas untuk diuji bakat oleh Faizal. Macam-macam ragam dan kerenah. Pembukaan dibuat oleh dua band Malaysia, New Boyz dan Sofaz. Saya rasa sesuai sekali dengan aliran dan kiblat muzik mereka yang lebih ke arah citarasa muzik dari Seberang. Seolah-olah ini menjadi trend masa kini di mana band-band muzik Malaysia mengambil jalan mudah untuk meniru stail muzik dan lagu ala band-band dari Indonesia. Bagi mereka dan syarikat rakaman, ini berkait rapat dengan komersial dan penerimaan peminat. Kalau buat lagu ala Malaysia yang tangkap leleh tetapi tidak mendapat sambutan, tidak ada gunanya kerana peminat tidak gemar dengan muzik sebegitu.

New Boyz dengan vokalis Tomok (alahai Tomok ni makin kuruslah cekeding dia) menyanyi 3 buah lagu dari album terbaru mereka manakala Sofaz pula membawa lagu hit mereka termasuk Janjiku. Sofaz terdiri daripada enam orang anak muda iaitu Amir Mahiyiddin (Are-Meer), 23, selaku vokalis, Wan Shahbaharin Niktah (Shah), 28, gitaris; Ahmad Fairouz Mohamad atau Fairouz, 26, pemain bass; Wan Shah Baharom Niktah (One), 26, dram, Zarimi Zahari (Zimi), 23 sebagai vokal dan gitar kedua serta Rodie Jamun, 28, pemain keyboard membawa lagu Cinta, Janjiku dan Putus. Siapa kata Sofaz yang terkenal di Indonesia ini tidak berjaya memikat peminat di negara sendiri kalau dilihat pada jeritan peminat di Ruums KL malam itu. Mereka berjaya merangkul anugerah sebagai Duo / Band Paling Popular Anugerah Planet Muzik 2007 di Singapura tidak lama dulu, mungkin mengambil masa untuk mengumpul peminat di negara sendiri.

SEJARAH KONSER UNGU
Ungu pernah mencatat sejarah pahit apabila 10 orang peminat terkorban ketika menyaksikan konsert mereka di Stadium Widya Mandala Krida di Jawa tengah kerana berlaku kekacauan dan kesesakan dek terlalu ramai sangat penonton. Penangan ini tidak berlaku sekiranya gara-gara peminat yang betul-betul datang mahu berhibur. Aura band Ungu tampak lebih hebat dan menyerlah setelah mendominasi Anugerah Muzik Indonesia 2006 dengan mendapat dominasi paling banyak.

Memanaskan suasana di Ruums, Pasha meneruskan persembahan menerusi lagu Andai Ku Tahu, Sejauh Mungkin dan Di Sini Untukmu. Rasanya Ungu sudah boleh berbangga kerana bukan sahaja didatangi ramai peminatnya. Tetapi setiap kali Pasha mengajak mereka menyanyi bersama, permintaan itu tidak pernah dikecewakan. Dari awal persembahan pun, setiap lagu nyanyian Pasha sentiasa disambut peminat. Paling menarik tatkala Pasha menjemput Aremeer dari kumpulan Sofaz berduet dengannya menerusi lagu Melayang dan Demi Waktu. Ternyata keakraban kedua-duanya begitu terserlah. Mereka berpeluk sakan di atas pentas, bukti kemesraan band tempatan dan seberang. Meneruskan persembahan menerusi lagu baru mereka yang dikatakan bakal hits, Kekasih Gelapku, Pasha begitu bijak bermain kata-kata. “Saya nyanyikan lagu ini pertama kali secara live di Malaysia,” katanya. Klimaks persembahan malam kelmarin pastinya tatkala Pasha menyanyikan lagu berhantu kumpulan itu, Tercipta Untukku. Ketika itu seluruh khalayak yang hadir bagaikan sekata menyalakan lampu telefon bimbit masing-masing, lambang memberikan sokongan kepada kumpulan itu. – Utusan Malaysia

PELANCARAN ALBUM UNTUKMU SELAMANYA
Lewat Konsert ini, Ungu telah melancarkan album terbaru mereka berjudul “Untukmu Selamanya”. Lebih bermakna buat Ungu kerana konsert dan pelancara album terbaru mereka ini diadakan di empat negara secara terus menerus. Bermula di Kuala Lumpur pada 9 Ogos, 10 Ogos di Singapura, 12 Ogos di Hong Kong dan akhir sekali di negara kelahiran sendiri pada 15 Ogos. Antara lagu yang termuat dalam album Untukmu Selamanya ialah Aku Datang Untuk Mencintai, Untukmu Selamanya, Kekasih Gelapku, Bukan Aku, Ijinkan Aku, Cerita Bersamamu, Apakah Arti Cinta, Saat Indah Bersamamu, Waktu Di Nanti, Lagu Cinta, Penyanyi Jalanan dan Cinta Dalam Hati. Sebanyak 7 lagu disumbangkan oleh Enda yang merupakan pemain gitar band ini sendiri. Dua buah lagu hasil karya Pasha, vokalis Ungu dan Oncy yang juga pemain gitar sempat buat tiga buah lagu.

Budiey rasa semua Ungucliquers tidak sabar untuk mendengar album terbaru yang memuatkan 12 buah lagu. Album Untukmu Selamanya telah berada di pasaran pada 1 Ogos lalu dengan harga RM29.90 untuk cakera padat dan RM16.80 untuk kaset. Beberapa buah lagu diperdengarkan selain lagu-lagu dari album Melayang dan sebelumnya di konsert mereka malam tadi ternyata tidak mengecewakan peminat. Saya meramalkan album Untukmu Selama ini akan mengulangi sejarah seperti album Melayang. Malah mungkin lebih baik dari itu. Lagu bertemakan cinta yang menhiasi lirik lagu berentak balada memang menjadi tarikan Ungu. Lagu seperti Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hati, Demi Waktu, Apakah Arti Cinta dan Izinkan Aku dibawa bersama nyanyian dari peminat. Konsert pada malam itu pasti akan jadi kenangan manis buat kami peminat Ungu dan jangan serik untuk datang lagi.

Layari laman rasmi Ungu: http://unguband.com

[tags]ungu, konsert ungu, konser ungu di kuala lumpur, gambar konsert ungu di ruums life centre, ruums life centre, showcase, Nidji, Peterpan, Letto, Konsert Pesta Malam Indonesia, album melayang, download lagu album melayang, mp3 album melayang, lirik album melayang, Suria Records Sdn Bhd, Mimik (bass), Pansha (vokal), Oncy (gitar), Enda (gitar) dan Rowman (dram), gambar pansha ungu, gambar mimik ungu, gambar enda ungu, gambar rowman, hot fm, gambar faizal ismail, lawak jenaka faizal ismail, lawak saiful apek, muatturun lagu untukmu selamanya, lirik untukmu selamanya, New Boyz, Sofaz, gambar tomok terbaru, gambar siti nurhaliza terbaru, Anugerah Muzik Indonesia, AMI, Aku Datang Untuk Mencintai, Untukmu Selamanya, Kekasih Gelapku, Bukan Aku, Ijinkan Aku, Cerita Bersamamu, Apakah Arti Cinta, Saat Indah Bersamamu, Waktu Di Nanti, Lagu Cinta, Penyanyi Jalanan, Cinta Dalam Hati, lirik kekasih gelapku, lirik bukan aku, download mp3 kekasih gelapku, beli yang oroginal, kenapa delete email dalam feed awak, deletelah tak pe, jangan kedekut ilmu, pembaca paling tinggi di malaysia, tahulah awak tu powe, tak suka ciplak orang punyalah, no hal punya, no problem punya, filem ungu, youtube lagu ungu, klip video ungu, unguband.com, konsert gwen stefani diboikot, gwen seksi dibatalkan konsert, hongkiat, hong kong, hongkong, konsert ungu di Singapura[/tags]

gambar tomok new boyz

sofaz ungu

fan club ungu

tomok new boyz

peminat band ungu

gambar oansha

konsert ungu kuala lumpur

ungu

band ungu

band ungu

band ungu

pansha

band ungu

media ungu

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia

Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia