in , ,

Pelakon Siti Fazurina Kahwin Lari Tanpa Restu Ibu

Terkejut Budiey bila baca berita di Portal Mstar pada pagi tadi, tak sangka pula pelakon bernama Siti Fazurina kahwin lari dengan kekasihnya, Haikal. Paling Budiey rasa kasihan apabila Fazurina tidak bertemu langsung dengan ibunya untuk mendapat restu. Sekaligus berita ini mengingatkan Budiey dengan tragedi yang sama berlaku kepada keluarga pelakon Rita Rudaini semasa beliau berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal beberapa tahun sudah.

Pasti ramai yang nak tahu gambar suami Fazurina, gambar kahwin Fazurina dan juga ramai yang nak tengok gambar terkini Fazurina, kan? Budiey dengar Fazurina kini dah bertudung.

Siti Fazurina

Fazurina kini dah bertudung

[dropcap]P[/dropcap]elakon drama bersiri Trilogi Cinta ini dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya.

[pullquote align=”right”]Paling Budiey rasa kasihan apabila Fazurina tidak bertemu langsung dengan ibunya untuk mendapat restu.[/pullquote]

Sumber terdekat keluarganya mendedahkan, Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir, 30, pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.

“Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita. Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya.”

Dalam pada itu, sumber memberitahu, pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan.

Malah dalam SMS tersebut, individu itu meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.

“Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu. Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki.”

Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana dia mungkin masih mahu merahsiakan majlis itu.

Siti Fazurina

Rusdi Ramli dan Siti Fazurina

Gambar di atas ini bukan gambar Fazurina dengan suaminya. Ini adalah gambar semasa Siti Fazurina berlakon bersama pelakon Rusdi Ramli dalam sebuah drama. 🙂

Siti Fazurina

2 Comments

Leave a Reply
  1. Apabila seseorang wanita lari kahwin mesti ada sebab musababnya. Keluarga nya terutama mak dan ayah kandungnya kena kaji selidek mengapa berlaku sebegini. Kadangkala situasi berlaku dimana dari awal dah ada tentangan dari pihak keluarga sendiri menyebabkan wanita yang nak kahwin tu tiada pilihan daripada membuat sesuatu diluar dugaan famili kerana terlalu kasih kepada pasanganya. Tapi orang kata kalau nak selamat rumahtangga, seelok2nya mendapat restu ibu ayah terdahulu untuk mendapat keberkatan dihari kemudian. Semoga nasihat ini menjadi pedoman kpd mereka yang menjalin percintaan dan ingin mendirikan mahligai tidak lama lagi.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

5 Tips Mudah Membeli Kereta PROTON SAGA FLX

Peraduan Menangi Tiket Ke Anugerah Juara Lagu 27