in ,

Peraduan Menangi Tiket Ke Anugerah Juara Lagu 27

Salam AJL27 buat semua pembaca Sensasi Selebriti,

Amboi, demam AJL27 semakin Budiey rasai kini. Yelah, apabila terpanggil untuk buat liputan di Siri Jelajah Anugerah Juara Lagu di Melaka pada hari Ahad ni, semakin berkobar-kobar pulak nak tahu siapalah agaknya yang akan menang besar di AJL27 ni.

Peraduan Menangi Tiket Ke Anugerah Juara Lagu 27

[pullquote align=”right”]Roadshow Anugerah Juara Lagu 27 dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis popular seperti Stacy, Black & RJ, Hazama, Mojo, One Nation Emcees & Jimmy Palikat, Azlan & The Typewriter dan Amir Jahari.[/pullquote]

Kepada pembaca budiey.com yang ada sekitar Bandaraya Bersejarah Melaka, boleh datang beramai-ramai untuk beramah mesra dan memberi sokongan kepada finalis di Siri Jelajah AJL27 akan diadakan di Pentas Utama, Kompleks Melaka Mall, Melaka pada hari Ahad ini, 23 Disember 2012, orait?

Berbeza dengan tahun lepas, siri ke-27 ini telah memperkenalkan satu lagi aktiviti bersama peminat iaitu Aktiviti Mencorak Arca Terbesar #AJL27. Ramai juga artis yang turun padang untuk mengecat arca AJL ni. Saje suka-suka kan. Tapi diorang ni kira sporting la dapat bersantai dengan peminat.

Selain tu juga, Peraduan Tiru Gaya Artis AJL juga seperti tahun lepas pasti akan ditunggu-tunggu, video parodi dari peserta yang kreatif. Hadiah lumayan tu beb.

Walaupun AJL27 akan berlangsung 2 minggu lagi, Budiey percaya, minggu ini anda semua sibuk mencari-cari tiket untuk menonton secara live Anugerah Juara Lagu Ke-27. Budiey sudah pun berusaha sedaya upaya untuk memberikan tiket AJL utk pembaca budiman sekalian. Akhirnya, untuk tahun ini, Budiey hanya boleh memberikan 20 keping tiket AJL27 untuk pembaca budiey.com. Kira okay la tu beb. Tahun lepas Budiey.com hanya dapat 10 keping tiket je. Haa, bersyukurla sikit. Hehe!

ajl27

Untuk info pembaca, Anugerah Juara Lagu Ke-27 akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 6 Januari 2012, hari Ahad jam 9 malam.

[dropcap]K[/dropcap]ira-kira 2 minggu sahaja lagi kita bakal mengetahui lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu. Korang rasa lagu mana eh? Budiey ramalkan lagu yang akan dinobatkan sebagai juara pada tahun ini ialah… lagu Patah Seribu (Shila Amzah) kalau tak Shila menang, Terukir di Bintang dari Yuna akan menang. Ini hanya ramalan bagi orang yang buta muzik dan hanya pendapat dari seorang blogger picisan seperti Budiey je.

Oh ya, nantikan persembahan hebat daripada finalis; Stacy, Jimmy palikat & One Nation Emcee, Yuna, Shila Amzah, Hafiz, Black dan ramai lagi yang pastinya akan menggegarkan pentas Stadium Putra pada malam penganugerahan paling berprestij dalam industri muzik tanahair.

Budiey baca kat Facebook AJL27, dengarnya semua finalis dah pun membentangkan gimik dan corak persembahan mereka kepada produksi TV3. Haa, macam-macam idea dan konsep diketengahkan. Semuanya gempak-gempak.

Siapakah artis, komposer dan penulis lirik yang bakal meraih kejuaraan di dalam medan pertarungan tahun ini? Siapakah pula artis yang bakal mendapat tempat dalam persembahan dan vokal terbaik? Sama-sama kita nantikan ya!

AJL27

[dropcap]B[/dropcap]udiey membuka peluang kepada pembaca dengan memberikan 20 keping tiket Anugerah Juara Lagu 27 kepada pembaca yang menyertai peraduan ini. Seorang pemenang akan dapat 2 tiket AJL27.

Apa yang anda perlu buat ialah…

Soalan 1:
1. Apakah tema Anugerah Juara Lagu 27?

Soalan 2:
2. Sebutkan 5 finalis Anugerah Juara Lagu 27

Soalan 3:
3. Sebutkan lokasi Siri Jelajah Anugerah Juara Lagu 27? Hanya 1 lokasi je 🙂

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton Anugerah Juara Lagu 27 secara live kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Anugerah Juara Lagu 27

Tarikh tutup peraduan:
Jam 5 petang 2 Januari 2013 – Rabu

10 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Terima kasih TV3 atas tiket jemputan tersebut.

Nantikana gambar selebriti di karpet merah AJL27 di blog ini dan kemaskini terkini di Twitter @budiey. Jom follow me ya.

20 tiket utk pembaca budiey dot com sudah pun ada di tangan Budiey. Sape yg bertuah? Esok akan dihubungi ya.

Peraduan Menangi Tiket Ke Anugerah Juara Lagu 27

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Siti Fazurina Kahwin Lari Tanpa Restu Ibu

Program Menarik di 8TV Sepanjang Disember 2012