in

5 Tips Mudah Membeli Kereta PROTON SAGA FLX

5 TIPS MUDAH MEMBELI KERETA PROTON SAGA FLX

Tup tap tup tap, kita dah pun sampai di garisan penamat 2012. Kalaulah Budiey cakap, “Fuh! Cepat betul masa berlalu.”, pasti korang akan cakap, ayat ni dah klise sangat. Mungkin sebab tu la kot, orang kata, masa itu emas!

[dropcap]T[/dropcap]api hakikatnya, masa memang sentiasa cemburu dengan kita. Cepat je jarum jam tu berputar. Namun apa yang seronok, ada setengah dari kita sekarang ni tengah senyum meleret sampai ke telinga sebab dapat bonus hujung tahun. Masyyuuk! Hashtag #Untunglah.

Dalam kepala masing-masing, macam-macam benda la tengah berkira nak beli. Itu..ini. Kalau tanya Budiey, nak buat apa dengan duit bonus tahun ni, Budiey berkira mahu beli sebuah kereta baru. Amacam?

Pilihan pertama Budiey ialah Proton Saga FLX! Whats say you all? Okay tak? Cun apa kereta ni! Tak caya cuba lihat gambar kat bawah ni:

5 Tips Mudah Membeli Kereta PROTON SAGA FLX

Merah menyala berkilat penuh gaya glamor dan menawan!

[pullquote align=”right”]Tawaran hebat dari Proton sekarang ini! Eksklusif untuk pembelian kereta pertama![/pullquote]

Dua hari lepas, Budiey menerima khabar, ada tawaran hebat dari Proton sekarang ini! Katanya, eksklusif untuk pembelian kereta pertama atau dalam kata lain, untuk anda yang baru kali pertama membeli kereta atau para graduan yang baru sahaja bekerja… ibarat kata, akan mendapat kereta ini secara percuma! Wah! Mesti ramai yang tak percaya kan?

Okay, kalau tak percaya teruskan pembacaan anda untuk entri ini sampai habis sebab Budiey juga akan senaraikan 5 tips atau kriteria yang anda perlu buat sebelum membeli sebuah kereta. Budiey terangkan satu persatu supaya korang senang nak faham. Mudah-mudahan entri ini boleh dijadikan panduan buat semua pembaca.

5 Tips Mudah Membeli Kereta PROTON SAGA FLX

Haa, inilah promosi jualan hujung tahun, dari Proton untuk Proton Saga FLX 1.3 dan 1.6!

[pullquote]Tawaran promosi datang sekali seumur hidup khas untuk anda pemilik kereta pertama. Inilah baru yang dinamakan Kempen Pembeli Kereta Pertama Proton![/pullquote]

Mesti korang tengah meneka apa tawaran untuk kempen ni, kan? Ramai yang meneka akan dapat rebate sehingga RM2,000 atau Zero caj servis percuma untuk satu tahun, kan? Oh yes! Jawapan anda betul. Itulah tawarannya yang dinantikan oleh semua. Bukan itu sahaja yang ditawarkan. Dapat pulak zero bayaran road tax untuk 2 tahun atau dan zero pembaharuan bayaran Lesen Memandu RM150 untuk 5 tahun. Haa, sape tak nak, wei!

Tawarannya lebih dari itu sebenarnya dan ia tak pernah terduga oleh pembeli kereta pertama pun!

Untuk info lanjut: www.epicsaga.com.my

Dalam pada kita bercakap tentang sesuatu yang lebih berharga ni, kempen pembelian ini juga adalah satu komoditi yang sangat berharga di mana Budiey kira tiada pembeli khususnya untuk pembeli kereta pertama akan menolak peluang keemasan ini.

Jika ada peluang dan rasa berbaloi untuk beli kereta, inilah masa yang sesuai untuk rebut peluang ini. Kata orang, bila dah ada kereta ni, ibarat ada kaki kedua yang boleh membawa kita ke mana sahaja dan membuatkan kehidupan kita juga lebih lancar dan sempurna.

5 Tips Mudah Membeli Kereta PROTON SAGA FLX

Jadi, sebelum anda beli kereta pertama tu, apa kata baca dulu lima tips berguna ni. Budiey dah senaraikan secara ringkaslah panduan untuk anda yang mahu membeli kereta khususnya kereta Proton Saga FLX ni. Semoga ia bermanfaat dan menjadikan kita selalu beringat-ingat.

1. Tepuk Dada Tanya Selera
[dropcap]M[/dropcap]emilih kereta yang bersesuaian dengan anda, bukan sesuatu yang mudah. Kita kena tahu dari A-Z apa ciri-ciri kereta yang kita inginkan. Biar sesuai dengan gaya hidup. Nanti tak pasal-pasal kita juga yang rugi. Sebelum beli, fikir dulu masak-masak dan buat perancangan kewangan kita. Kalau terlampau mengikut selera pun tak boleh juga. Tengok pada kemampuan. Kalau tak, enyesal pulak nanti. Jadi, pastikan kereta anda itu adalah kereta yang memiliki enjin yang power, tempat duduk yang nampak mewah dan bodykit yang cun dan sporty seperti Proton Saga FLX. Semua itu tengok pada selera anda.

[pullquote align=”right”]Pilihlah kereta dengan enjin yang power, tempat duduk selesa, nampak mewah dan bodykit yang gempak![/pullquote]

Segala pilihan di tangan anda, samada nak beli yang terpakai (secondhand) atau yang masih baru berkilat & steady! Kedua, tengok pada bajet anda jugaklah. Kalau bajet sangat terhad, sudah tentu kita akan pilih kereta yang terpakai, lagi murah dan jimat. Jika anda tak tahu nak pilih kereta yang mana satu, jangan bazirkan masa, nanti anda sendiri yang rugi masa. Nanti ada pulak yang habiskan masa di bengkel dari habiskan masa di jalan raya. Gigit jari nanti. Melihat pada harga Proton Saga FLX yang sangat berpatutan ini, Budiey gerenti mana-mana graduan yang baru bekerja mampu memilikinya.

2. Selamat tinggal pada kebebasan dan selamat tinggal juga pada bajet!
[dropcap]Y[/dropcap]a, jangan bimbang, pengertian kita di zaman sekarang ini, kalau kereta yang baru tu tak semestinya mahal harganya. Tambahan pula, ada kereta Proton Saga FLX di pasaran hari ini berharga serendah RM38,361 dan didatangkan pula dengan segala kelengkapan, aksesori, teknologi yang lebih canggih yang menjadikan kita lebih selesa dan up to date.

Seperti mana Proton Saga FLX yang didatangkan juga dengan tempat duduk beralaskan leather yang selesa, nampak ruang duduknya pun sangat luas mewah lagi klasik dan tak lupa berenjinkan pulak Lotus.Pergh! Sangat berbaloi untuk dimiliki.

3. Mengambil Kira Kos Tersembunyi
[dropcap]S[/dropcap]ekarang ini, banyak lagi perkara yang kita kena fikir untuk beli sebuah kereta daripada kita hanya perlu buat bayaran secara bulanan. Contohnya, bila ada kereta ni, kita kena fikir untuk masukkan minyak. Haa, itulah yang Budiey kata tadi, kena ambil kira kos tersembunyi. Kalau tak masukkan minyak, mau tak jalan kereta tu. Minyak enjin pun sama jugak, kena ditukar dalam tempoh yang tertentu dan begitu juga dengan air filters dan oil filters serta spark plugs mestilah diambil berat. Semua itu nak kena ada maintenance dan ia memerlukan kita melaburkan sejumlah wang. Tayar pulak nak kena tukar dua tahun sekali. Pendek kata kena tahu ciri-ciri keselamatan dan tahu bagaimana untuk menjaga kereta.

Sebagai tambahan, kita juga kena pastikan tidak terlepas untuk membayar cukai jalan (road tax), yuran lesen kereta dan pastinya kita tak terlepas untuk tanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan insuran. Ini semua berkaitan dengan undang-undang, nak tak nak kena selesaikan hal-hal yang berkaitan. Kalau kita tak settle siap la kan kena saman nanti. Jadi, dengan tawaran kempen pembelian kereta pertama dari Proton, kita dah berjimat kerana tidak perlu fikir bayar road tax, lesen memandu dan sebagainya. Dari situ, kita dah dapat menanggung kos yang Budiey anggap kos tersembunyi tadi.

4. Cuba dulu baru tau, Jadi, kenalah pandu uji (Test Drive)
[dropcap]A[/dropcap]pabila kita dah tahu ciri-ciri kereta idaman kita tu, sekarang kita dah tak banyak pilihan sebenarnya. Mungkin ada senarai pendek dalam 2 atau 3 pilihan kereta. Jadi, langkah yang paling penting sekarang ini ialah kita kena cuba pandu uji kereta yang kita nak beli tu. Jangan pakai beli je. Nanti, bila dah beli, baru nak pandu, haaa, ada pulak yang tak berkenan.

Tak kiralah macamana sempurna rupa kereta tu, kita tak tahu sejauh mana kehebatannya sehingga kita sendiri memegang stering dan memandunya. Selain itu, inilah masa yang sesuai untuk kita bertanya tentang kemusykilan atau kita mahu tahu lebih lanjut tentang kereta yang kita nak beli tu. Contohnya, sebelum kita beli Proton Saga FLX, kenalah tanya tentang ciri-ciri hebat yang sekarang ini heboh diperkatakan tu. Anda bebas bertanya tentang apa sahaja. Mungkin tentang enjin CVT, betul atau tak ia dapat melancarkan pergerakan kereta dengan lancar.

5. Miliki Kereta Idaman Anda
[dropcap]A[/dropcap]pabila dah rasa puas hati, barulah kita boleh menilai. Adakah anda sudah mendapat tawaran hebat yang menjimatkan dengan membeli kereta tersebut atau tidak. Pastinya, Budiey dah buat keputusan untuk mendapatkan Proton Saga FLX ni sebab ciri-cirinya memang menepati citarasa dan dalam masa yang sama, Budiey mendapat penjimatan. Yang penting, kita bangga dapat memiliki kereta sendiri dan gembira dengan pilihan dan harga yang kita bayar.

5 Tips Mudah Membeli Kereta PROTON SAGA FLX

5 Tips Mudah Membeli Kereta PROTON SAGA FLX

5 Tips Mudah Membeli Kereta PROTON SAGA FLX

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Suami Siti Nurhaliza Datuk K Telah Keluar Dari Wad ICU

Pelakon Siti Fazurina Kahwin Lari Tanpa Restu Ibu