in , ,

Pak Nil Kini Jadi Tenaga Pengajar Melatih Pembaca BERITA 757 Di Awesome TV

Awesome TV fokus liputan bercorak agresif, terbuka dan telus, turut bawa masuk khidmat Pak Nil sebagai tenaga pengajar untuk suntik kelainan segar.

Bagi mengukuhkan kedudukan dan kredibiliti sebagai jenama utama yang berani menyalurkan maklumat telus dalam menyuarakan kebenaran demi menjaga kebajikan rakyat, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV menerusi penerbitan program ‘Berita 757’ konsisten mengupas kandungan berita berkaitan isu-isu semasa dan sensitif yang dekat dengan masyarakat tanpa berpihak kepada mana-mana pihak.

Pak Nil Kini Jadi Tenaga Pengajar Melatih Pembaca BERITA 757 Di Awesome TV

Mengangkat slogan ‘Rakyat Keutamaan Kami’, program ‘Berita 757’ yang mula dilancarkan pada 1 Februari lalu bersiaran secara langsung pada setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 7.57 malam di platform Astro saluran 123 dan MyTV saluran 112.

Menerusi durasi 33 minit, ‘Berita 757’ membawakan laporan harian yang merangkumi berita-berita nasional, tempatan dan luar negara merentasi segmen politik, isu semasa, ekonomi, jenayah, hiburan dan sukan. Program ‘Berita 757’ dikemudikan oleh empat personaliti berita yang bertanggungjawab untuk mengendalikan slot harian secara bergilir-gilir. Mereka terdiri daripada Dr. Mohd Ghazali Taib, Ain Syuhada Ahmad Bohari, Nadhra Mohd dan Adriana Ghafar.

Pak Nil Kini Jadi Tenaga Pengajar Melatih Pembaca BERITA 757 Di Awesome TV

Laporan ‘Berani, Lantang Angkat Suara Rakyat

Mengulas lanjut mengenai hala tuju dalam meletakkan ‘Berita 757’ sebagai wadah berpengaruh untuk memperkasakan suara rakyat Malaysia, Dato’ Adam Ilyas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV berkata, “Seperti yang kita tahu, saluran berita merupakan salah satu komponen utama pilihan audiens yang berperanan untuk memberikan akses kepada sumber maklumat penting. 

Selaku stesen televisyen yang berperanan sebagai cermin masyarakat, kami memikul tanggungjawab besar dalam melaporkan berita yang diperoleh daripada sumber yang tepat secara adil tanpa memihak atau dikawal oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa politik atau berkepentingan. Kami berpegang kepada kebebasan media serta berani menongkah arus untuk memberi kritikan dan teguran membina sambil menyalurkan maklumat.

Namun begitu, walaupun corak pemberitaan laporan ‘Berita 757’ bersifat agresif dan vokal, kami tetap mengambil kira soal sahsiah dan menitik beratkan kawalan ke atas setiap isi kandungan liputan yang dibuat kerana sedar akan implikasi yang mungkin boleh berlaku setelah maklumat tersebut disebarkan dan diterima oleh orang ramai.

Walaupun baru sahaja dilancarkan pada 1 Februari lalu, kami gembira dengan maklum balas positif yang diterima kerana pendekatan ‘Berita 757’ terbukti berkesan apabila berjaya merekodkan kedudukan kedua teratas atau ‘Top 2’ bagi kategori berita dalam bahasa melayu dengan jumlah tontonan melebihi 18 juta sejak ia dilancarkan dua bulan lalu. ’Berita 757’ turut berjaya meraih perhatian golongan muda apabila mencatatkan sejumlah 57 ribu pengikut di platform media sosial, TikTok. 

Pak Nil Kini Jadi Tenaga Pengajar Melatih Pembaca BERITA 757 Di Awesome TV

Sebagai pemain baharu dalam segmen berita, kami menyimpan aspirasi untuk melihat ‘Berita 757’ berdiri sebagai ‘trendsetter’ alaf baharu bidang pemberitaan bertaraf dunia dan berpengaruh sebaris dengan pemain arus perdana yang lain di Malaysia.”

Bagi menyuntik kelainan unik dan segar daripada segi penyampaian dan persembahan secara visual sekaligus menyerlahkan pesona barisan personaliti ‘Berita 757’, selebriti tersohor tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil dilantik sebagai tenaga pengajar yang akan melatih serta membimbing mereka untuk silibus pembinaan karekter, pembentukan bahasa tubuh yang efektif merangkumi ekspresi wajah, gerakan badan, lontaran suara, disiplin pengucapan awam terutamanya di hadapan kamera, teknik berinteraksi, penjagaan tata rias dan sebagainya.

Adam turut menambah, “Kami amat berbesar hati dengan kehadiran Pak Nil yang sudi berkongsi pengalaman dan kepakaran yang beliau miliki untuk melatih personaliti ‘Berita 757’. Dengan legasi seni lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang pengacaraan, kredibiliti dan reputasi cemerlang beliau sebagai personaliti TV dan pengacara yang disegani meletakkan Pak Nil sebagai guru yang dilihat paling layak untuk memberikan tunjuk ajar kepada pembaca berita kami. Semoga ilmu yang beliau turunkan dapat dimanfaatkan bersama sekaligus memberikan satu lagi tanda aras baharu untuk bidang pengacaraan

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi mengenai inisiatif pencarian bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai personaliti ‘Berita 757’. Insya Allah, sesi uji bakat terbuka bakal diadakan selepas raya nanti. Butiran lanjut mengenai perancangan ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.”

Pak Nil Kini Jadi Tenaga Pengajar Melatih Pembaca BERITA 757 Di Awesome TV

Untuk makluman, Awesome TV telahpun memulakan operasinya sejak Ogos 2020 dan menyiarkan program-program menarik tempatan dan luar negara, menerusi segmen Drama, Bicara (rancangan bual bicara), Kids, Hiburan dan Komedi. 

Pak Nil Kini Jadi Tenaga Pengajar Melatih Pembaca BERITA 757 Di Awesome TV
Pak Nil Kini Jadi Tenaga Pengajar Melatih Pembaca BERITA 757 Di Awesome TV
Pak Nil Kini Jadi Tenaga Pengajar Melatih Pembaca BERITA 757 Di Awesome TV

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZACK ZAKWAN

Zack Zakwan Rakam Lagu TERLUKA, Tak Kisah Dikatakan Tiru Cara Tomok

HANIS ZALIKHA

Hanis Zalikha Kini Duta Rasmi Innersejuk, Kontrak Bernilai USD1Juta!