in , ,

Hanis Zalikha Kini Duta Rasmi Innersejuk, Kontrak Bernilai USD1Juta!

Innersejuk dengan ini mengumumkan Hanis Zalikha sebagai duta rasmi bagi jenama tersebut. Beliau yang merupakan seorang usahawan wanita terkenal di Malaysia dan dikenali sebagai Ikon Modest Fashion bersetuju dengan potensi kontrak bernilai USD 1 Juta (Ringgit Malaysia 4.2 Juta).

Buat pertama kalinya Hanis Zalikha akan turut serta dalam kempen Innersejuk, menonjolkan koleksi Telekung Suqainah yang terbaru.

Dalam kempen tersebut, Hanis Zalika memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe, koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberikan keselesaan tetapi tetap kelihatan cantik dan elegan ketika dipakai.

Koleksi Telekung Suqainah ini telah pun berada di pasaran di semua platform online dan di outlet Innersejuk.

Hanis Zalikha Kini Duta Rasmi Innersejuk, Kontrak Bernilai USD 1 Juta

“Kami sangat teruja dan mengalu-alukan Hanis Zalikha untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Innersejuk.

Personaliti beliau yang sangat berani, mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, sangat sesuai untuk membawa jenama Innersejuk.

Beliau adalah seorang usahawan wanita berbakat yang berjaya, juga seorang isteri dan ibu.

Kami sangat kagum dengan keberanian dan kesungguhan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan,”

Azrul Izzam, Pengarah Urusan Innersejuk.
Hanis Zalikha Kini Duta Rasmi Innersejuk, Kontrak Bernilai USD 1 Juta

Fabrik Telekung Suqainah ini dihasilkan dari rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill® Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa.

Ciri menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal dari kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Suqainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan anti-mikrob, ditambah pula dengan ciri kemasan yang mewah menjadikan Telekung Suqainah ini sesuai dengan semua jenis muka, cantik terletak apabila memakainya dan memberikan keselesaan kepada pemakainya. 

“Suqainah bermaksud ketenangan dalam Bahasa Arab dan ia menggambarkan perasaan saya apabila memakai telekung ini. Telekung ini tidak jarang, rasa sejuk bila dipakai dan yang paling saya suka bila di bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak dengan sempurna. Saya sangat suka dan Telekung Suqainah ini merupakan antara telekung terbaik yang pernah saya miliki,”

Hanis Zalikha
Hanis Zalikha Kini Duta Rasmi Innersejuk, Kontrak Bernilai USD 1 Juta

Telekung Suqainah Signature merupakan potongan klasik untuk jenama ini yang sesuai digunakan untuk kegunaan harian dan juga di majlis-majlis khas.

Manakala Telekung Suqainah Luxe pula mempunyai ciri yang lebih mewah dengan fishtail yang lebih panjang di bahagian belakang.

Hanis Zalikha Kini Duta Rasmi Innersejuk, Kontrak Bernilai USD 1 Juta

LATAR BELAKANG INNERSEJUK

INNERSEJUK merupakan sebuah jenama Malaysia yang sedang berkembang di bawah syarikat Airaz Technologies Sdn. Bhd. Innersejuk menghasilkan pakaian berkualiti tinggi serta menarik untuk dipakai merangkumi modest sports, lifestyle ready-to-wear, pakaian untuk beribadah dan juga aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup wanita muslimah pada hari ini.

Hanis Zalikha Kini Duta Rasmi Innersejuk, Kontrak Bernilai USD 1 Juta

Pada tahun 2017, Innersejuk menyedari kekurangan dalam pasaran modest fashion dan memutuskan untuk menghasilkan produk yang bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi juga mempunyai fungsi yang lebih baik. Selepas melakukan penyelidikan intensif selama beberapa tahun, Innersejuk telah berjaya mencipta DriChill Technology®- fabrik yang sejuk dan anti-mikrob, yang dapat menyerap peluh, selesa, serta sesuai dipakai bukan sahaja untuk bersukan malah boleh digayakan sebagai lifestyle wear.

Hari ini, Innersejuk telah berkembang dengan menawarkan pelbagai pilihan produk yang menekankan elemen modest fesyen untuk wanita melalui penggunaan fabrik yang inovatif, reka bentuk moden dan harga pasaran yang kompetitif.

Website: www.innersejuk.com

IG: @innersejuk

Facebook: Innersejuk

Hanis Zalikha Kini Duta Rasmi Innersejuk, Kontrak Bernilai USD 1 Juta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pak Nil Kini Jadi Tenaga Pengajar Melatih Pembaca BERITA 757 Di Awesome TV

Daiyan Trisha Menadah Doa Agar Cepat Jumpa Jodoh Di Jabal Rahmah