in

One Three Hill Musim Ke-5

One Three Hill MUSIM KE-5
TX Date/Day: 2 Disember 2008, Selasa
Time: 10.30 malam

8TV kini kembali dengan musim terbaru drama bersiri popular One Tree Hill. Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama bersiri remaja ini bagi mengetahui apa yang bakal berlaku dalam musim terbaru ini! One Tree Hill musim ke-5 ini disiarkan pada 2 Disember 2008 jam 10.30m malam hanya di 8TV.

“Saya pasti ramai yang mahu mengetahui apa yang bakal terjadi dalam episod akhir One Tree Hill musim ke-4 yang lalu. Bagi musim ke-5 ini, banyak muka-muka baru yang bakal tampil dalam drama bersiri ini. Oleh itu, pastikan anda berada di rumah pada setiap malam Selasa kerana anda pastinya tidak mahu terlepas menonton One Tree Hill!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Empat tahun sudah berlalu dan banyak perubahan yang berlaku di Tree Hill. Lucas berjaya menghasilkan novel pertamanya dan sedang dalam proses menghasilkan novel kedua. Lucas yang sebelum ini cukup aktif sewaktu di sekolah turut diberi kepercayaan menjadi jurulatih pasukan bola keranjang di sekolah beliau dahulu dan berjanji untuk melatih pasukan baru itu menjadi juara.

Setelah tamat sekolah menengah, Peyton pula mula berjinak-jinak dalam bidang muzik. Beliau meninggalkan Tree Hill setelah mendapat pekerjaan di sebuah syarikat rakaman di Los Angeles. Adakah Peyton akan gembira dengan bidang yang diceburinya itu?

Berbeza teman baiknya Brooke yang akhirnya berjaya mengejar impian sebagai pereka fesyen terkenal dengan jenama pakaian beliau sendiri Clothes over Bros. Walaupun Brooke berjaya dalam kerjayanya namun beliau masih keliru dalam kehidupannya sendiri. Apa sebenarnya yang berlaku di dalam kehidupan Brooke?

Pasangan Nathan dan Haley pula yang baru menerima cahaya mata lelaki bernama Jamie ternyata begitu gembira dengan kehidupan baru mereka sebagai ibu dan bapa. Walaupun karier Nathan adakalanya tidak berjalan dengan lancar, pasangan suami isteri ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka. 

Banyak perubahan yang berlaku di Tree Hill namun perjalanan mereka baru bermula. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan One Tree Hill pada setiap hari Selasa jam 10.30 malam  hanya di 8TV!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Juliana Evans, Nanu Baharudin, Norish Karman, Amy Mastura Dalam Kasut Tumit Tinggi

Jawapan Trivia: Erra Fazira & Engku Emran