in , ,

Oktovia Manrose Nikah Kali Kedua, Rupanya Suami Dia Bekas Pemain Bola Sepak

TARIKH 21 Disember 2021 menjadi pilihan selebriti untuk diijab kabul apabila selepas Uyaina Arshad dan Raja Syahiran, kini pelakon Oktovia Manrose turut sah bergelar isteri.

Oktovia Manrose selamat disatukan dengan bekas pemain bola sepak Melaka United iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.

Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 30, dinikahkan oleh bapa kandungnya iaitu Iwan Dangdut atau nama sebenar Wan Syahman Wan Yunus dengan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Fairudz Saderi.

Efsan segak mengenakan baju melayu putih dan Oktovia kelihatan anggun mengenakan gaun rona sama hasil sentuhan pereka fesyen Ezuwan Ismail.

Oktovia Manrose Nikah Kali Kedua, Rupanya Suami Dia Bekas Pemain Bola Sepak

Majlis yang berkonsepkan perkahwinan tradisional itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan didakan di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu penyanyi Iwan.

Memilih tema Taman Bunga, suasana dewan resepsi kelihatan mewah dengan dekorasi tersebut.

Antara saudara dan rakan artis hadir di majlis tersebut adalah Uqasha Senrose, Kamal Adli, Emma Maembong, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.

Oktovia Manrose Nikah Kali Kedua, Rupanya Suami Dia Bekas Pemain Bola Sepak

Oktovia memilih Khairul Efsan sebagai suami.

Oktovia menerima mas kahwin sebanyak RM80 dengan sebentuk cincin berlian dan hantaran lima dulang berbalas tiga kepada pihak lelaki.

Terdahulu, Oktovia pernah berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 kemudian bererai pada tahun 2015.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 10.

Biodata

1. Nama lengkapnya, Wan Syamira Putri Octovia binti Wan Syahman. Popular menerusi nama Octovia Manrose. ‘Manrose’ adalah gabungan nama bapa dan arwah ibunya.

2. Lahir pada 29 Oktober 1991 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini berusia 28 tahun.

3. Merupakan pelakon dan model.

4. Menceburi bidang hiburan sejak tahun 2015.

5. Anak kepada penyanyi dangdut era 90-an yang mendapat jolokan ‘Raja Dangdut’, Wan Syahman bin Wan Yunus atau lebih dikenali sebagai Iwan. Manakala ibunya, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor merupakan bekas pelakon.

6. Adiknya, Aprena Manrose dan sepupunya, Nelydia dan Uqasha Senrose turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.

7. Anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Ramada Manrose.

8. Pada 23 Februari 2011, beliau mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izat Abd. Rahman, lalu mendapat rezeki seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Zulkarnain kelahiran 23 Disember 2011. Mereka bagaimanapun memfailkan penceraian pada tahun 2015.

9. Octovia kemudiannya didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan suami Bella Astillah iaitu penyanyi Aliff Aziz pada Februari 2019 hingga mencetuskan ‘perang’ antaranya dan Bella di media sosial.

10. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi filem Minah Moto pada tahun 2017 arahan sutradara Ahmad Idham, membawakan watak sebagai Aju.

11. Juga drama Cinta Si Wedding Planner, Biar Aku Jadi Penunggu, Hajah Heathrow Kembali, Umairah, Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora, Gerak Khas (Musim 17), Cinta Tiada Ganti dan Setelah Cinta Itu Pergi.

12. Termasuk telefilem Tercipta Untukku, Tangisan Kubur, Adakah Aku Bersalah dan Abang Kandung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uyaina Arshad & Raja Syahiran Selamat Bernikah

Shila Amzah Sudah Failkan Cerai, Tapi Ada Sebab Kenapa Suami Enggan Keluar Rumah