in , ,

Shila Amzah Sudah Failkan Cerai, Tapi Ada Sebab Kenapa Suami Enggan Keluar Rumah

Perkara itu dimaklumkan oleh Shila menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menerusi entri itu, Shila berkata sudah dua bulan dia bersama anaknya tinggal di rumah kedua ibu bapanya.

Namun, satu demi satu dugaan menimpa apabila rumah ibu bapanya di Langat dinaiki air dan kini mereka sekeluarga menumpang di rumah makciknya selepas hilang tempat berteduh.

Kata Shila lagi, perceraiannya masih dalam proses apatah lagi pihak sebelah sana seolah mahu memanjangkan perkara tersebut.

Shila Amzah Sudah Failkan Cerai, Tapi Ada Sebab Kenapa Suami Enggan Keluar Rumah

Ujarnya lagi, dia tidak boleh bersabar lagi kerana Shila berkata dia kini cuba sebaik mungkin untuk menjaga hati dan nama semua pihak.

Menurut Shila, dia mempunyai rumah di Cyberjaya namun tidak selesa untuk pulang kerana suaminya masih berada di rumahnya.

“Sha dah file cerai ..but unfortunately still on going process sebab dia decide nak prolong benda ni..Cuma bila dah jadi macamni, sha dah tak boleh nak sabar lagi sebab Sha pun trying my hardest to survive and jaga hati dan nama baik semua orang.

“Sekarang bila tengok rumah di Langat dah jadi macam ni.. rasa sedih sangat, sebelum ni tumpang berteduh kat rumah mak abah..tapi sekarang kita semua pula hilang tempat berteduh ,sekarang kita semua tumpang rumah Aunty sha. Sha ada rumah kat Cyberjaya pun tak selesa nak balik sebab si dia masih berada di rumah sha,” tulisnya.

Kata Shila, dia bersama anak dan semua keluarganya tinggal di satu bilik buat sementara waktu sehingga banjir di rumah ibu bapanya reda.

Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais kini berusia dua tahun.

“mana tau jodoh dgn sharnaz. cinta berputik kembali. ahgittewww”

Ikut rekod, Sharnaaz pernah  berhajat merisik Shila pada bulan Mac 2013, tetapi membatalkan niatnya selepas N.D Lala dan isteri tidak bersetuju

Biodata Shila Amzah

1. Nama lengkapnya, Nurshahila binti Amir Amzah. Selain ‘Shila Amzah’, beliau pernah dikenali sebagai Nurshahila, Shila Tekno, Sha-Hila, Shila dan Shila OIAM. Di negara China pula dipanggil 茜拉 (Xila).

2. Berusia 29 tahun.

3. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 13 Ogos 1990.

4. Merupakan anak sulung kepada penyanyi 1980-an, Amir Amzah Saleh atau ND Lala bersama pasangannya, Fauziah Sarman.

5. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, Kuala Lumpur.

6. Menceburi bidang seni suara sejak usia sembilan tahun iaitu pada tahun 1999.

7. Juga memegang peranan sebagai penerbit rakaman, penulis lagu, pelakon dan ahli perniagaan.

8. Kerjaya seninya berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa, khususnya negara China selepas menjuarai pertandingan nyanyian, Asian Wave yang berlangsung di Shanghai pada 2012 dengan ganjaran RM5 juta serta 6 tahun kontrak rakaman bersama Shanghai Media Group.

9. Menempa kemasyhuran di beberapa negara seperti Hong Kong, Indonesia, Australia dan Taiwan.

10. Turut merangkul gelaran naib johan Bintang Kecil RTM pada 2000, naib johan One in a Million musim kedua, juara Shanghai World Star Quest (SWSQ) 2008 serta naib johan Anugerah Juara Lagu 2012 dan 2015.

11. Penyanyi pertama Malaysia yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018.

12. Dikategorikan sebagai antara selebriti paling prolifik di Malaysia dengan bayaran sebanyak MYR 25,000 untuk 30 minit persembahan pada 2012.

13. Dilaporkan bernilai lebih USD$ 50 juta (MYR 200 juta) pada 2016 sekaligus menjadikannya sebagai salah seorang jutawan dalam dunia hiburan.

14. Antara lagu popularnya seperti Yang Teristimewa, Saat Bahagia, Memori Tercipta, Beribu Sesalan (duet bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura), Patah Seribu, Masih Aku Cinta dan Tiada Dirimu.

15. Sebagai pelakon, beliau pernah menerajui telemovie Patah Seribu siaran Astro Ria, bersama aktor Sharnaaz Ahmad.

16. Pada 19 April 2018, Shila mengakhiri zaman solonya dengan Haris Idraki Elias yang juga merupakan pekerja dalam sektor kewangan di kota London, selain pernah bertugas sebagai wartawan akhbar The Star.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Oktovia Manrose | 21

Oktovia Manrose Nikah Kali Kedua, Rupanya Suami Dia Bekas Pemain Bola Sepak

Cinnamon Rolls Homebaker

Boleh Beli Cinnamon Rolls Homebaker At Clover Ini Untuk Hadiah Krismas, Tahun Baru!