in ,

Oktovia Manrose Kini Berhijab, Semoga Terus Istiqamah

Dalam diam, pelakon Oktovia Manrose sudah berhijab sejak Aidilfitri lalu. Tahniah! Semoga terus istiqamah.

Bagaimanapun, kakak kepada Aprena Manrose itu memilih tidak berkongsi atau menggembar-gemburkan soal penghijrahannya itu.

“Sebenarnya, saya segan dan tidak terlalu terbuka berkongsi soal penghijrahan. Saya lakukannya kerana Allah SWT.

“Ya, saya mengesahkan sudah bertudung. Cukuplah komen ringkas, selebihnya saya harap terus istiqamah dalam perjalanan kehidupan baharu ini,”

– Oktovia Manrose
Oktovia Manrose

Mengenai dunia lakonan, Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman bersyukur, segala tuntutan kerjaya seni sudah diselesaikan sebelum membulatkan tekad bertudung.

“Semua tugasan lakonan sudah diselesaikan. Jadi, saya tidak berhutang lakonan lagi.

“Jika ada rezeki berlakon, saya terpaksa menangguhkan keinginan ini. Saya percaya rezeki Allah luas, insya-Allah.

“Saya ingin fokus dalam beribadah dan mencari keredaan Allah. Saya mahu memberi tumpuan memperbetulkan diri sendiri. Soal kehidupan dunia akan datang kemudian hari,”

– Oktovia Manrose

Pelakon drama Hari Kita Jatuh Cinta itu berkata, dia mahu menjadi Oktovia baharu, bukan seperti dahulu.

“Jika ada rezeki lakonan, saya juga akan mempertimbang watak bersesuaian selepas penghijrahan,”

– Oktovia Manrose

*Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amir Hasan Kecewa Dituduh Songlap Duit Andi Bernadee

Aeril Zafrel Berseloroh Jangan Tutup Kilang, Wawa Zainal Hamil Anak Keempat