in , ,

Oktovia Manrose Dedah Sudah Lapan Tahun Menjanda

Meskipun sering muncul di kaca televisyen, namun ramai yang tidak tahu tentang kehidupan peribadi pelakon Oktovia Manrose. Lebih mengejutkan, Oktovia merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki.

Oktovia Manrose kini semakin naik namanya sebagai seorang pelakon. Kakak kepada Apreena Manrose ini seringkali muncul di kaca televisyen menerusi beberapa drama bersiri. Antara drama lakonannya ialah seperti Cinta Si Wedding Planner, Dendam Aurora, Cinta Tiada Ganti dan juga drama Bukan Kahwin Paksa.

Tidak terlalu berahsia mengenai kehidupan peribadinya, Oktovia berkata dia lebih selesa untuk tidak bercerita perkara yang sudah lama berlaku. Ujarnya, dia kini membesarkan anak tunggalnya kini berusia 8 tahun.

Oktovia Manrose

“Saya pernah berkahwin, bercerai dan kini membesarkan anak tunggal bernama Muhammad Rayyan Zafariel, 8.

“Disebabkan perkahwinan terdahulu yang gagal, saya lebih memilih untuk berada dalam zon selesa sahaja. Ia secara tak langsung, membuatkan saya tidak terlalu berkongsi hal peribadi.

“Begitu juga perkongsian di media sosial, saya jarang memuat naik hal peribadi tetapi lebih berkongsi urusan kerjaya sahaja,”

– Oktovia Manrose

Kakak kepada pelakon, Aprena Manrose itu berkata dia mendirikan rumah tangga pada usia muda dan menyifatkan apa yang berlaku dalam fasa hidupnya sebagai lumrah kehidupan.

“Bagi saya apa yang berlaku adalah lumrah kehidupan. Malah, kekuatan yang saya ada untuk harungi hidup ini pun datangnya daripada bapa.

“Meskipun kami jarang bertemu, tetapi dia (bapa) tidak pernah menilai dan sentiasa percaya saya akan jadi individu yang lebih baik. Saya berkahwin ketika usia 20 tahun pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian,”

– Oktovia Manrose

Akui bukan mudah bergelar ibu tunggal di usia muda, namun anaknya itu adalah anugerah dan amanah yang perlu dijaga. Malah, hubungannya dengan bekas suami serta mentua baik-baik sahaja demi anak mereka.

“Bukan mudah membesarkan anak pada usia muda. Apa yang pasti, anak menjadi kekuatan semangat kerana dialah saya mampu lupakan kisah pedih yang berlaku sebelum ini.

“Anak ini amanah dan saya perlu lakukan yang terbaik untuk dia. Saya dan bekas suami juga selalu berhubung melalui ibu mentua, demi anak,”

– Oktovia Manrose

Oktovia adalah anak kedua daripada tiga beradik, hasil perkongsian hidup penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd Noor.

Sumber: Harian Metro

Oktovia Manrose Tak Malu ‘Menjanda’

Lapan tahun berada dalam dunia lakonan, tetapi masih belum mampu memiliki aset dan kereta menyebabkan pelakon, Oktovia Manrose, 29, tidak mahu terus alpa.

Mengakui dirinya seorang yang boros, namun Oktovia mula memberikan kepercayaan kepada Absolut Talent & Management yang dimiliki pasangan suami isteri, Ben Ali serta isterinya, Nadiyah Shahab untuk menguruskan kerjaya seninya sejak sebulan lalu.

Oktovia berkata, dia tidak merasakan terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Lagipun, bukan langsung tidak memiliki simpanan, tetapi setiap kali menyimpan, ada sahaja benda yang ingin dilakukan dengan wang diperoleh.

“Saya perlu ada seseorang yang boleh memaksa dan mengawal saya untuk menyimpan. Saya, seorang yang boros, tetapi rezeki sentiasa ada. Bagaimanapun, duit yang keluar pun boleh tahan laju. Apabila sudah lama berlakon, sudah tentulah ada keinginan untuk memiliki aset seperti rumah sendiri.

“Jadi, apabila Ben memberitahu rancangan syarikat pengurusannya, saya tertarik untuk bernaung di bawah syarikatnya memandangkan mereka ada menyediakan slip gaji serta menyediakan perlindungan insurans. Pihak pengurusan juga mahu bakat yang bernaung di bawah mereka mampu memiliki aset.

“Bagi saya, masih belum terlambat untuk mengumpul aset daripada sekarang. Lebih baik, belajar perlahan-lahan daripada terburu untuk mengejar semuanya,” katanya ingin menyediakan tempat berteduh selesa buat cahaya mata tersayang, Muhammad Rayyan Zafariel yang kini berusia lapan tahun.

Lebih sebulan menyertai syarikat pengurusan Ben, Oktovia yang juga anak kepada penyanyi, Iwan Dangdut dan penerbit, Allahyarham Rosnah Mohd Noor dapat melihat susunan jadual kerjaya lebih teratur.

Katanya, sebanyak tiga tawaran berjaya didapatkan syarikat pengurusan membabitkan telefilem dan dua drama yang bakal menjalani penggambaran, September depan.

Berkongsi kehidupan peribadinya, Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia lebih gemar berkongsi mengenai soal kerja berbanding kisah peribadinya.

Namun, katanya, dia tidak pernah menyorokkan status sebagai ibu tunggal yang digalas sejak lapan tahun lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, tiada apa yang perlu dimalukan mengenai status sebagai seorang ‘janda’, kerana baginya perceraian adalah lumrah kehidupan.

Tidak serik untuk kembali berumah tangga selepas perkahwinan dibina pada 2011 hanya mampu bertahan dua tahun sahaja. Oktovia berkahwin pada usia 20 tahun, bagaimanapun belum menemui jejaka yang berjaya menambat hatinya.

“Saya pernah menjalinkan hubungan dua kali selepas bercerai. Bagaimanapun, perhubungan ini tidak ke mana. Bukan trauma mahu berkahwin semula, tetapi selagi lelaki tidak menunjukkan kesungguhan dan serius dalam perhubungan, saya akan bersikap seperti biasa dan tidak berlebihan.

“Walaupun pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan pada usia masih muda, tetapi saya tak serik untuk berkahwin. Lagipun, membesarkan anak sendirian sebagai ibu tunggal bukanlah mudah, ada kalanya terasa sunyi. Mujurlah, ada anak dan keluarga, sedikit sebanyak membuatkan saya lupa kesunyian.

“Setiap kali berdoa, saya sentiasa memohon dipertemukan dengan jodoh baik. Melihat adik, Aprena Manrose bertemu jodoh dengan lelaki baik dan memahami sudah tentu saya mohon ditemukan jodoh baik. Andai ditakdirkan hati saya sudah terbuka menerima lelaki dalam hidup, saya tidak akan bercinta lama dan mahu terus berkahwin,” katanya kepada BH Online.

Oktovia berkata, sekalipun bukan mudah membesarkan anak sendirian, tetapi dia bersyukur berusaha gigih disebabkan amanah yang dipikul. Malah, niatnya mahu nama dikenali dan hasil kerjanya dihargai ramai.

Selepas mengukir pengalaman dalam bidang lakonan, pelakon drama Dendam Aurora itu berkata, dia mempunyai perancangan mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

“Saya mahu mencuba nasib sebagai penyanyi disebabkan sudah berada lama dalam bidang lakonan,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ajai Jawab Isu Hutang Pemenang Kedua Program Keynote 2010

Isteri Dr Say Shazrif Keguguran Kandungan Masuk 12 Minggu