in

Nur Fathia Duta Wangian Avon Only Delight Eau de Parfum 2015

Berlokasikan dewan Ballroom, Dorsett Grand Subang Hotel, Subang Jaya telah menjadi saksi di mana pelakon jelita Nur Fathia diumumkan sebagai duta wangian produk terbaharu Avon iaitu Only Delight Eau de Parfum bagi keluaran 2015. Jadi, betullah rumors yang Budiey tulis beberapa hari lalu. Budiey nak ucapkan tahniah kepada Fathia atas perlantikan ini. Murah rezeki Fathia di tahun 2015 ini. Amin.

Nur Fathia Duta Wangian Avon Only Delight Eau de Parfum 2015

Selain menggunakan medium laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk mempromosikan produk berkenaan dia juga merancang untuk tampil dengan program realiti sendiri sebagai salah satu medium memperkenalkan Avon kepada peminatnya.

“Buat masa ini ia hanya perancangan tetapi saya melihat ia satu kaedah promosi selain dapat memaparkan kehidupan seharian saya sebagai selebriti. Bagaimanapun ia bukan untuk siaran di televisyen sebaliknya merancang untuk dilancarkan menerusi YouTube.”

Fathia tampil memukau yang hadir dengan busana rekaan dari Cosry.

Di acara ini, secara eksklusif Nur Fathia telah mendendangkan sebuah lagu Tanpa Dirimu. Sedap betul suara Nur Fathia. Boleh buat album nanti.

Sementara itu, Fathia berkata, dia akan kembali ke set penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia di TV3 dalam masa terdekat ini.

Kredit Photo: Instagram Nur Fathia

Nur Fathia Duta Wangian Avon Only Delight Eau de Parfum 2015

Nur Fathia Duta Wangian Avon Only Delight Eau de Parfum 2015

Nur Fathia Duta Wangian Avon Only Delight Eau de Parfum 2015

Nur Fathia Duta Wangian Avon Only Delight Eau de Parfum 2015

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dunia Tersembunyi : Melunaskan Janji Kepada Si Mati

CINTA YANG TERTINGGAL Lakonan Dazrin, Marsha & Eina Azman