in , , , ,

CINTA YANG TERTINGGAL Lakonan Dazrin, Marsha & Eina Azman

Gandingan pelakon Dazrin, Marsha dan Eina Azman membintangi drama terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “CINTA YANG TERTINGGAL” mulai 21 Januari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 malam di TVi.

Turut dibintangi pelakon T.S. Jeffry, Dayana Roza dan Liza Shadan, drama 13 episod ini berkongsi kisah watak Nurul diterima bekerja dan berhijrah ke Kuala Lumpur namun dia masih menyimpan hasrat menjadi penyanyi. Nurul ke ibukota tanpa memikirkan langsung hal Firdaus kerana dia menyangka Firdaus sudah berkahwin dengan Fasha.

Watak Utama .. Eina Azman, Dazrin Kamaruddin Dan Marsha Londoh

Nurul ke syarikat rakaman yang dikenalkan oleh Jeffry, bagaimanapun dia gagal dalam ujian suara. Jefry membantu Nurul belajar di kelas vokal dan penampilan diri. Malah mendapatkan peluang menyanyi dibeberapa tempat. Namun, impian menjadi artis rakaman hampir pudar kerana industri sedang merundum.

Firdaus mengetahui Nurul ada di Kuala Lumpur dan Jeffry memberitahu masalah Nurul dengan syarikat-syarikat rakaman. Firdaus menubuhkan syarikat rakamannya dan mengambil Nurul sebagai artis pertama. Jefry diamanahkan untuk menguruskan syarikat dan Jefry terpaksa mengaku syarikat itu miliknya.

Firdaus cuba menjalin hubungan dengan Nurul semula bagaimanapun Nurul enggan kerana Firdaus akan berkahwin dengan Fasha. Firdaus terpaksa setuju untuk mengahwini Fasha kerana bapa Fasha Datuk Rahim meminjamkan wang untuk membayar hutang syarikat bapa Firdaus.

Namun beberapa minggu sebelum pernikahan, tiba-tiba Fasha lari ke luar negara bersama kekasih lamanya Sabri. Keadaan itu menyebabkan Datuk Rahim jatuh sakit dan menyerahkan semua syarikatnya untuk diuruskan Firdaus. Selepas perkahwinan Fasha hati Nurul terbuka semula menerima Firdaus.

Nurul merasakan percintaan mereka tidak ada masa depan dan mahu memutuskan hubungan. Untuk membuktikan cintanya, Firdaus mengajak Nurul berkahwin. Namun perkahwinan dirahsiakan kerana Datin Rahimah tidak mahu menerima Nurul dan kerjaya Nurul sebagai penyanyi juga baru berkembang.

Selepas perkahwinan Nurul dengan Firdaus, Fasha terlibat dalam kemalangan jalanraya di luar negeri menyebabkan kematian Sabri. Fasha dibawa pulang ke Malaysia tetapi mengalami kecacatan pertuturan dan pergerakan yang terbatas. Firdaus terpaksa mengahwini Fasha. Nurul sakit hati kerana dimadukan. Namun dia terpaksa merahsiakan statusnya demi kerjaya dan juga keluarga Firdaus. Fasha pula disahkan tidak boleh melahirkan anak walaupun kakinya boleh dipulihkan.

Kecewa dengan sikap Firdaus yang masih enggan mendedahkan identiti mereka, Nurul mengabaikan kerjayanya sehingga kerjaya nyanyiannya malap. Jeffrey terpaksa mengambil baru, Fatin menjadi artis rakaman. Fatin memang berbakat besar dan single serta album pertamanya laris. Bagaimanapun dia mulai demand kepada Firdaus dan meminta rumah serta kereta seperti yang diterima Nurul. Kerana album Fatin laris, Firdaus terpaksa memenuhi permintaan Fatin.

Atas desakan ibunya yang mengambil kira album Fatin membawa keuntungan banyak dalam syarikat, Firdaus terpaksa berkahwin dengan Fatin kerana tidak mahu menghampakan ibunya. Sekali lagi Nurul sakit hati dan akhirnya meminta cerai.

Selepas beberapa bulan Fatin tidak juga mengandung. Fatin mengaku dia tidak mahu mengandung. Datin Rahimah kecewa sikap Fatin. Fatin pula mula buat hal. Dia boros dan selalu menggunakan nama Firdaus untuk mendapatkan kemewahan.

Proses perceraian Firdaus dengan Nurul hampir difailkan apabila Nurul mendapati dia mengandung. Nurul panik. Nurul juga mahu bangkit dalam dunia seni atas pujukan Jeffry. Firdaus tidak mahu menceraikan Nurul kerana dia sudah ada anak. Nurul pula mengaku Jeffry sebagai bapa anaknya dan mengaku sudah berkahwin denganJeffry.

Firdaus sakit hati kerana tindakan Nurul. Nurul mencabar Firdaus untuk mengaku sebagai suami dan ayah kepada anaknya. Dalam kesedihan Datin Rahimah, Firdaus takut sesuatu terjadi kalau berita tersebut disampaikan kepada ibunya. Nurul bosan sikap Firdaus dan tetap akan bercerai selepas melahirkan anak.

Fasha pernah mencadangkan Firdaus untuk mengahwini Nurul walaupun Datin Rahimah menentang. Fasha kecewa apabila mengetahui Nurul berkahwin dengan Jeffry. Firdaus akhirnya memberitahu Fasha bahawa Nurul adalah isterinya sejak tiga tahun yang lalu dan anak tersebut adalah anaknya.

Lalu apakah kesudahannya? Apakah yang berlaku dalam hubungan Firdaus dan Nurul? Saksikan kesudahannya di TVi.

Dazrin Kamaruddin

Marsha Dan Dazrin

4 Watak Utama

Cinta Yang Tertinggal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nur Fathia Duta Wangian Avon Only Delight Eau de Parfum 2015

TV2 Siar Dokumentari SKUNK WHISPERER