in ,

Nelydia Senrose Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Hafez

Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Nelydia Senrose yang telah sah bergelar isteri kepada Mohd Hafez. Semoga rumahtangga yang didirikan ini berkekalan hingga selamanya. Amin.

Tanggal 6 April 2019, pelakon jelita, Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 kira kira jam 3.28 petang.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di sebuah hotel terkemuka tanah air.

Nelydia Senrose Nikah

Terdahulu, pasangan ini juga melangsungkan pertunangan sebagai syarat sebelum meneruskan upacara pernikahan di depan lebih 200 orang tetamu dan kenalan terdekat.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan.

Anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen bersyukur segala yang dirancang dalam tempoh singkat sejak awal tahun ini berjalan lancar.

“Alhamdulillah impian, niat serta hajat yang saya harapkan selama ini dipermudahkan.

“Doa saya di Tanah Suci Makkah serta apa yang dihajati juga Allah makbulkan serta beri jawapan pasti termasuk hal jodoh. Semoga permulaan fasa ini akan terus mematangkan saya dan dia. Insya-Allah,”

Nelydia Senrose Nikah

Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini bersua buat kali pertama pada 6 April 2017. Bagaimanapun ketika itu, tiada apa yang berlaku. Seterusnya selepas sekian lama hubungan sepi begitu saja, mereka sekali lagi bersua hujung tahun yang sama.

Ketika hubungan itu terus mekar, Hafez terbang ke Amsterdam untuk memberi kejutan sekaligus melamar Nelydia pada April 2018. Ketika itu pelakon yang juga adik kepada Uqasha Senrose ini sedang bercuti di Eropah.

“Selepas memutuskan untuk membawa hubungan kami ke fasa seterusnya, saya bawa dia berjumpa dengan papa untuk meminta restu selain keluarga yang lain.

“Memang asalnya rancangan perkahwinan ini nak dibuat tahun lalu. Tetapi ada saja kekangan.

Di sebalik ujian dan halangan sebelum ini, saya dan suami berjaya melaluinya sebaik mungkin.

Sekembali dari umrah 5 Januari lalu, saya dan dia putuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan memulakan persiapan,”

Mengenai Hafez, pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini menyifatkan suaminya seorang yang melengkapi dan menenangkan hati.

Esok pasangan ini diraikan pada sebelah malam juga di lokasi sama majlis nikah berlangsung. Pada majlis itu, Nelydia mengenakan rekaan Alia Bastamam manakala Hafez pula dengan busana Ezuwan Ismail. Untuk majlis potong kek, kedua-duanya bakal menggayakan rekaan Rizman Ruzaini.

Jika tiada aral melintang, sebuah majlis keraian akan diadakan di Kelantan musim raya depan.


Hanya dengan sekali lafaz sahaja, pelakon popular Nelydia Senrose, 24, kini telah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan iaitu Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, kira kira jam 3.28 petang tadi.

Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid menerusi sebuah majlis tertutup yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka tanah air.

Sebelum itu, pasangan Nelydia dan Hafez juga melangsungkan pertunangan sebagai syarat sebelum meneruskan upacara pernikahan di hadapan lebih 200 orang tetamu dan kenalan terdekat.

Semasa majlis pernikahan tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran tidak dinyatakan.

Anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen bersyukur segala yang dirancang dalam tempoh singkat sejak awal tahun ini berjalan lancar.

“Alhamdulillah impian, niat serta hajat yang saya harapkan selama ini dipermudahkan. Doa saya di Tanah Suci Mekah serta apa yang dihajati juga Allah makbulkan serta beri jawapan pasti termasuk hal jodoh. Semoga permulaan fasa ini akan terus mematangkan saya dan dia. Insya-Allah,” katanya.

Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini bertemu buat kali pertama pada 6 April 2017. Bagaimanapun, selepas itu tiada sebarang perkembangan dan selepas sekian lama hubungan sepi begitu saja, mereka sekali lagi bersua hujung tahun yang sama.

Ketika hubungan itu terus mekar, Hafez terbang ke Amsterdam untuk memberi kejutan sekaligus melamar pelakon berkenaan pada April 2018 ketika adik kepada Uqasha Senrose itu sedang bercuti di Eropah.

“Selepas memutuskan untuk membawa hubungan kami ke fasa seterusnya, saya bawa dia berjumpa dengan papa untuk meminta restu selain keluarga yang lain.

“Memang asalnya rancangan perkahwinan ini nak dibuat tahun lalu, tetapi ada saja kekangan. Di sebalik ujian dan halangan sebelum ini, saya dan suami berjaya melaluinya sebaik mungkin. Sekembali dari umrah pada 5 Januari lalu, saya dan dia putuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan memulakan persiapan,” katanya.

Mengenai Hafez, pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini menyifatkan suaminya seorang yang melengkapi dan menenangkan hati.

Keesokannya pasangan itu diraikan pada sebelah malam juga di lokasi sama majlis nikah berlangsung. Pada majlis itu, Nelydia mengenakan rekaan Alia Bastamam manakala Hafez pula dengan busana Ezuwan Ismail. 

Untuk majlis potong kek pula, kedua-duanya bakal menggayakan rekaan Rizman Ruzaini. Jika tiada aral melintang, sebuah majlis keraian akan diadakan di Kelantan musim raya depan.


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Jawab Isu Kontroversi Jadi Penyampai FFM30 Bersama Fazura

Peraduan Malam Tayangan Filem ARWAH TUMBAL NYAI: PART NYAI