in , ,

Anzalna Nasir Buat Ibu Menangis, Hadiahkan Rantai Berlian RM120,000

Baru-baru ini, pelakon Anzalna Nasir berkongsi momen gembira apabila menghadiahkan seutas rantai berlian mewah berharga RM120,000.00 kepada ibu tercinta.

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok, Anzalna dilihat hadir ke sebuah kedai emas jenama terkemuka dan berhasrat untuk membelikan rantai tersebut kepada ibunya.

Anzalna Nasir Buat Ibu Menangis, Hadiahkan Rantai Berlian RM120,000

Sejurus mendengar perkara itu, ibunya dilihat sebak dan gagal menahan air mata apabila mengetahui aktres berusia 35 tahun itu ingin menghadiahkan rantai yang difahamkan mempunyai campuran emas sebanyak lebih 50 gram dan set berlian lebih 12 karat itu kepadanya.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji sikap ibu kepada dua cahaya mata itu selain mendoakan rezekinya sentiasa diluaskan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah Didakwa Pernah Diceraikan Dua Kali Dalam Hidup Oleh Syamsul

Gara-Gara ‘Sekolahkan’ Penyampai Berita, Nama Hattan Trending Di Twitter