in , ,

Bapa Anzalna, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim Dilantik Jadi CEO Finas Gantikan Ahmad Idham

Siapa tak kenal dengan pelakon cantik wanita, Anzalna Nasir kan? Haa sekarang kita kenal pula dengan bapa Anzalna yang telahpun dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) baharu. Tahniah!

Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim diamanahkan jawatan penting sebagai CEO Finas bagi menggantikan Ahmad Idham yang meletakkan jawatan buat kali kedua sebelum ini. Pelantikan jawatan itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohamad Mantek.

Pelantikan ini bagi tempoh dua tahun yang berkuat kuasa mulai 1 November 2021 bagi menggantikan Dr.Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang berakhir pada 15 Oktober lalu. Ketokohan cemerlang hasil pengalaman luas dalam bidang pengurusan industri kreatif dan seni budaya terbukti apabila menggalas tanggungjawab pelbagai jawatan.

Bapa Anzalna, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim Dilantik Jadi CEO Finas Gantikan Ahmad Idham

Biodata Ringkas Prof. Dr. Md. Nasir

Md. Nasir yang berusia 62 tahun itu adalah bapa kepada lima anak perempuan termasuklah pelakon Anzalna, Afifah dan Mia. Beliau memiliki Ijaazah Sarjana Muda Sastera Universiti Sains Malaysia 1986.

Selain itu, beliau turut memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan Seni Universiti McGill, Montreal Kanada tahun 1999.

Beliau kemudian menyambung pengajian di Universiti Tasmania, Australia pada tahun 2008 dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah Seni Pendidikan.

Pernah Pegang Jawatan Penting di Aswara

Md. Nasir sebelum ini turut pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Beliau turut menjadi pensyarah di beberapa universiti awam lain di seluruh negara.

Bapa Anzalna juga merupakan bekas guru di beberapa sekolah menengah di Johor dan pernah meraih Anugerah Guru Inovatif pada tahun 1995.

Semoga dengan pelantikan Md. Nasir ini dapat menaikkan lagi pembangunan industri perfileman tanah air.

Sumber: Utusan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lebih Sebulan, Drama SQUID GAME Masih Ditangga No 1 Di Ranking Global Netflix

20 Selebriti Malaysia Kagum Dengan Ciri-Ciri Vlog Telefon Bimbit HONOR 50