in , ,

Giliran Anzalna Nasir Pula Berhijab, Ini Video Kejutan di Hari Jadi Suami

Selepas Izara Aishah yang sudah tampil berhijab, kini penampilan rakan seangkatannya iaitu Anzalna Nasir pula dikatakan mengambil keputusan yang sama.

Lama betul tak dengar khabar Anzalna Nasir yang kini sibuk jadi suri rumah menguruskan keluarganya selepas melahirkan anak pertama. Namun begitu, Anzalna tetap tidak lokek berkongsi aktiviti harian di media sosial miliknya untuk tatapan buat para peminat.

Sambut Hari Lahir Suami

Dalam posting terbaru Anzalna Nasir telah menyambut hari ulang tahun suaminya, Hanif Zaki bersama ahli keluarga.

Anzalna Nasir juga memberikan ucapan yang cukup romantis buat suaminya dan sempat memaklumkan akan ada banyak kejutan buat Hanif.

Giliran Anzalna Nassir Pula Berhijab, Kejutan di Hari Jadi Suami

Kejutan Istimewa Buat Suami

Dalam satu lagi perkongsian, Anzalna Nasir telah membuat kejutan buat suami apabila tampil berhijab. Hanif yang dilihat terkejut dengan penampilan terkini isterinya terus memeluk dan mencium pelakon tersebut bersama anak mereka.

Penampilan Anzalna Nasir yang berhijab telah menarik perhatian ramai terutama sekali peminat dan rakan-rakan artis.

Semoga Terus Istiqomah

Menerusi posting tersebut, Anzalna Nasir telah menulis kapsyen ringkas dengan berharap agar penampilannya terus istiqomah dan sekali lagi mengucapkan selamat hari lahir buat suaminya.

“Salam Jumaat,” tulisnya ringkas pada caption gambar tersebut.

Sememangnya, perubahan yang dibawa oleh Anzalna merupakan hadiah cukup istimewa untuk Hanif.

“Semoga terus istiqomah. Happy birthday my love @hanif_zaki. Thank you @mianasir91 for the video,”

– ANZALNA NAS

Netizen Ucap Syukur

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata kenalan dan juga warganet telah mengucapkan syukur apabila melihat pelakon drama Dendam Aurora itu kini berhijab. Mereka rasa gembira menerusi komen-komen yang diberikan terhadap perubahan yang dilakukan itu.

Giliran Anzalna Nasir Pula Berhijab, Kejutan di Hari Jadi Suami Giliran Anzalna Nasir Pula Berhijab, Kejutan di Hari Jadi Suami

Mereka turut memuji penampilan Anzalna yang dilihat kian berseri serta sempat mengucapkan selamat hari lahir buat Hanif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hormati Cik B & Kacak, Iqbal Putus Asa Untuk Bernikah dengan Vida?

Omar & Hana Tarik Perhatian Pemain Bola Sepak Paul Pogba, Kini Jadi Animasi Pilihan Keluarga