in

Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli

Tasha Shila

[dropcap]P[/dropcap]elakon Tasha Shilla mengakui tak ada masa untuk bercinta sebab banyak kerja dan ini menghadkan pergaulannya dengan lelaki. Tasha kini berkawan dengan ramai lelaki, namun hanya sekadar teman biasa dan tidak berpeluang untuk mengenali mana-mana lelaki dengan lebih mendalam. Tasha juga mengakui belum ada mana-mana lelaki yang berjaya meyakinkan dirinya dan membuka pintu hatinya untuk mendirikan rumah tangga. Namun, dia sudah bersedia untuk berkahwin jika bertemu dengan lelaki serasi dengannya.

Ketika ditanya tentang hubungan pelakon itu dnegan pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli, Tasha berkata, dia masih berkawan dan tidak lebih daripada itu.

“Buat masa ini saya berkawan dengan ramai lelaki tetapi belum ada yang istimewa. Saya sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk keluar bercinta atau mengenali hati budi dengan mana-mana lelaki. Saya sudah bersedia untuk berkahwin jika bertemu dengan seseorang lelaki yang betul-betul serasi dengan saya.”

“Saya senang berkawan dengan dia, dia seorang yang jujur dan ikhlas serta memikirkan masa depan. Namun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tidak ada masa untuk keluar bersama.”

Tambah Shilla, berita tentang hubungan mereka yang tersebar sedikit sebanyak dikhuatiri menganggu kerjaya pemain bola tersebut.

“Dia bagi tahu saya bahawa dia juga risau jika orang akan mempersalahkan saya jika mutu permainannya merosot. Saya pun tidak mahu berita ini menjejaskan kredibiliti dan nama dia dalam bidang tersebut.”

Sumber: Mstar Online

Tasha Shila

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. all the best to tasha shila in her career as an actress and in any good relationship towards marriage in future.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013

Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah