in , , ,

Nangis dalam Hujan, Alif Satar Kongsi Momen Getir Positif Covid-19 di Youtube

Umum sedia maklum bahawa selebriti terkenal, Alif Satar, 30 telah dinyatakan positif Covid-19 pada November 2020. Selepas 12 hari dikuarantin dan mendapat rawatan, dia telah disahkan bebas daripada pandemik tersebut.

Kini, Alif Satar telah kembali pulih serta sudah mula bekerja semula. Jadi, pengacara program Big Stage tersebut telah berkongsi cerita mengenai perjalanannya semasa disahkan positif Covid-19 dan sewaktu dikuarantin di Hospital Melaka tempoh hari.

Dalam perkongsian tersebut, Alif telah menceritakan bagaimana dia mendapat tahu dirinya positif pandemik itu serta kebimbangannya terhadap ahli keluarga terutamanya isteri dan anak-anak andai mereka juga positif.

Nangis dalam Hujan, Alif Satar Kongsi Momen Getir Positif Covid-19 di Youtube

Rakaman video itu nyata sangat menyebakkan kerana Alif mengakui berasa sangat bersalah kepada semua orang yang ditemuinya sepanjang dua minggu sebelum dikuarantin.

Menangis Dalam Hujan Minta Sembuh

Dia memaklumkan seakan hilang arah apabila dikuarantin kerana memikirkan orang disekelilingnya sehinggalah dia kembali muhasabah dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Menurutnya, dia telah berdoa sehingga menangis dalam hujan lebat memohon agar ahli keluarga dan semua insan yang disahkan positif pandemik diberi kesembuhan daripada penularan ini.

Nangis dalam Hujan, Alif Satar Kongsi Momen Getir Positif Covid-19 di Youtube

Di akhir perkongsian tersebut, Alif memaklumkan betapa dia bersyukur dengan apa yang terjadi kerana dia belajar untuk redha dan lebih memahami makna pertolongan daripada Allah S.W.T.

Penyanyi itu juga sempat menyatakan bahawa ‘rehat’ yang dialaminya dapam tempoh 12 hari itu bukanlah satu percutian yang diimpikan sepanjang 11 bulan bekerja kerana ia sangat membimbangkan.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet yang telah menonton kisah yang diceritakan Alif mengaku sebak dan menangis apabila mendengar perjalanan yang dilalui oleh bekas pesakit Covid-19 ini.

Mereka juga sempat mendoakan agar Alif dan juga seluruh rakyat Malaysia agar dibebaskan daripada pandemik yang menular ini serta turut berharap mereka yang sedang berjuang melawan Covid-19 terus cekal dan kuat menghadapi dugaan berat ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Debaran LAGU CINTA KITA 2 Final Kini Bermula, Siapa Yang Bakal Bergelar Juara?

“Tonton dari Android Box Sama Juga Macam Sokong Pencuri,” – Aziz M. Osman