in ,

Debaran LAGU CINTA KITA 2 Final Kini Bermula, Siapa Yang Bakal Bergelar Juara?

Selesai sudah pusingan separuh akhir Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) pada hari Ahad yang lepas. 5 pasangan duet telah diumumkan untuk mara ke Lagu Cinta Kita 2 Final yang akan bersiaran secara langsung pada 3 Januari 2021 (Ahad), dari pukul 9.00 hingga 11.30 malam.

Khareez & Nadeera telah dinobatkan sebagai Pasangan Terbaik dengan menduduki tempat pertama di separuh akhir LCK2 sekaligus melayakkan pasangan ini ke pusingan akhir. Mereka juga memenangi produk Nivea bernilai RM500 pada malam tersebut. 

Turut mara ke Lagu Cinta Kita 2 Final ialah Syafiq & Serra, Kael & Evie, Iss & Mya dan Adly & Darling. Manakala pasangan Hariz & Mafa dan Fariqwan & Mina telah disingkirkan. 

Tirai persembahan dimulakan oleh pasangan hos, Azwan Ali dan Elly Mazlein yang menyanyikan lagu ‘Teringin’. Episod ini menampilkan Fattah Amin dan pelakon utama Gerak Khas The Finale, Erra Fazira  sebagai panel cinta untuk berbual tentang topik ‘Karier & Percintaan’. Persembahan penutup pula dimeriahkan oleh nyanyian duet Erra Fazira & Naqiu dengan lagu ‘Kita Insan Biasa’. Kumpulan Kpop yang sedang mencipta nama, P1Harmony turut menyerikan episod separuh akhir ini. 

SEMI FINAL  LAGU CINTA KITA 2

Menampilkan tema ‘Flora Cinta’’, lagu-lagu persembahan daripada para peserta ialah Iss & Mya (Kabut Serangkai Mawar), Hariz & Mafa (Gadis Dan Bunga), Khareez & Nadeera (Kau Mawarku), Syafiq & Serra (Teman), Adly & Darling (When I Was Your Man), Kael & Evie (Seri Langkat) dan Fariqwan & Mina (Kau Bunga Cintaku). Selain itu, para peserta juga menjayakan segmen khas yang membawakan lagu Kpop daripada BTS dengan lagunya ‘Dynamite’ oleh peserta lelaki, manakala lagu ‘Ice-Cream’ nyanyian Blackpink oleh peserta perempuan.

Pemarkahan setiap peserta akan ditentukan dengan 70% markah daripada barisan juri profesional dan 30% daripada jumlah undian online di laman rasmi Lagu Cinta Kita Musim 2 (www.xtra.com.my/lck2). 2 pasangan yang mendapat markah keseluruhan paling rendah akan berhadapan dengan sesi penyingkiran dimana keputusannya terletak pada panel juri cinta iaitu Ajai, Hael Husaini dan Mas Idayu. 

SEMI FINAL  LAGU CINTA KITA 2

Pasangan Iss & Mya tampil sebagai peserta pertama dengan lagu ‘Kabut Serangkai Mawar’. Ajai memuji mereka berdua yang mampu menggubahkan sebuah lagu solo kepada nyanyian duet yang menyebabkan dia lebih meminati versi ini. Mas Idayu juga memuji kedua-duanya sangat serasi dan berjaya menunjukkan dinamik dari awal dan pandai mengimbangi persembahan mereka. 

Berlainan dengan genre lagu yang disampaikan sebelum ini, Hariz & Mafa mempertaruhkan lagu rancak ‘Gadis Dan Bunga’ buat pertama kali di pentas LCK2. Walaupun mereka berdua keluar dari zon selesa dan menyahut cabaran itu tapi nampak ada kekurangan dalam aspek keserasian dalam nyanyian duet itu. Mafa perlu lebih genit supaya dapat menonjolkan keriangan lagu itu. Malah, Hael juga merasakan persembahan yang lepas lebih bagus daripada pusingan separuh akhir. Jadi, mereka telah gagal ke pusingan akhir. 

SEMI FINAL  LAGU CINTA KITA 2

Khareez & Nadeera sekali lagi menonjolkan kekuatan mereka dalam lagu ‘Kau Mawarku’. Keserasian yang terdapat dalam kedua-duanya menzahirkan penghayatan lagu yang sungguh indah. Syafiq & Serra makin lama makin serasi dan berjaya menonjolkan kekuatan mereka dalam lagu ‘Teman’. Mas Idayu berkata, dia sangat terhibur dengan persembahan mereka kerana keserasian itu, segala yang telah dirancang berjaya dijalankan dengan baik. 

Persembahan Adly & Darling menerusi lagu ‘When I Was Your Man’ tidak mendapat markah yang tinggi seperti sebelumnya. Seperti yang dikatakan oleh Hael, mereka adalah peserta yang mempunyai keserasian yang baik. Pemilihan lagu tersebut tidak dapat menggambarkan keserasian kerana kurang sesuai dengan vokal mereka berdua sehingga meletakkan pasangan ini di tangga paling corot bersama dengan Hariz & Mafa dan Fariqwan & Mina. 

SEMI FINAL  LAGU CINTA KITA 2

Seterusnya, Kael & Evie memberi kejutan dengan genre lagu yang tidak pernah ditampilkan iaitu ‘’Seri Langkat’. Mas Idayu memuji mereka berdua yang berjaya keluar dari zon selesa walaupun kelihatan sedikit canggung tetapi ia tidak menjejaskan penyampaian lagu tersebut. 

Bagi Fariqwan & Mina, mereka bangkit dari kekecewaan apabila Mina mengambil inisiatif untuk mengatasi ‘anxiety’ yang mungkin akan menjejaskan prestasi mereka. Hael telah memuji keberanian dan kesungguhan mereka kerana berjaya memberikan persembahan yang lebih baik berbanding dengan minggu lepas. Mas Idayu juga berkata nampak kejujuran mereka menerusi persembahan. Sayangnya, perjalanan mereka di LCK2 berhenti di pusingan separuh akhir. 

Lagu Cinta Kita 2 Final bakal menyaksikan kesemua 5 pasangan mempersembahkan 2 buah lagu dalam 2 pusingan. Bukan itu sahaja, ketiga-tiga juri iaitu Ajai, Hael & Mas Idayu juga akan membuat persembahan istimewa nanti. Nantikan persembahan menarik daripada Dayang Nurfaizah & Zizi Kirana manakala Rozita Che Wan bakal menyerikan episod akhir sebagai Panel Cinta untuk membincangkan topik ‘Percintaan & Jarak Umur’ . 

SEMI FINAL  LAGU CINTA KITA 2

Pasangan manakah paling serasi dan adakah bunga-bunga cinta mula mekar? Siapakah bakal bergelar juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000. Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya pada 3 Januari 2021. 

Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif, Lagu Cinta Kita 2 menampilkan Celcom Xpax Prepaid Tanpa Had dan NIVEA Hokkaido Rose dengan haruman ros mewah sebagai penaja bersama serta Hot FM sebagai rakan radio rasmi. 

Lagu Cinta Kita 2 bersiaran langsung di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam dan ia juga boleh strim live HD di www.tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Ciao ERA 2020 Bersama Joe Flizzow Sambut Tahun Baharu 2021

Nangis dalam Hujan, Alif Satar Kongsi Momen Getir Positif Covid-19 di Youtube