in

Najwa Latif Artis Youtube Paling Muda di Malaysia

Najwa Latif – Artis Muda Youtube ?

Siapa kenal dengan Najwa Latif? Ada yang kenal dan ada yang tak. Jangan pula ada yang keliru, Najwa Latif yang Budiey maksudkan ini adalah individu yang berbeza dengan nama Najwa Mahiaddin. Mungkin nama Najwa Latif ini baru dalam dunia hiburan tanahair. Yang pasti, gadis yang baru berusia 16 tahun ini sudah mempunyai ramai peminat di laman youtube peribadi beliau.

Bermula dengan minat mendalam dalam muzik kini gadis muda ini melangkah setapak lagi dengan merakamkan single pertama beliau.

Najwa Latif

Baru-baru ini, Najwa Latif telah dilamar oleh syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd untuk menjadi artis di bawah naungan syarikat itu. Najwa bertuah mendapat khidmat produser berpengalaman saudara Eddie Marzuki selaku penerbit untuk single pertamanya berjudul “Cinta Muka Buku”.

Lagu dan lirik lagu ini ditulis oleh Najwa sendiri, ternyata lagu ini telah mendapat sambuatan yang baik oleh peminat-peminat Najwa kerana baru 3 hari lagu ini di muat naik untuk di pra-dengar di laman youtube sudah mencecah angka 9,000 penonton, ternyata satu petanda positif bagi najwa dan lagu ini sendiri.

Menurut Najwa single ini sangat bermakna buatnya, selain dapat merealisasikan cita-cita untuk merakam lagunya sendiri. Ia juga adalah juga hadiah buat para peminat yang telah lama menantikan singlenya sendiri dan telah lama menyokong beliau dalam bidang seni.

Single “Cinta Muka Buku Ini” akan di jangka keluar pada bulan April 2011.Jesteru itu Najwa berharap dapat merapatkan lagi hubungannya dengan dunia luar melalui laman Facebook, Youtube dan Blog milik peribadi beliau.

Berikut biodata ringkas Najwa Latif:
Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Nama Pentas: Najwa Latif
Tarikh Lahir: 23rd May 1995
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Tinggi: 155cm
Berat: 47kg
Umur: 16
Status:Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial: Blog: www.najwalatifs.blogspot.com
Facebook Fanpages: najwalatif
Twitter : @njwalatif
youtube : www.youtube.com/najwa595

NAR Records Sdn Bhd
NAR Records Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat rakaman bumiputra yang telah melahirkan ramai artis seperti Exists,Siti Sarah,Farah Dhiya,Jin Bara,Deja Moss dan ramai lagi.Pada tahun 2010 NAR Records mengorak langkah dengan memcari artis-artis baru untuk bernaung di bawah syarikat ini.Antara muka baru yang telah bernaung di bawah NAR ialah Mimie Haris,Kumpulan FBO dan Najwa Latif.

Najwa Latif

Najwa Latif

Najwa Latif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Melancarkan Perkhidmatan Maxis Home

Gambar Diana Danielle di Pelancaran Sunsilk Hello Perfection