in

Maxis Melancarkan Perkhidmatan Maxis Home

MAXIS MELANCARKAN PERKHIDMATAN PELBAGAI-JENIS (MULTIPLE-PLAY) PERTAMA DI MALAYSIA
Perkhidmatan Kediaman Maxis menawarkan pelanggan nilai yang lebih tinggi dengan kawasan liputan yang lebih meluas melalui rangkaian tetap dan wayar-les terbesar di negara

Maxis Berhad (“Maxis”), peneraju penyedia komunikasi bersepadu Malaysia menjadi menjadi operator pertama yang memperkenalkan perkhidmatan pelbagai-jenis (multiple-play service) di Malaysia dengan pelancaran perkhidmatan Kediaman Maxis hari ini.

Perkhidmatan Kediaman Maxis dapat dinikmati di semua kawasan yang mempunyai rangkaian fiber di seluruh Negara. Buat pertama kalinya di Malaysia, pelanggan dapat menggunakan perkhidmatan pelbagai-jenis dan mempunyai kebebasan untuk memilih pelbagai kandungan dan perkhidmatan yang mereka mahu, dalam format yang mereka pilih dan seterusnya menonton kandungan atau perkhidmatan tersebut melalui pelbagai skrin, sama ada computer, tablet ataupun telefon mudah alih, mengikut masa and tempat yang bersesuaian bagi mereka.

Maxis Home Services

Perkhidmatan pelbagai-jenis ini merujuk kepada kepelbagaian jenis perkhidmatan yang Maxis tawarkan melalui perkhidmatan Kediaman Maxis yang merangkumi akses kepada suara, Internet berkelajuan tinggi, perkhidmatan nilai tambahan serta kandungan. Perkhidmatan ini boleh didapati melalui pelbagai akses, menjangkaui pelbagai skrin.

Maxis Home Services

Majlis pelancaran perkhidmatan Kediaman Maxis yang bersejarah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Joseph Salang, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dalam ucapannya kepada Maxis, Yang Berhormat Dato’ Joseph berkata, “Kerajaan amat mengalu-alukan pembangunan teknologi yang baru dan menarik ini bagi perkhidmatan Kediaman, satu bahagian dari gaya hidup digital yang masih belum diterokai sepenuhnya di Malaysia. Maxis sebagai sebuah syarikat tempatan percaya kepada potensi yang ada padanya. Kita berharap agar lebih banyak lagi syarikat-syarikat lain yang boleh tampil ke hadapan untuk bersama-sama dengan kerajaan membangunkan negara dan seterusnya merapatkan jurang digital yang ada”.

Bercakap di majlis pelancaran tersebut, Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis, menjelaskan,

“Dengan pelancaran perkhidmatan Kediaman Maxis hari ini, pelanggan dapat memperkayakan kehidupan mereka dengan pengalaman digital yang lebih luas. Maxis menyokong Inisiatif Jalurlebar Kebangsaan dengan menandatangani perjanjian penting dengan TM untuk perkhidmatan HSBB Aksess pada Disember tahun lalu. Dengan perjanjian tersebut, kami dapat mengembangkan rangkaian jalurlebar kami dan mempercepatkan usaha kami dalam melancarkan perkhidmatan Kediaman Maxis kepada anda. Pelanggan yang menetap di kawasan yang mempunyai rangkaian fiber, merangkumi kawasan fiber yang dibangunkan oleh TM dan juga Maxis sendiri, akan dapat menikmati perkhidmatan Kediaman Maxis yang menawarkan pakej jalurlebar berkelajuan tinggi, dan digabungkan bersama dengan perkhidmatan sedia ada Maxis dan juga pelbagai perkhidmatan lagi bersandarkan teknologi fiber.”

“Dalam melalui perjalanan transformasi perkhidmatan pelbagai-jenis Ini, Maxis, pelanggan Maxis dan juga Malaysia, telah bersama-sama menyertai sekumpulan Negara dari seluruh dunia yang pantas maju ke hadapan, bergerak dari zaman Kuprum, ke zaman Talian Tetap dan kini Mudah-alih. Dalam perjalanan ini, Maxis komited untuk memberi yang terbaik dalam segenap jenis kategori perkhidmatan, sama ada berita, kembara, kewangan, hiburan, pendidikan, kesihatan, permainan, sukan atau pun bersantai. Semua pelanggan Maxis kini adalah sebahagian dari era perkhidmatan pelbagai-jenis yang bersejarah ini, “ tambah Sandip.

Perkhidmatan Kediaman Maxis menjangkaui perkhidmatan telekomunikasi. Ianya merangkumi rangakaian perkhidmatan pelbagai-jenis sepenuhnya yang bakal membolehkan pelanggan menikmati gaya hidup yang lebih kaya – kehidupan yang lebih berhubung-kait, bercantum dan berpusat kepada pelanggan tersebut sendiri di mana mereka dapat apa yang mereka mahukan, pada masa dan ketika yang mereka mahukan, dan dalam bentuk yang mereka mahukan. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah Internet berkelajuan tinggi, suara mudah-alih dan jalur lebar, perkhidmatan nilai tambahan, yang kesemuanya digabungkan dalam satu penawaran yang unik.

Maxis Home Services

Dengan adanya kelebihan teknologi fiber, Maxis kini dapat menawarkan pelanggan dengan perkhidmatan kandungan yang lebih diperkayakan, termasuklah applikasi interaktif yang dapat dinikmati melalui televisyen, komputer riba, tablet dan juga telefon pintar. Pelanggan akan dapat menikmati kesemua perkhidmatan Kediaman Maxis ini secara sepenuhnya di rumah mereka menjelang suku ketiga 2011.

Orang ramai boleh menjangkakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti dari ruang tamu mereka, seperti dihiburkan oleh pilihan lagu yang luas, memperkemaskan status di laman sosial dan mendominasi dunia permainan video. Semua kategori ini akan terus berkembang, sekaligus membantu menjana industri perkhidmatan dan memberi peluang untuk pemain industri ini untuk berhubung dengan pelanggan Maxis.

Bagi fasa pertama pelancaran Kediaman Maxis ini, Maxis telah berjaya mengotakan komitmennya untuk menawarkan pelbagai akses, yang dipakejkan bersama 3 pelan Internet berkelajuan tinggi, dengan lebih 10 perkhidmatan Kehidupan telahpun tersedia. Perkhidmatan Kediaman Maxis disasarkan untuk kawasan Bandar utama.

Maxis akan berinteraksi dengan pelanggan melalui kempen dan pemasaran secara langsung di kawasan yang termasuk dalam liputan perkhidmatan. Pelanggan di kawasan tersebut bolehlah melawat Pusat Perkhidmatan Maxis, Rakan Esklusif Maxis atau wakil pengedar berdekatan untuk mendapatkan perkhidmatan Kediaman Maxis.

Semua dialu-alukan untuk mendaftar di maxis.com.my/broadband. Maxis akan berhubung dengan mereka apabila perkhidmatan ini sedia untuk ditawarkan di kawasan mereka. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi 1 800 82 1123 untuk maklumat lanjut.

Pelanggan yang mendaftar untuk pelan Internet berkelajuan tinggi dari hari ini sehingga 30 Jun 2011 akan berpeluang untuk memenangi TV berdefinisi tinggi. Mesej Utama

  1. Maxis melancarkan perkhidmatan Kediaman Maxis, perkhidmatan pelbagai-jenis (multiple-play) pertama di Malaysia.
  2. Maxis menerajui pasaran dalam menerjah batasan dan membawa inovasi.

Perkhidmatan Kediaman Maxis memperkayakan gaya hidup pelanggan
• Butiran perkhidmatan
• Kawasan perkhidmatan
• Butiran bagaimana pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan Kediaman Maxis

Maxis Home Services

Maxis Home Services

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tony Fernandes Receives CBE From Her Majesty Queen Elizabeth II

Najwa Latif Artis Youtube Paling Muda di Malaysia