in ,

Nabila Huda Kecewa Putus Cinta Dengan Nas-T

Tak pe la putus cinta pun, ramai lagi orang kat luar sana yang nak kat Abil. Tak gitu Abil?

Rasanya, ramai yang dah tahu pasal Nabila Huda putus cinta dengan DJ Nas-T setelah dia memuat naik gambar di laman Instagram sambil meluahkan perasaan sedihnya. Apabila ditanya, mereka kata hubungan mereka masih okay seperti biasa dan perkara yang berlaku adalah lumrah pasangan bercinta.

Tapi akhirnya, Nabila Huda mengakui cintanya sudah putus dengan Nas-T bulan Jun lalu di majlis tayangan episod akhir drama Teduhan Kasih di Rasta TTDI. Kesiannya, dah banyak kali gak Nabila Huda putus cinta ni. Tapi kini, mereka masih berkawan lagi.

“Hubungan kami sudah berakhir pada bulan lepas. Saya selesa untuk hidup sendiri dan gembira menjalani kehidupan sekarang. Buat masa ini, cinta saya hanya untuk diri sendiri, anak dan juga kerjaya seni. Kalau boleh, selepas ini jika saya bertemu dengan mana-mana lelaki, saya mahu terus kahwin saja.”

“Saya dan dia sudah lama berkawan, jadi bila bercinta pelik sangat. Bila orang tanya punca kami berpisah, boleh dikatakan sebab kami berdua sangat rindukan saat-saat ketika berkawan dulu dan sebab itulah kami membuat keputusan untuk memutuskan ikatan cinta ini.

Tidak dinafikan saya menangis kerana sedih hubungan cinta kami berakhir. Saya sayang Nas-T sampai sekarang namun apapun saya gembira kerana kami masih lagi berkawan baik.” – Sumber Portal GUA.

Budiey tujukan lagu Patah Hati nyanyian Hafiz buat Abil. Semoga kamu tabah!

Nabila Huda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Muslimah Selebriti Popular Dalam Seleksi Hijab

Yayasan Artis 1Malaysia Anjur Konsert Amal YA1M Kumpul Dana