in , ,

Fesyen Muslimah Selebriti Popular Dalam Seleksi Hijab

[dropcap]J[/dropcap]ika kita lihat semakin ramai artis wanita di Malaysia yang mula membuat penghijrahan dalam imej mereka iaitu dengan mengenakan hijab. Ternyata perubahan mereka ini sedikit sebanyak menyumbang dalam memberi impak kepada wanita-wanita di luar sana mengikut jejak selebriti kesayangan mereka untuk menutup aurat yang sememangnya dituntut dalam Islam. Situasi ini dilihat dari sudut positifnya dalam bidang hiburan tanah air yang seringkali dikaitkan dengan imej seksi dalam menampilan mereka.

fesyen digayakan Fida Ibrahim

Justeru khas sepanjang Ramadan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan rancangan fesyen wanita bertudung bertajuk “Seleksi Hijab” mulai 10 hingga 31 Julai 2013, setiap Isnin-Khamis, jam 10.30 pagi menerusi saluran TV2 yang menampilkan personaliti dan selebriti yang terkenal Norynn Aziz, Yatt Hamzah, Aida Khalida, Siti Fazurina, Diana Amir, Sharifah Sofea, Akma Af, Lydiawati, Bienda, Siti Nordiana, Maizurah Hamzah, Catriona Ross dan Rina Zulkifli.

[pullquote align=”right”]Fesyen Muslimah Selebriti Popular Dalam “Seleksi Hijab” Khas Ramadan di TV2 mulai 10 hingga 31 Julai 2013, setiap Isnin-Khamis, jam 10.30 pagi.[/pullquote]

Sepanjang 13 episod bersiaran, “Seleksi Hijab” mengetengahkan rekaan daripada pereka butik-butik terkenal tanah air termasuklah yang mewakili Butik Najjah, Butik Rafflesia, Gobok The Boutique, Butik Oma, Hajaba, Dezahra, Dezahra, Matahati Fahionista, AALIA, Butik Alinas, Butik Faridah Haron Collection dan ARMA ABD RAHMAN.

Menerusi episod pengenalannya pada 10 Julai ini, saksikan kemunculan penyanyi Jazz Malaysia, Noryn Aziz dengan penampilan baru yang lebih anggun. Rekaan turban dari pereka tanah air, AzuraAzwa ini menampilkan Butik Najjah dalam segmen Seleksi Butik. Fida Ibrahim mendekati mereka dan mencungkil rahsia disebalik keindahan imej yang dipamerkan serta mengetahui rekaan muslimah yang terkini.

Butik Rafflesia pula menyediakan pakaian muslimah dengan pelbagai pilihan menarik. Yatt Hamzah tidak ketinggalan dengan fesyen muslimah yang terkini dan bersesuaian dengan imej beliau. Pereka muda, Shahril Omar berkongsi pelbagai tips dalam memilih busana buat persiapan lebaran nanti.

Era modenisasi, membawa kita kepada dunia perniagaan jalur lebar tanpa sepadan. Zawara memberi khidmat pembelian menerusi atas talian dengan setiap rekaan terbaru yang lebih mudah dan menjimatkan masa. Selain menekankan kualiti dan rekaan, Zawara menampilkan rekaan menepati ciri-ciri pelanggan dari golongan muslimah. Aida Khalida mempunyai imej yang tersendiri, sudah pasti persiapan untuk lebaran, lebih cekap dan memilih busana yang sesuai buat dirinya. Rekaan Saraya Zahret membawa muslimah kepada dunia fesyen muslimah peringkat antarabangsa.

Manakala Gobok The Boutique, menitikberatkan setiap perincian baju dari segi jahitan dan manik agar sentiasa tampil dengan koleksi segar. Siti Fazurina tidak mahu ketinggalan dengan fesyen muslimah terkini, agar penampilan ketika lebaran memberi seribu makna buat beliau. Pereka muda tanah air, Sufian Tugiman kini semakin dikenali ramai dengan rekaan hebat dari beliau buat muslimah semua.

Butik Oma mempunya imej dan konsep tersendiri. Mengetengahkan rekaan busana muslimah yang mempunyai kelaian yang amat berbeza. Namun menambat hati muslimah untuk digayakan di hari lebaran. Diana Amir memilih busana yang bersesuaian dengan imej remaja beliau namun tidak keterlaluan. Sederhana dalam penampilan namun masih kelihatan cantik. Pereka dari butik Balqis, tidak ketinggalan untuk sama-sama menaikkan industri fesyen muslimah tanah air.

Tidak asing lagi, Hajaba merupakan butik muslimah terawal yang ditubuhkan dalam era perkembangan fesyen muslimah yang sedang pesat mengembang di Negara ini. Tidak hairan, jika HAJABA menjadi jenama nombor satu bagi pilihan setiap muslimah. Setiap keluaran koleksi dari HAJABA membawa imej esklusif dan segar. Bukan sahaja bagi wanita bekerjaya tetapi bersesuaian untuk semua peringkat. Sharifah Sofea, lebih anggun dan jelita dengan imej berhijab. Memiliki bakat yang besar dalam lakonan, beliau juga tidak ketinggalan dalam penghijrahan yang lebih kekal. Rekaan dari jenama Serikapas, mempunyai tulang belakang yang kuat iaitu pereka yang hebat disebalik jenama ini.

Setiap muslimah mempunyai citarasa yang berbeza. Dezahra tampil memberikan pelbagai rekaan bagi memenuhi permintaan setiap muslimah. Ramah dan mesra melayani kerenah pelanggan, membuatkan Dezahra sentiasa menjadi pilihan. Siapa tidak kenal dengan pelakon dan penyanyi tinggi lampai ini iaitu Akma Af. Imej muslimah tidak menjejaskan sebarang tawaran lakonan dan nyanyian. Beliau amat selesa dengan imej begini. Nama besar dalam arena industi fesyen tanah air, bukan sahaja menumpukan kepada rekaan busana perkahwinan, beliau sentiasa mendapat tempat dihati muslimah yang inginkan sentuhan dan kelainan dari beliau, Qudyn Aziz sentiasa meletakkan rekaan yang tidak keterlaluan namun pemilihan jenis fabrik amat penting bagi beliau untuk menghasilkan rekaan yang menarik.

Jubahsouq mengetengahkan koleksi dari timur tengah dan membawa kepada muslimah rekaan yang terbaru dengan pilihan yang banyak. Lydiawati tidak ketinggalan untuk memilih busana bagi persiapan hari lebaran. Beliau sentiasa kelihatan anggun dalam apa jua koleksi. Naini Kifli nama yang tidak asing lagi dalam arena fesyen muslimah. Kelainan dan keindahan dalam rekaan koleksi beliau menambat hati ramai muslimah.

Matahati Fahionista, lebih santai dan lebih mendapat perhatian remaja muslimah. Menggunakan warna terang dalam koleksi serta menambat setiap muslimah yang menggemarkan imej keremajaan. Memiliki muka persis Arab, Bienda sentiasa tampil cantik dengan penampilannya. Yatiza Signature, mengeluarkan rekaan terkini dan bermutu. Pereka fesyen muslimah ini tidak ketinggalan dalam menerap ciri-ciri muslimah yang menepati citarasa pengguna.

Jenama AALIA dari gedung tekstil EUROMODA, mengeluarkan tudung dan busana yang terkini dan berkualiti tinggi. Ramai tidak ketinggalan untuk memiliki jenama dari AALIA yang begitu terkenal dengan rekaan yang mewah. Siti Nordiana, bertudung lebih bergaya. Beliau tidak ketinggalan mengikuti setiap perkembangan fesyen muslimah tanah air. Bahari Asyek, jenama besar dalam industri fesyen muslimah. Pereka Bahari Asyek memiliki bakat besar dalam mengetengahkan fesyen muslimah terkini dengan rekaan yang terperinci. Memilih jenis fabrik dari Negara luar seperi India dan Pakistan sebagai fabrik utama dalam setiap rekaan beliau.

Butik Alinas kini mempunyai butik muslimah dengan keluaran pelbagai jenis baju muslimah seperti jubbah, baju kurung dan baju moden. Tidak ketinggalan menggeluarkan koleksi tudung pelbagai pilihan. Si cantik manis, Maizurah Hamzah, sentiasa anggun dengan setiap penampilannya. Beliau tidak ketinggalan dalam membuat persiapan lebaran untuk diraikan bersama keluarga tercinta. Jedan sebuah nama besar dalam industri fesyen. Beliau mencipta nama dengan keluaran rekaan batik dan akhirnya nama beliau gah di mana-mana. Rekaan muslimah dari beliau, mempunyai sentuhan batik dalam rekaan serta disuntik oleh rekaan tradisional serta moden. Gabungan idea dari Jedan membuahkan rekaan yang hebat sekali.

Butik Faridah Haron Collection mempunyai koleksi yang berbeza dan begitu menarik minat muslimah untuk membeli sebagai busana raya mereka. Siapa tidak kenal dengan artis kacukan Melayu-Scotland iaitu Catriona Ross. Mempunyai rupa paras yang cantik pasti mudah bagi dirinya untuk memilih apa jua jenis rekaan atau warna kerana semua yang digayakan beliau kelihatan cantik. Pereka muda yang sedang mencipta nama ini mempunyai semangat dan jiwa yang besar dalam mencipta rekaan. Ketekunan beliau membuahkan hasil yang hebat apabila setiap rekaan Amelia Hassan menjadi pilihan bagi muslimah di luar sana.

Siapa tidak kenal dengan nama besar ARMA ABD RAHMAN. Mempunyai butik dengan menggunakan nama beliau sendiri, membawa tuah pada diri beliau yang kini semakin dikenali ramai dengan rekaan dan koleksi yang hebat dari beliau. Ramai yang menantikan koleksi khas raya dari rekaan beliau sendiri. Perincian dan pemilihan warna oleh ARMA ternyata menambat ramai hati wanita. Bukan sahaja golongan vip atau golongan atasan sahaja yang mampu menyarung koleksi dari Arma, malah Arma bijak dalam perniagaannya dan mengeluarkan koleksi mampu milik dengan hasil rekaan yang sangat menarik dan segar. Rina Zulkifli, seorang penyanyi yang semakin dikenali, merupakan pasangan kembar Rini Zulkifli. Rina mempunyai suara yang lunak dan rupa paras yang begitu cantik sekali dengan penampilan gaya muslimah moden. Jarumas merupakan nama besar dalam industri fesyen tanah air. Sentiasa mendapat tempat di hati peminat dengan setiap keluaran rekaan dari JARUMAS.

Fida Ibrahim di lokasi penggambaran

Fida Ibrahim ... sebagai pengacara

pengacara...Fida Ibrahim

Manis ... penampilan Diana Amir

Siti Fazurina

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aznil Nawawi Sambut Hari Jadi Ke-51 Atas Kapal

Nabila Huda Kecewa Putus Cinta Dengan Nas-T