in

Tom Holland Dedahkan Gambar Kostum Terbaharu Spiderman dalam FAR FROM HOME

Tom Holland Dedahkan Gambar Suit Terbaharu Spiderman dalam Filem Far From Home

Pelakon Hollywood, Tom Holland telah mengesahkan baru sahaja selesai untuk filem sekuel Spider-Man yang akan datang, berjudul FAR FROM HOME.

Tom Holland turut mendedahkan rupa sebenar kostum Spidey barunya. Berkongsi di Instagram miliknya, pelakon British hanya berkongsi scene dan babak terakhir bersama Zendaya bersama-sama dengan orang ramai yang sedang melintasi, dan caption itu: ‘THATS A WRAP #farfromhome.’

Tom Holland

“THATS A WRAP #farfromhome” tulisnya sambil menunjukkan kostum terbaru Spider-Man yang digunakan dalam filem itu nanti. Sudah tentu filem ni bukan filem seram.

Tom Holland

Kostum berkenaan dilihat mempunyai lebih banyak bahagian besi dengan warna hitam dan merah, ciptaan Iron Man.

Tom Holland

Kostum itu lebih banyak logam daripada kain dan sangat mencerminkan imej Iron Man. Walau bagaimanapun, suit Tom telah dilihat berwarna hitam dan merah. Ramai peminat percaya filem baru itu mengambil inspirasi daripada seni konsep yang berlainan dari pelukis komik Humberto Ramos.

Tak sabar nak tunggu sekuel ini di pawagam!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Max Muay Thai Temui Penonton RTM Mulai 23 Oktober ini

Ada Sebab Elfira Loy Rahsiakan Pertunangan