in , ,

“Mamat di Tempat Yang Tinggi” – Nabil Ahmad Minta Netizen Husnuzon

Baru minggu pertama All Stars Gegar Vaganza dah kena kecam. Itulah apa yang dialami pengacara, Nabil Ahmad ketika ini selepas gurauannya buat Mamat Exist keterlaluan.

Baru minggu pertama All Stars Gegar Vaganza dah kena kecam. Itulah apa yang dialami pengacara, Nabil Ahmad ketika ini selepas gurauannya buat Mamat Exist keterlaluan.

Nabil yang sedar dirinya dikecam menyatakan orang ramai telah salah erti maksud gurauannya dan meminta semua untuk lebih husnuzon.

‘Ditempat yang tinggi itu maksud saya dia seorang lagenda. Dia dah berada di satu tahap yang lebih tinggi. Selepas dia masuk GV, nama dia kembali naik dan orang suka dengan dia. Kemudian ada buat persembahan di Istana Budaya.”

“Masa di Istana Budaya itu yang saya rasa macam wow. Saya sebelum ini tak pernah ada peluang untuk bekerja dengan abang Mamat. Betul-betul saya nampak dia seperti seorang legend.”

“Orang yang sering menyalah tafsir ni, dia kena husnuzon. Apa orang cakap dia sepatutnya tidak ambil negatif. Kita kena husnuzon, apa-apa yang kita dapat tu kena husnuzon.”

Walaupun teruk dikecam, Nabil mengakui tidak mempunyai sebarang masalah kerana dia tahu apa yang dilakukan tidak seperti yang didakwa netizen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ahmad Dhani Puji Orkestra Malaysia Lebih Baik Berbanding Indonesia

PayNet Laporkan Caj Transaksi DuitNow QR Bakal Dikenakan 1 November