in , ,

Nabil Ahmad Terapkan Nilai Murni Dalam Siri Animasi ‘SUPER NABIL’

Selepas kejayaan siri animasi ‘Lu Pikir La Nabil, Tuudeh…!’, Astro meneruskan karya hebat ciptaan selebriti versatil Malaysia, Nabil Ahmad dengan siri musim terbaharu, ‘Super Nabil’.

Berbeza dengan penceritaan sebelumnya, animasi kali ini  memberi penekanan terhadap nilai murni dan pengajaran yang boleh diterapkan ke dalam kehidupan para penonton, khususnya golongan kanak-kanak. 

Nabil Ahmad Terapkan Nilai Murni Dalam Siri Animasi ‘SUPER NABIL’

Siri animasi ini merupakan spin-off daripada kisah penceritaan zaman kanak-kanak Nabil Ahmad yang diselitkan dengan pelbagai pengajaran dan moral yang bermanfaat. Mengikut jejak langkah ‘Lu Pikir La Nabil’, penceritaannya menerusi 12 episod masih mengekalkan sisi nostalgik serta pembawaan elemen tradisional. Namun menerusi ‘Super Nabil’ yang ditayangkan di Astro Ceria, konsep comedy dan sci-fiction yang ditonjolkan bertujuan untuk memberi keserasian terhadap minat para penonton dengan elemen ‘superhero’ yang lebih dekat di hati kanak-kanak pada masa kini.

Nabil Ahmad Terapkan Nilai Murni Dalam Siri Animasi ‘SUPER NABIL’

Nabil Ahmad, pencipta idea asal serta pelakon suara watak utama siri animasi ini, berkata “Setelah menerima maklum balas yang amat baik dari para peminat dan penonton siri animasi Lu Pikir la Nabil sebelum ini, saya bersama Astro dan pihak produksi telah menjalankan survey bagi menghasilkan siri terbaharu ini. Maka terciptalah ‘Super Nabil’ yang di inspirasikan dari pengalaman saya sewaktu kecil bersama rakan-rakan ketika bermain permainan tradisional. Nama siri baharu ini dipilih kerana bersesuaian  dengan jalan cerita yang banyak elemen komedi dan sci-fiction yang begitu dekat di hati kanak-kanak masa kini”.

Selain menampilkan jalan cerita kelakar, ‘Super Nabil’ padat dengan pengajaran mengenai pentingnya keyakinan diri melalui kelebihan yang dimiliki. Tambah Nabil, setiap manusia perlu percaya pada diri mereka sendiri berbanding sumber luar kerana kekuatan diri itu datangnya dari dalaman. “Kejayaan kita bergantung kepada usaha kita sendiri” merupakan nasihat yang diberi menerusi kisah yang dilalui watak Nabil dalam siri animasi ini. 

Nabil Ahmad Terapkan Nilai Murni Dalam Siri Animasi ‘SUPER NABIL’

“Saya berharap kekuatan yang dipaparkan dalam siri ini dapat membuka peluang dan membuka mata para penonton tentang keperluan memperluaskan animasi tempatan di Malaysia seperti animasi yang lain. Saya juga berharap agar ‘Super Nabil’ terpahat di hati para penonton di kalangan kanak-kanak   dan juga ibu bapa serta mendapat tempat sebaris dengan animasi-animasi tempatan popular”, tambah Nabil. 

Para penonton kini boleh menyaksikan ’Super Nabil’ menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

SINOPSIS SRI MINI ANIMASI ‘SUPER NABIL’

Siri animasi Super Nabil ini mengisahkan Nabil, rakan karibnya dan seekor kucing misteri yang berusaha keras menentang team Poser yang penuh tipu muslihat  untuk memenangi pertandingan Super Jaguh Kampung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Set Panas Nurraysa Terus Laris di Pasaran & Digunakan Ramai Selebriti

Hazama & Cliff Umar Sebagai Vokalis Konsert Meet Uncle Hussain di DFP