in

Latif Ibrahim Meninggal Dunia

Sejurus Budiey pulang dari Sidang Media Pelancaran Program MANIA anjuran Astro, Budiey dikejutkan dengan berita kematian penyanyi era 70an, Latif Ibrahim (62 tahun) meninggal dunia hari ini (20 Februari 2011) pukul 6.05 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Berita sedih itu disahkan oleh adik Allahyarham iaitu Datuk Khatijah Ibrahim. Beliau menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

latif_ibrahim

Jenazah Allahyarham kini berada di IJN dan akan dibawa ke kediaman Allahyarham di No 1, Jalan AU 3/16B, Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dijangka akan dikebumikan esok pagi pada jam 9am – 10am.

Kali terakhir Budiey berjumpa dengan allahyarham Latif Ibrahim semasa sidang media anjuran RTM yang memperkenalkan rancangan muzikal berbentuk evergreen di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor tahun lalu.

Allahyarham yang mengidap penyakit kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Penyanyi yang juga pelakon filem itu dikenali dengan lagu Nora dan filem seperti Sumber Ilhamku.

Pelakon teater Terima Kasih Cinta itu masih belum menerima baki bayaran setelah dipentaskan genap setahun yang lalu di Istana Budaya.

Budiey ingin mengucapkan semoga keluarga Allahyarham sabar dan tabah untuk menghadapi saat duka ini. Salam takziah. Al-Fatihah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil & Wan Sharmila Hos Program Realiti TV Dikir Barat

Avril Lavigne Didakwa Mabuk di Konsert Black Star Malaysia