in

Ramai Teruja Bila Kali Pertama Melihat Poster & Teaser Filem POLIS EVO 2

Hari ini, Astro Shaw telah menyiarkan poster terbaru dan teaser untuk filem bakal laris teruk, POLIS EVO 2. Hai… ramai pulak yang teruja tak sabar nak tengok movie ni.

Yeeehaa, dia kembali lagi. Kali ini dengan aksi yang lebih mengujakan. Kali ini dengan tagline JAGA-JAGA BOH. Lebih kurang berpesan supaya berhati-hati la. Boh tu adalah bermakna ‘awak’ dalam loghat dari Terengganu.

Filem POLIS EVO 2

Hari ini, Astro Shaw telah menyiarkan poster terbaru dan teaser untuk filem bakal laris teruk, POLIS EVO 2. Filem Polis EVO 1 merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2015 arahan Ghaz Abu Bakar dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Hushairi Husain, Mimi Ernida, Harun Salim Bachik, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszaini dan Amerul Affendi.

Menerusi Astro Shaw, filem Polis EVO 2 yang baru sahaja selesai pengambarannya pada Januari 2018 akan menemui penonton pada bulan November tahun ini dan masih mengekalkan watak utama iaitu Zizan Razak dan Shaheizy Sam. Watak lain seperti Erra Fazira, Hairul Azreen dan pelakon Indonesia iaitu Raline Shah juga akan terlibat sama.

Apa pendapat korang tentang poster teaser ni?

Ingat tak apa yang berlaku dalam POLIS EVO pertama tu?

Mungkin video di bawah ini boleh mengembalikan ingatan korang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Jam Kembali Bagi Musim Ke-2 di Hurr.TV

Video Muzik Faizal Tahir RAGAMAN Trending #1 di Youtube Malaysia