in , ,

Muslim Pro Meraikan 14 Tahun Perkhidmatan Dengan Webinar & Diskaun

Setelah baru-baru ini menyambut pencapaian 150 juta muat turun di seluruh dunia, menjadikannya aplikasi gaya hidup Muslim terkemuka di dunia, Muslim Pro kini mengumumkan sambutan ulang tahun ke-14 perkhidmatannya.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun tersebut, Muslim Pro akan melancarkan pelbagai aktiviti dan ciri- ciri sepanjang tempoh kempen tersebut. 

  • Percubaan percuma di Astro: Pelanggan Astro yang memiliki Peti Ultra/Ulti akan menikmati langganan percuma eksklusif Qalbox, bersama-sama dengan langganan Muslim Pro. Promosi ini berakhir pada 26 September 2023.
  • Webinar: Beberapa tokoh Muslim terkenal akan menyertai webinar langsung pada 24 September, termasuk Brother Belal Elkadri – seorang penceramah motivasi, koordinator komuniti The Family Youth Institute, dan hos Noor Kids News – bakal membincangkan erti kesyukuran dari perspektif Muslim.
  • Tontonan Hujung Minggu: Koleksi 14 judul yang boleh ditonton secara percuma semasa hujung minggu termasuk filem drama terbaru ‘Rabia & Olivia’, dengan lakonan pelakon Bollywood Sheeba Chaddha, pemenang Anugerah Filmfare 2022 untuk pelakon pembantu terbaik, dan karya asli Qalbox ‘I Am Muslim’ yang dibintangi oleh selebriti saudara baru Islam, hos radio dan televisyen dari Malaysia, Mat Dan, yang menceritakan tentang beliau membuka hati untuk mencari iman.
Muslim Pro Meraikan 14 Tahun Perkhidmatan Dengan Webinar & Diskaun Langganan

Turut akan ditampilkan, tayangan perdana ‘Learn Islam’ by Noor Kids’ yang akan dihoskan oleh saudara Amin dan Imam Wisam Sharieff. Penekanan syukur akan dibicarakan sepanjang kempen ini dijalankan.

  • Jurnal Kesyukuran: Akses kandungan tambahan, termasuk artikel, PDF Jurnal Kesyukuran yang boleh dimuat turun, dan latar belakang yang memberi inspirasi untuk menyemai pemikiran positif dalam kehidupan harian. Muat turun eksklusif percuma Jurnal Kesyukuran tersedia untuk peserta webinar. Untuk latar belakang yang memberi inspirasi, lawati laman Instagram Muslim Pro. 

Kempen ulang tahun ini akan berlangsung dari 7 September hingga 24 September 2023. Ia menandakan peristiwa penting dalam perjalanan Muslim Pro dalam memberi khidmat untuk komuniti Muslim global. Tema “Kesyukuran dalam Setiap Langkah” mencerminkan penghargaan yang mendalam aplikasi ini terhadap kepercayaan dan sokongan yang diterimanya selama ini. Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Muslim Pro bertujuan untuk menonjolkan perkembangan aplikasi ini, menerima maklum balas dan cadangan dari penggunanya di seluruh dunia yang telah membawa aplikasi ini ke tahap sekarang.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Nik Emir Din, co-CEO Muslim Pro, berkata, “Perjalanan kami selama 14 tahun terakhir adalah bukti kepada perjalanan luar biasa yang telah kami lalui bersama jutaan Muslim di seluruh dunia. ‘Bersyukur dalam Setiap Langkah’ mencerminkan penghargaan yang mendalam kami terhadap kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari komuniti kami, terutamanya komuniti kami di Malaysia.

Tahun ini, kami telah memberi semula kepada pengguna setia kami di Malaysia dengan kempen pemberian hadiah Haji selama 10 hari. Hadiah-hadiah termasuk perjalanan ke Baitulmaqdis, Jordan, dan Balkan, serta peranti berteknologi tinggi yang terkini seperti Apple iPhone 14 Pro Max, Samsung Galaxy S23 Ultra, dan televisyen Samsung 75 inci, semuanya dilengkapi dengan tajuk-tajuk Qalbox dan pilihan tontonan.

Kami akan terus berdedikasi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami agar selaras dengan aspirasi yang kian berkembang di kalangan Muslim di Malaysia dan di luar negara, sambil terus menyokong komuniti Malaysia yang telah memainkan peranan penting dalam perjalanan kami.”

Sejak penubuhannya pada tahun 2009, Muslim Pro telah berusaha untuk menyediakan solusi digital yang komprehensif dan inovatif untuk meningkatkan kehidupan Muslim di seluruh dunia dengan ciri-ciri utiliti agama yang tepat dan menyediakan kandungan gaya hidup yang pelbagai.

Kini telah berintegrasi dengan Qalbox – ciri penstriman hiburan global yang memuatkan perpustakaan yang kaya dengan filem Islam, siri TV, dokumentari, program kanak-kanak, dan banyak lagi – Muslim Pro kini telah berubah untuk menjadi pusat digital utama yang merangkumi semua aspek pengalaman Muslim, ‘Rumah Digital untuk Semua Hal Berkaitan Muslim.’

Sertai Muslim Pro dalam meraikan “Kesyukuran dalam Setiap Langkah: Merayakan 14 Tahun Bersama.” Ikuti perkembangan kempen ini di media sosial @muslimproofficial.my dengan menggunakan hashtag #14TahunMuslimPro dan layarii www.muslimpro.com untuk maklumat lanjut.

###

Mengenai Muslim Pro

Aplikasi Muslim Pro ialah aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia dengan lebih daripada 150 juta muat turun di seluruh dunia di lebih 190 negara.

Bermula pada tahun 2010 sebagai aplikasi mudah alih dengan visi pengasas untuk menyediakan waktu solat yang tepat untuk masyarakat Islam, Muslim Pro telah berkembang dengan keperluan penggunanya yang semakin berkembang menjadi aplikasi komprehensif yang melayani jutaan pengguna.

Ciri-ciri utama aplikasi menyokong keperluan agama pengguna melalui waktu solat dan penjejaknya yang tepat, azan, audio penuh Al-Quran, kompas kiblat, kalendar Hijrah, pengiraan zakat, serta kandungan gaya hidup seperti ciri Cerita, Inspirasi dan Komunitinya yang memenuhi pelbagai minat masyarakat Islam global.

Aplikasi ini tersedia di Apple App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.muslimpro.com/en.

Mengenai Qalbox

Qalbox adalah perkhidmatan penstriman hiburan langganan video atas permintaan (SVOD) global yang terdapat dalam aplikasi Muslim Pro. Ia memuatkan perpustakaan kandungan yang meraikan identiti dan budaya Muslim di seluruh dunia dan bertujuan untuk mencipta platform global bagi kreativiti dan pembuat filem Muslim.

Qalbox berusaha untuk menyampaikan pelbagai genre yang komprehensif, disusun dengan teliti, dan pelbagai kepada komuniti Muslim global, di mana saja individu berada dalam perjalanan rohaninya, untuk menemui dan menikmati di platform penstriman pintar dan selamat. 

Dari karya original, filem, dokumentari, program kanak-kanak, komedi berdiri, drama, bacaan Al-Quran, dan doa-doa, Qalbox mencerminkan dan menyokong kepelbagaian.

Qalbox boleh diakses melalui aplikasi web, telefon bimbit (Android dan iPhone), tablet, Chromecast, dan kini juga pada Samsung Tizen TV, Android TV, dan tvOS Apple TV.

Terokai dunia kami di https://app.muslimpro.com/qalbox.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ebit Lew Disiasat Susulan Laporan Polis Dibuat Wanita Negara Jiran

TikTok LIVE Malaysia Umum 10 Finalis Pertandingan #GimmeTheMic