in ,

Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Satu Laporan Polis Yang Telah Dibuat Zarina Anjoulie

Pihak polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung dengan satu laporan yang telah dibuat oleh pelakon Zarina Anjoulie.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis dibuat pelakon itu berkenaan dakwaan imej gambarnya telah tersebar di media sosial dikatakan sedang berada di dalam bilik di bahagian siasatan jenayah narkotik IPD Nilai, Negeri Sembilan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseoran dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998  kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Selain itu, siasatan selari oleh pihak Jabatan Intergriti Dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan turut dilakukan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pihak PDRM memandang serius terhadap laporan yang dibuat pengadu serta tindakan tegas akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

“Justeri, PDRM menasihati orang ramai agar tidak mensensasikan fakta isu ini dan memberikan ruang kepada PDRM menjalankan satu penyiasatan yang telus dan adil,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan membuat satu laporan polis dan akan mengambil tindakan saman terhadap seorang anggota polis wanita. 

Zarina Anjoulie Nak Saman Polis Wanita

Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang anggota polis wanita. Zarina berkata, dia sudah membuat laporan terhadap anggota polis itu malam tadi. 

“Selepas siasatan saya akan mengambil tindakan untuk menyamannya. Buat masa ini saya tidak akan dedahkan identitinya, tetapi kalau di mahkamah nanti semua orang akan tahu siapa.

“Saya akan berjuang habis-habisan mengenai isu ni. Memandangkan dia nak ‘viral’, nak ‘glamour’ saya akan kasi dia ‘viral’ dan ‘glamour’ yang dia idamkan. Perang bermula,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran lain di Instagram, Zarina turut mendakwa dia mempunyai bukti kukuh untuk menyabitkan anggota itu dengan salah laku yang dibuat.

“Di manakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan menerima nasib yang sama seperti saya?

“Saya tak akan berdiam diri. Saya akan tularkan habis-habisan sampai saya dapat keadilan yang dirasakan berhak. Saya ada bukti kukuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman dalam satu kenyataan di media mengesahkan laporan diterima kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

“Kami akan menjalankan siasatan terhadap aduan yang dibuat,”

– Zarina Anjoulie

Terdahulu, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul dikaitkan dengan penahanan seorang selebriti wanita yang disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai, Negeri Sembilan.

Menerusi laporan Harian Metro, selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. 

Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine. Suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muna Shahirah Lancar Single Berjudul BUKAN MILIKKU

Saya Masih Waras! Yuni Shara Kecewa Dituduh Temani Anak Lelaki Tonton Filem Lucah