in , ,

Mira Filzah Mahu Honey Moon Ke Eropah Sebulan Dengan Suami

Baru-baru ini hangat mengenai desas desus mengatakan pelakon dan pengacara Mira Filzah kini berbadan dua apabila ada peminat mendakwa terlihat baby bump.

Mira berkata dia memahami bahawa ramai peminat teruja untuk melihatnya memiliki cahaya mata, namun jika benar ada berita gembira dia tidak akan sorok.

“Setiap pasangan yang berkahwin pastilah mahukan zuriat. Gosip mengenai kehamilan sebelum ini pun pernah bertebaran apabila ada yang tengok baju yang saya pakai dan muat naik di media sosial, dari sisi kononnya nampak macam saya sedang mengandung.

“Biasalah, peminat mestilah mengharap untuk terima berita gembira ini. Tapi apa-apa, saya akan beritahu pada semua. Saya tak akan sorok,” katanya.

Dalam pada itu, Mira berkata dia tidak berkecil hati dengan spekulasi serta penyebaran video ‘baby bump’ yang dibuat oleh peminat dan menganggap ianya sebagai satu doa.

“Tak tersinggung pun. Sebagai selebriti mestilah peminat nak tahu perkembangan ini. Saya faham. Tak apa, anggap saja kata-kata mereka itu sebagai doa… sampai waktu tepat saya akan umumkan,” katanya.

Sementara itu, Mira memalumkan dia merancang untuk bercuti di Eropah selama sebulan bagi berbulan madu dan berehat bersama suaminya, Wan Emir Astar bermula pada minggu hadapan.

“Semenjak berkahwin kami memang tak sempat lagi bercuti bersama. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk kami bercuti sebab sempadan negara sudah dibuka.

“Lagipun sampai bila nak tunggu Covid-19 nak berakhir? Jadi kita teruskan saja hasrat ini sambil kekal menjaga kesihatan kendiri dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alvin Chong

Alvin Chong Sebagai Rakan Jenama Pembuat Jam Switzerland LONGINES di Malaysia

Danish Iskandar

Danish Iskandar, Pelakon Bawah Umur Ingin Saman Produksi Cerita ‘Gay’