in , ,

Danish Iskandar, Pelakon Bawah Umur Ingin Saman Produksi Cerita ‘Gay’

Sidang Media ini diadakan berikutan isu tular berkenaan drama pendek bertajuk ‘Stay Away From Me”. Pihak Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dan pihak Tetuan Hajar Aisyah & Company mewakili ketiga-tiga Anakguam, Danish Iskandar, Rees Ayman dan Hardy Saiful hari ini dengan kehadiran peguam-peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid, Mohd Norasmawi Norani, Siti Hajar Aisyah Binti Mohd Pozi dan Nurul Hafidzah Binti Hassan.

Pelakon drama bersiri Stay Away From Me yang mengetengahkan perlakuan gay, Danish Iskandar, 17, membuat permohonan maaf dan menafikan dia menyokong perbuatan homoseksual seperti yang dipaparkan dalam drama itu.

Danish juga turut mengakui dia masih naif sebagai pendatang baru dalam industri hiburan tanah air.

“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan dan isu yang tercetus. Kami tidak menyokong sama sekali perbuatan yang ditularkan. Ini adalah kenaifan saya sebagai orang baru dalam industri hiburan.

“Di masa akan datang, kami akan lebih berhati-hati dalam meneliti perkara-perkara membabitkan tawaran lakonan,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Danish berkata, dia menyerahkan semua urusan berkaitan perundangan kepada peguamnya.

“Saya bertindak untuk tidak mengambil kisah kerana saya tahu perkara sebenar. Saya serahkan semuanya kepada pihak peguam,” katanya.

Menurutnya, insiden itu turut mengganggu fikirannya memandangkan dia sedang menjalani peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Apa yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu mental saya memandangkan saya juga sedang menjalani peperiksaan. Jadi, saya cuma ikut saja perjalanan yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Muhammad Burhanuddin turut mengakui kecuaiannya dalam meneliti tawaran lakonan anaknya.

“Saya terkhilaf juga. Sebelum ini, pihak kami ada menerima beberapa tawaran lakonan untuk karya-karya yang ditayangkan di Facebook dan platform dalam talian, tapi tak ada isu.

“Ini adalah kali pertama isu sebegini berlaku dan kepada bakat-bakat baru, saya rasa semua perlu lebih berhati-hati,” katanya.

Selain Danish, dua lagi pelakon drama kontroversi itu iaitu Rees Ayman dan Hardy Saiful turut memberikan kenyataan permohonan maaf di majlis itu.

Mereka bertiga juga sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini dan bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak produksi drama berkenaan berkaitan isu moraliti.

Terdahulu, drama itu mencetuskan kontroversi apabila menayangkan jalan cerita serta babak-babak yang mengangkat kisah homoseksual dan ditayangkan di aplikasi untuk golongan itu.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Danish Iskandar.

Pihak peguam telah dimaklumkan oleh Anakguam-Anakguam bahawa pelakon-pelakon drama pendek ‘Stay Away From Me’ (“drama tersebut”) hanya dimaklumkan bahawa jalan cerita drama tersebut adalah berkisarkan persahabatan dan tiada penceritaan yang berkaitan dan/atau berunsur hubungan songsang. 

Sepanjang perbincangan dan pengambaran yang berlangsung sekitar Ogos 2021 sehingga September 2021, pihak produksi tidak menjelaskan perihal mempromosikan aplikasi ‘Blued’ melalui tayangan drama tersebut. 

Selanjutnya, skrip yang diserahkan kepada Anakguam-Anakguam juga menunjukkan kandungannya sebagai sebuah cerita yang berkisarkan persahabatan. 

https://youtu.be/hUso2kE_0FI

Ia adalah satu perkara biasa bahawa suatu skrip asal diolah dan ditambah secara on the spot untuk disesuaikan dengan jalan cerita. Namun, Anakguam-Anakguam iaitu Danish Iskandar dan Rees Ayman yang melakonkan watak utama di dalam drama tersebut sedikit canggung untuk melakukan babak – babak yang diarahkan oleh pengarah kerana ianya tidak seperti yang digariskan di dalam penceritaan asal.

Pihak produksi menjelaskan bahawa babak – babak ini perlu dilakonkan untuk menunjukkan persahabatan yang akrab di antara dua watak utama. 

Pada sekitar 1.12.2021, wakil pihak produksi telah menghantar pesanan melalui aplikasi whatsapp kepada Anakguam-Anakguam untuk membuat promosi poster dan juga kapsyen untuk disalin tampal oleh pelakon di media sosial Anakguam- Anakguam. Anakguam-Anakguam mula sedar bahawa drama ini hanya akan ditayangkan di aplikasi Blued dan trailer yang ditayangkan telah disunting dan menjadi cerita berkisarkan hubungan songsang. 

Adalah dijelaskan bahawa:

  • Trailer yang disunting tidak pernah ditunjukkan kepada pelakon – pelakon sebelum ditayangkan.
  • Pihak produksi tidak memaklumkan projek drama pendek ‘Stay Away From Me’ adalah untuk mempromosikan applikasi Blued.
  • Pihak produksi telah membuat penambahan di ‘set’ berkenaan tatacara lakonan pelakon.
  • Anakguam-Anakguam menafikan mempunyai pengetahuan mahupun menyokong perkara – perkara melibatkan hubungan songsang seperti mana ditonjolkan di dalam drama ‘Stay Away From Me’.
  • Bayaran untuk mempromosikan drama bersiri telah ditolak oleh Anakguam-Anakguam.

Susulan itu, Anakguam-Anakguam telah membuat laporan polis pada pagi Jumaat (10.12.2021) jam 10 pagi di Balai Polis Dang Wangi. Anakguam-Anakguam juga bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah kepada pihak produksi berkaitan isu moraliti tujuan penggambaran tersebut. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mira Filzah 1 | 12

Mira Filzah Mahu Honey Moon Ke Eropah Sebulan Dengan Suami

Remy Ishak 1 | 13

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-31