in ,

Menangi Tiket Penerbangan Peraduan SMS Portal TV Media Prima

PERADUAN SMS MENANG TIKET PENERBANGAN!

Perlukan rehat? Mahukan percutian ke luar negara? Inginkan pengembaraan hebat secara percuma? Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad menerusi portal TV3, ntv7, 8TV dan TV9 kini menawarkan tiket penerbangan dua hala bagi 2 orang ke London, Tian Jin, Seoul, Perth, Gold Coast, Melbourne, Singapura, Bandung, Hanoi, Phuket, Krabi dan Bali untuk dimenangi setiap minggu bermula 28hb Mac 2011 sehingga 24hb April 2011.

TV9-SHOWS-contest_jomcutiTV9_263788873

Semestinya menonton pelbagai rancangan menarik di pelbagai saluran milik Media Prima Berhad pasti berbeza dengan tawaran hadiah lumayan ini!

Penyertaan adalah mudah dan terbuka kepada semua penonton serta pelayar portal TV3, ntv7, 8TV dan TV9. Untuk menyertai Peraduan SMS ini, penonton hanya perlu mendapatkan kata laluan di laman sesawang berikut sepanjang hari Isnin sehingga Jumaat setiap minggu:-
TV3 – http://www.tv3.com.my ntv7 – http://www.ntv7.com.my
8TV – http://www.8tv.com.my TV9 – http://www.tv9.com.my

Kata laluan bonus akan disiarkan dalam rancangan MyTV3 (Ahad, TV3), Bella pada (Ahad, ntv7), 8TV Nite Live (Sabtu, 8TV) dan GUA di 9 (Sabtu, TV9) minggu yang sama. Setiap peserta seterusnya akan dikehendaki menjawab 5 soalan mudah berkaitan rancangan yang disiarkan di saluran TV berkenaan. Peserta yang memperoleh kata laluan paling banyak dan jawapan tepat akan memenangi hadiah mingguan.

Pertandingan SMS ini dibawakan oleh Alt Media Sdn Bhd (anak syarikat Media Prima Berhad) khusus meraikan penonton serta pelayar setia rangkaian stesen TV3, ntv7, 8TV dan TV9 . “Kami berharap dengan penganjuran pertandingan seperti ini, penonton dan pelayar portal TV dapat menikmati tawaran nilai tambah yang terbaik selain hanya menonton semata-mata siaran rancangan di rangkaian televisyen Media Prima Berhad,” ujar Lam Swee Kim yang merupakan Pengurus Besar Kumpulan di Alt Media Sdn Bhd.

Jangan lupa sertai pertandingan SMS & Menang Tiket Penerbangan ke destinasi menarik sekarang! Hantar SMS pemula, CUTI (untuk TV3), GOOD (untuk ntv7), GR8 (untuk 8TV) dan JOM (untuk TV9) ke 33399 hari ini. Tiket keseluruhan bernilai lebih RM170,000 untuk dimenangi!

Tentang Alt Media
Ditubuhkan pada tahun 2001, Alt Media Sdn. Bhd. (Alt Media) bertanggungjawab dalam penghasilan dan kawal-selia media baru yang melibatkan rekabentuk platform pintar, olahan kandungan kreatif serta kepakaran teknikal ‘online’. Alt Media turut membangun dan mengurus saluran digital serta media baru untuk kesemua rangkaian TV dan radio di bawah Media Prima Berhad antaranya TV3, ntv7, 8TV, TV9, Fly FM, Hot FM dan One FM. Antara produk lain di bawah seliaan Alt Media merangkumi Portal Hiburan dan Gaya Hidup GUA.com.my serta Portal Muzik GUAMUZIK.com.my. Terkini, Alt Media turut melancarkan Tonton.com.my, sebuah portal video pintar yang menawarkan pemain video yang siap untuk paparan definish tinggi (HD) selain kemudahan pilihan kandungan interaktif yang boleh disambungkan ke laman sosial pengguna. Memperkenal pengalaman berbeza di dunia siber kini, Alt Media merancang untuk terus menawarkan pelbagai kejutan kepada pengguna dalam masa terdekat. Alt Media merupakan anak syarikat Media Prima Berhad – syarikat media integrasi terbesar di Malaysia.

Facebook: www.facebook.com/tontonMY
Twitter: @tontonMY

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ujibakat MasterChef Malaysia

Tayangan Menarik TV9 Sepanjang April